Kembali lagi bersiaran di pagi selasa yang berbahagia ini..
Hari ini sudah Hari raya ke-5..Dan hari ini cuti aku sudah berakhir dan sebentar lagi akan memulakan perjalanan ke Penang sebab esok dah start kerja..Malasnya nak sambung kerja tapi banyak hal lagi nak kena uruskan.Insya Allah akan bertolak sebelum tengahari..Pagi ni nak membakar satay dulu..:)
Di kesempatan ni aku nak share story pasal persiapan Aidilfitri 2010 yang lalu..Raya dah berlalu..My Aidilfitri ok ok jer..Seronok dan meriah dapat jumpa saudara mara.Cuma adik beradik kurang 3 ahli.Other than that,everything was superfine..
9 SEPTEMBER 2010
Hari last berpuasa,aku dan Kak Tie bergerak dari KL pukul 2 petang.aku tunggu kak tie habis kerja dulu then baru gerak ke Kampung halaman..
Lebuhraya Pantai Timur sangat lengang dan tak jammed lansung.maybe sebab semua orang sudah start balik raya awal.Lagi sedap lah aku tekan minyak..Time aku balik ni kira dah lambat lah sebab last day puasa..Target nak sampai rumah sebelum berbuka puasa..
Sampai di rumah pukul 7 pm sebab sebelum tu singgah di hypermarket kemaman cari barang barang untuk makan di Aidilfitri..Lepas berbuka puasa abang jalee pulak sibuk nak balik Kota Bharu pula,kali ini giliran Wife dia kat sana..So siap siap salam raya dulu lah..Maaf Zahir Batin..
Malam raya Tarawih orang dah tak buat ,kena sembahyang Tasbih..so malam ni kami sekeluarga berjemaah..Yang aku paling suka time balik kampung suasana macam ni..suasana berjemaah bersama ahli keluarga..Seronok sangat.
Selesai Solat semua kami duk sembang sekejap di ruang tamu dan aku keluarkan Kek Cokelat yang aku order dari Kak Leez..saja nak makan makan sambil sembang..oleh kerana kek ini terlalu sedap sekali hadap jer sampai nak habis semua..Tak habis pun sebab simpan sikit untuk adik Ipar yang akan balik esok petang..Memang sedap lah kek ni kak leez!nanti akan di order lagik..
si budak kecik ni Juara makan kek Cokelat..sampai tak pakai baju..takyah pakai sudu dah,main rembat ngan tangan jer pun jadik..hehehhee..Comellll..
Nuyul si budak Comot.
Muka Kepenatan tapi kena siap siap apa yang patut..aku duk buat satay ni,Yang lain ada bahagian masing masing..Mak buat Rendang,Kak Tie Buat nasi Daging,Kak Ina rebus nasi Himpit,anak anak kecil siang siang sayur mayur..Semua belerjasama lah senang cerita..
bekerjasama itu seronok..
Nasi Daging dan Rendang yang dah siap...
Satay ni siap cucuk dapatlah dalam 150 batang,campur ayam dan daging..makan untuk sekali hadap jer ni sebab my family kan ramai..
semua dah terdampar keletihan..
Bakar Satay pukul 3 pagik..memang dah berembun baru nak berasap..tapi takper janji kerja siap..seronok gak bakar membakar ni..Biasa kalau balik kampung muka aku ni dah sinonim dengan Buat api dari arang..Kerja tetap..hahaha
kibas jangan tak kibas bang..
sekejap jer bakar satay ni..
Maaflah yer ada yang terhitam..nak buat macam mana Bara mantap sangat..aku tidor lambat jugak malam ni,dekat 6 pagi lepas subuh baru tidur..then pukul 7.55 dah kena bangun siap siap untuk solat Sunat raya pula..kat tempat aku sembahyang raya pukul 8.30 pagi..
Nnati aku share Gambar raya pula..
Adios!!
3 comments:
amboi satay,
mesti sedap tue,
nyum nyum nyum...
nanti u buat lah satay utk i ngn mama,
hihihi:)
mesti sedap kan...
apapun selamat hari raya aidilfitri,
maaf zahir dan batin
selamat hari raya axim... ambooi, makan satay tak ajak :))
satay itu sangat mantap..
tido kul 6 pagi? patutlah kena selsema...kes tak cukup tiduq lah ni.
Post a Comment