Followers

Wednesday, October 27, 2010

KOTA KINABALU TRIP DAY 3 - BABA NYONYA RESTAURANT,ONE BORNEO MALL & DINNER @ TANJUNG ARU BEACH

Sambungan dari entri sebelum ni..

Dari Poring Hot spring kami pun bertolak pulang menuju ke Bandar Kota Kinabalu..

1
Dalam perjalanan pulang nampak this KINABALU PINE RESORT..nampak menarik sangat..harga untuk satu malam kalau standard RM170,deluxe RM230..ok lah jugak ratenya.kalau nak tengok review pasal this resort,boleh tengok di laman web abang shah ni..ataupun masuk terus laman web rasmi this resort.

2
Lalu balik di kawasan pekan Nabalu..time ni hujan lebat..

3
Lebih kurang dua jam perjalanan jugak dari kawasan kundasang nak balik ke area Bandar Kota Kinabalu..elok kami sampai di bandar KK,hujan pun dah surut berhenti..Thanks abang shah drive tanpa henti..kami kat belakang duk lena jer lah sebab masing masing dah penat..

4
Walaupun penat tapi kami semua memang kelaparan..dan dahaga juga.so abang shah dan abang bear bawa kami makan di area Penampang,taman Millenium -RESTORAN BABA & NYONYA RECIPE..Nampak macam quite nice jugak restoran ni..so let's makan makan!

5
Abang bear memang penat tahap dewa dah ni..tak layan dah buku menu..order lah apa korang nak order janji dia boleh lelap seketika..kat sini menyediakan menu yang berbagai bagai jenis..masakan panas basically..so kitorang just order:

6
Nasi Goreng Daging,mee kari,Kueytiow ladna dan seumpamanya..tak ingat nama yang spesifik..

7
Dapat makanan semua segar balik.haha..masakan panas nya boleh lah..maybe sebab kami penat so tak berapa nak menghayati rasa makanan kat sini.until abang shah order killer menu kat sini-CENDOL..

8
Cendol ni memang sedap!!wallah!!

9
Selesai makan terus kitorang gerak balik kondo abang shah & abang bear..semua terus terlantar tidur kepenatan..sampai lah malam..(actually masa ni pun dah petang benar..)dalam pukul 8 lebih lepas isyak baru masing maisng segar balik,dan bersedia untuk keluar lagi..abang shah memang tak larat dah nak keluar so kali ni abang bear sahaja yang bawa kitorang..

10
tak taw nak pi mana dah,kami singgah sebentar di one borneo mall..Dulu masa aku belajar di Universiti Malaysia Sabah ni(sempat dua bulan sebelum aku transfer ke Uitm shah alam) semua mall ni tak siap lagi..tak buat pun lagi.tapi tu cerita lama.sekarang kawasan ni dah maju..

11
standard shopping mall lah.sempat beli baju selai

12
Bergambar gambar gambar gambar

13
posing apa tak taw ni..

14 
like this picture!

15
macam dalam hutan buluh..

17
Then dari One borneo mall ni kami just keluar jalan jalan sekitar KK ni..maybe sebab dah lewat so banyak tempat macam dah closed..so kitorang decide untuk pi Tanjung aru untuk makan malam kat situ,aku duk teringat ingat dengan Chicken wing bakar kat situ

18
here we are again @ Tanjung Aru

19
Aku adalah penggemar jagung..oleh kerana jagung di sabah ni manis manis dan murah beli lah jagung ni satu sorang..sedap bah!!

20
semua duk pulun makan jagung rebus..

21
Kemudian kami order kepak ayam panggang ni..sangat kah sedap!!aku dah tak ingat harganya berapa tapi murah jer..memang boleh makan sampai buntang lah.sedap pulak tu!

21A
Model kepak ayam

22
Lazat tak terkata..hingga tinggal tulang!

23
Kena pulak cicah dengan sos kicap nya tuh..pehhhh..

24
Untuk menambahkan lagi makanan yang ada kami order dua pinggan nasi goreng..makan share share tu pun tak habis siap abang bear bungkus bawak balik..sebab semua dah kenyang mengadap kepak ayam dan jagung..tu lah lain kali jangan tamak okeh..order kena berpada-pada..:)

25

Lepas dah makan terus balik ke kondo dan semua siap siap tidur..memang satu hari yang penat!!Kesimpulannya untuk hari ketiga ni memang kami melalui hari yang seronok dan padat dengan aktiviti dari pagi sampai lah ke malam..tapi bila lagi nak penat macam ni kan,esok kami dah nak balik dah..So entri seterusnya yang akan menyusul ialah hari ke 4 dan juga hari terakhir di Bumi KOTA KINABALU,SABAH..

Stay Tune with AXIMUD!!to be continued..


12 comments:

Unknown said...

bestnya jadi Enchik Axim nie kan,
dpt pi jln2,
pi melawat tempat org,
suker tgk,
hihihihi:)

bole shopping2 bagai kan...
*clust ko Maria*

@xiM said...

CIK WANIE,

kalau macam tu jom lah switch tempat.kalau cw jadi saya boleh jalan jalan,kalau saya jadi CW boleh shopping hari hari..

memang clast!

addyaholix said...

berjalan je lah keja kau kan zim. how i wish aku pon boleh melancong kerap-kerap macam kau hahaha.

eh btw, blog kau penuh dengan gambar. itu pon dah cukup menceritakan apa yang kau lalui. best. gambar-gambar pon cantik ;)

Leez M. Saaid said...

rindunya nak makan kepak ayam tu....tiap kali gi KK mesti makan kepak ayam.
tapi org sana panggil sayap!!! huhuhuhu

sepul said...

owh baru saya taw yang saudara pernah menjadi siswa di UMS. mungkin suatu hari nanti boleh buat entry berkenaan itu kot. Pleaseeeee

saudara nikli gemar meletakkan spek mata di leher bajunya. Style 80-an

mummysyafie said...

makan jagung sorang² tak ajak orang.. :]

last sampai sabah kalau tak silap 10 tahun lepas..huhuhuh...lama dah tak gi sana. dulu takde sangat mall yang best²

rasp said...

masa gi sabah last year *kot*
akak stayed kat tune hotel yg kat 1borneo tu...
lepas gi panjat KAKI Gunung Kinabalu tu..
terus ke 1borneo cari tempat urut kaki..legaaaaa :)

@xiM said...

ADDY,

boleh jer bah.ko apply jer lah cuti then pergi bercuti..:)

best buh gambar bebanyak.baru reader aku tak bosan masuk sini..:)

@xiM said...

kak leez,

orang sana panggil sayap ayam..
sedap kan kepak ayam di sabah!

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

yer betul tu.saya pernah stadi di UMS dalam bidang Chemical engineering..pastu aku tukar ke Uitm shah alam.tak tahan duk jauh bah.hahahahaa..

NN memang macam tu.perasan style lah tu kot.

@xiM said...

KAK NOR,

nak ajak takut akak tak suka makan jagung...

betul,dulu takder mall best best..sekarang macam macam ada kak..

@xiM said...

RASP,

akak,kaalu nak mengurut pi Hat Yai..kat sana murah.heheheee

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails