Followers

Monday, October 4, 2010

RESTORAN TOMYAM UDANG JELUTONG

Tadi banyak gile kerja yang tertangguh kat Opis.

Sudahnya lepas maghrib baru boleh kemas kemas nak balik..tu pun bukan siap lagi kerja yang duk ada,tapi dah tak larat nak buat so cabut lah dulu.sambung esok pulak..Kerja kalau buat sampai bila pun tak habis..After work,i did sms one of my friend ajak dinner sama-sama..

1

Plan nak makan di Padang Brown.tapi aku rasa macam jauh pulak nak ke Padang Brown dan mengenangkan tempat tu parking agak hazab so Restoran Tomyam Udang di Jelutong ini menjadi pilihan..Lagi pun dah lama tak menyinggah makan kat sini..Dengar kata Restoran ni merupakan Cawangan kepada Bangkok Tomyam di Bayan lepas sana..Waalahualam.

2

Air yang di order-FRESH OREN SUAM,Air Suam dan JUS EPAL..jus epal tak sempat nak ambik gambar sebab tuan punya terus minum.sekali sedut habis segelas..(ok ni tipu yek.saja nak buat cerita jadi sedap)

3

Makanan yang mengungguli carta hatiku tadi ialah SIAKAP BAKAR ni..Perencah nya memang sangat sedap okeh!!tak percaya try lah sendiri nanti..Lain kali boleh mai lagi Restoran ni untuk makan Ikan Bakar..Isi lembut dan tak hanyir.memang ada kelas!

4

KERANG BAKAR-yang ni pun sedap since sos yang diberi sangat sesuai dan sedap!

5

KANGKONG GORENG BELACAN

6

Ini ialah gamabaran secara Close up isi ikan siakap bakar yang sungguh marveles..agak agak merembes tak air liur korang tengok??selamat menjamu mata yer..hehheeeee

7

Last but not least-SUP CENDAWAN..maaf lah,aku lupa nak snap di awal persembahan tu yang dah last last ni baru snap.Kira halal lah yek..Sup cendawan nya Boleh lah..Ok lah.

8

Tak tumbuh tak melata,tak sungguh aku tak kata..Sebab sedap sangat habis ikan tu aku ratah sampai dah takder rupa ikan dah..Cumanya aku perasan macam aku talked too much la tadik..ayaaarrkk..Bukan apa,bila ada teman berbual ni tu yang macam macam nak di bicarakan tu..Thanks for accompany me dinner..Hope to see you again later..:)

9

Apa kena mengena Fridge magnet ni tetiber?

Takder kena mengena pun dengan entri makan makan kali ni.saja buh gambar sebagai Hiasan.itu sahaja.

Sekian Terima Kasih.

5 comments:

Syarliz M. Saaid said...

woww....cedapnya.
mana gambar kamu dan kawan??
huhuhu....

Cik Wanie said...

Uish entri mkn2 lagik,
Kali sy jadi cemburu sbb ada kerang bakar.
X suker x suker,
Sbb sy x bole mkn kerang bakar lagik,
Haishhhhhhh.......

rasp said...

kat jelutong ek....
ermmmm tak leh dibayangkan kat mana???
jelutong tu tau lah kan...
takpa2 bila balik penang harus rounding pi cari...
sbb tgk masakan ikan siakap dia adalah very the terkecursssss :D

sepul said...

dengan marka ka?

mummysyafie said...

pic makan ni buat akak rasa benda tu ada kat depan mata..leh ngappp camtu je

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails