Followers

Monday, October 25, 2010

REVIEW: PUNCAK MUTIARA CAFE @ KAMPUNG PELET

Salam monday blues semua!!

Hari ni nak share dengan korang tentang satu Restoran yang dah lama aku nak jejak,tak sampai sampai lagi tapi akhirnya pada Hujung minggu lalu berjaya sampai jua akhirnya..Restoran yang aku maksudkan ni ialah PUNCAK MUTIARA CAFE  berlokasi di Kampung Pelet..Actually restoran ni femes dan sangat lah glemer..nama glemernya ialah restoran kambing.tapi aku percaya masih ramai yang tidak mengetahui kewujudannya.so let's aku buat review sikit!




Ok sebelum kita pergi lebih jauh aku letak lah map siap siap kalau korang nak jengah Restoran ni jugak suatu hari nanti..aku tak reti nak explain in detail how to get there, so pandai pandai lah korang stadi map kat atas ni yek..

1
Suatu malam hujung minggu lepas aku berjaya sampai ke sini dengan seorang rakan lagi dah tunggu di tempat kejadian..Jalan nak masuk to this Restaurant agak creepy sikit sebab jalan kampung dan agak sempit..bertalu talu juga lah kenderaan keluar masuk..memang muat muat jer sampai aku sesak nafas duk risau kereta bercalar kut tepi..tapi berkat kesabaran sampai lah jugak ke Restoran ini..

2
Mulanya dah agak bad mood sebab tensen dengan jalan yang nak masuk ke sini macam tak berapa elok dan sempit..tapi once dah arrived terus mood bertukar jadi macam ok balik bila tengok suasana sekeliling..memang best dan romantik!!diorang decorate tempat ni dengan sangat cantik..memang menarik dan tertarik lah.Cuma satu lagi problem yang aku tak tahan: Bau kambing!!since sebelah Cafe ni memang ada kandang kambing..tahan hidung sajalah..

3
Punya lah ramai manusia duk berpusu pusu mai restoran ni.aku ingat ada event ker apa.rupanya bukan sebab ada event,tapi memang Customer kat sini sentiasa tak putus..dashyat betul..Pilih punya pilih kami just ambik spot bawah pokok..nak duk atas pondok macam luas sangat..Waiter datang terus aku tanya apa yang spesel..dia kata LAMB CHOP dan BERIANI KAMBING..alamak.maknanya aku dah silap pilih restoran lah since kami berdua memang tak makan kambing.Tapi dun worry,banyak lagi variety lain yang ada..

4
Air nescafee o panas dan Oren Jus serta air mati

5
Sebagai starter aku order satay ayam 10 cucuk..satay ni rasanya just so so lah.not that great..ada yang terlebih bakar ada yang macam tak masak..tak faham jugak konsep macam mana diorang bakar satay ni.

6
Oleh kerana masa menunggu makanan yang diorder agak lambat,maka habislah kesepuluh cucuk satay ni di makan.komplen pun tetap habis.dah bayar beb..untuk malam ni kami just order masakan panas..lets tengok apa yang kami order:

7
Ini ialah TOMYAM CAMPUR yer tuan tuan dan puan puan sekelian..tahap kuah nya amat lah cair sekali hingga kami yang melihat ni tidak berapa berselera..maybe ni bukan specialist diorang so masakan tomyam ni just sidekick sahaja.maybe lah kan.. B- aku rate..

8
Ini pula ialah UDANG MASAK SAMBAL..yang ni ok..aku suka..sedap lah jugak masak sambal ni.tapi aku syak ada belacan diorang letak sebab bila aku makan terus hidung aku gatal gatal..ni bukan salah tukang masak,tapi salah aku yang macam ada resdung..so aku rate A..hehehee

9
SAYUR CAMPUR nya pun biasa jer.takde Xfactor yang membuat aku jatuh cinta..B+

10
Telur Dadar minyak manyakkk

11
SOTONG GORENG TEPUNG yang menghampakan!dari segi rupa aku dah macam suka dah sebab jarang nak jumpa sotong goreng tepung macam ni..biasa yang macam jemput jemput..bila makan yang ni terasa TAWAR dan takder rasa..ada lah rasa blackpepper sikit tapi tawar..tak berperisa..kena cicah sos baru sedap..hmmm..tapi aku tak tau lah kalau memang sengaja diorang buat macam ni supaya kena cicah dengan sos..C aku rate..maaf,tak kena dengan anak tekak aku.

12
Apabila berhadapan dengan lauk lauk sebegini memang aku jarang lah dapat nak menghabiskan nasik yang ada..separuh pun tak sampai aku makan..just ratah lauk jer lah mana yang tinggal..aku taw membazir tu tak baik tapi just tak dapat nak habiskan dah..Overall masakan panas kat sini memang tak capai standard yang aku nak.

13
Restoran milik penuh Mutiara Kristal Corporation Sdn. Bhd. ini dibuka sejak 2008 dan berkeluasan lebih dua hektar meliputi pusat ternakan kambing, kolam memancing ikan dan kawasan tanaman.Terdapat 76 pondok dan tempat makan dengan konsep bersila, pangkin, meja bulat dan meja batu di sediakan..setiap pondok ikut nama baka kambing.Memang kawasan ni berbau hamis.pada yang tak tahan mesti tak berapa gemar..

14

Overall aku rasa kawasan ni sangat unik,luas dan menarik..decoration nya memang menawan tapi this is not my place..Speciality makanan kat sini semestinya BERIANI KAMBING dan juga LAMB CHOP..dan memandangkan aku bukan penggemar kambing entah bila lagi aku akan sampai ke sini..Bagi penggemar kambing,ini ialah tempat anda..Tak rugi kalau datang sebab harganya pun berpatutan..Pada yang inginkan suasana tenang dan Romantik, (tapi bau hamis) mesti akan suka juga tempat ni.

Cuba lah.anda pasti dapat merasakan perbezaan nya.

*actually kalau nak pancing ikan kat sini pun boleh..siap ada kolam ikan dengan berbagai bagai jenis ikan yang ada..meh baca review Restoran ni dalam Utusan Online.

24 comments:

Arash Libra said...

dah lama i tak dgr 'air mati' uolls..ngeh3

@xiM said...

ARASH LIBRA,

motif komen pasal air mati jer??penat aku buat entri panjang panjang...
haissh..

Arash Libra said...

muahaha

sebab 'air mati' tu dah lama sgt x dgr...kikiki

sepul said...

Entry saudara kali ini sangat jujur. Saya betul-betul dapat rasakan akan kejujuran saudara dalam berkarya.
Nampaknya saudara sekali lagi tidak mewar-warkan teman yang sudi menemani saudara makan akan di restoran kambing ini.
Mohon penjelasan.

@xiM said...

ARASH LIBRA,

taw lah ko tu duk londong kan..
air mati tu SKY JUICE katanya..:p

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

ingin saya tegaskan di sini sebagai blogger memang kita perlu JUJUR dalam berkarya..kena jadi diri sendiri baru pembaca kita akan dapat menghayati apa yang kita sampaikan..bagi saya itu tunjang asas bagi seorang blogger-Perlu Ikhlas dan jujur seta tidak cuba menjadi orang lain.Just be yOURSELF..

Tentang penjelasan yang di pinta,saya hanya makan bersama seorang rakan sahaja.tidak lebih dari itu.Saudara usah gusar ya..:)

Benedict Bernard said...

glamournya nak gi sana kena lalu kubur cina. Teringat pulak masa gi Tomyam Klasik kat Sungai Putat Melaka.

Nota Kaki Kambing :-

Iphone kat fb tu belong to my good friend. My Iphone masih bernyawa dan bernafas... but im kinda lost interest with touch screen sebab dah lama sangat pakai Nokia :(

Arash Libra said...

amboiii perli cheq ka? muahaha..

taulah sky juice..tapi sumpah lama giler x dgr org ckp 'air mati'..ngeh3..air putih pon ada uolls..muahaha

@xiM said...

BENEDICT BERNARD,

Mau tak glemer kan..kena lalu kubur cina okeh..

nota kaki lembu:

kalau dah lost interest pos la ke penang ni..mekaseh.saya sedia menerimanya dengan tapak tangan terbuka..

eLLy said...

camne nak sebut nama kampung nie "PELET" Pelitt or Pelett .. peee ish tak gheti la nak sebut

@xiM said...

ARASH LIBRA,

kalau air putih aku pulah jarang dengar..kalau keputihan aku taw.

@xiM said...

KAK ELLY,

saya sebut PELET tu PELEETTT lahh..bukan pelit or palit..eheheheeee

Faisal Admar said...

aku tak sampai lg sini. dengar kata kambing bakar sgt femes.

Sizzling Suzai said...

salam..
huarghhh LAPARNYERR..fav telor dadar tuh..heheh sy pon ske g mkn temp2 cantek camni..so i would like to suggest an awesome place to u..

TASIK IDAMAN, dengkil SELANGOR kot..
actually kat area kg sy..tp mmg superb lah tempnyerrr..TRY LOL~ ^^

Najib Ariyan Ali Basha said...

Abg Bear penggemar kambing (masakakan kambing maksudnya) tapi kalau rate macam tu... takyahlah.. baik pegi sungai dua jer... so so jugak makanan dia... errrr waiter kat situ berbau kambing jugak tak? hehehehe

mummysyafie said...

kat sarawak pun panggil air mati gak. hihihi...

arianna adrizal said...

terliur tgk gambar mknn tghari mcmni..

Unknown said...

so bila nak bawak i ngn Kak CT g situ plak nie,
teringin gak nak try mkn kat situ,
huhuhuhu

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

itu lah.waiter tu pun cakap macam tu.tapi aku tak makan kambing so tak datang dah kot.tak tahan bau.haha

@xiM said...

SIZZLING SUZAI,

wahh.ada buat review dalam blog tak?kalau ada nak jugak tengok preview tempat tuh..
thanks anyway for the suggestion..

@xiM said...

ABANG BEAR,

jom abang bear pi makan kat sungai dua yang murah tu..:)

waiter kat sini memang bau kambing jugak.hahaha..tak lah.just kidding..:p

@xiM said...

KAK NOR,

oooo ya ka..kira tu bahasa biasa kot kan.satu malaysia katanya..

@xiM said...

ARIANNA ADRIZAL,

:)

@xiM said...

CIK WANIE,

kalau u ngan kak ct nak pi di alu alukan..i dah tak mai kot..tak tahan bau kambing..:P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails