Mari-mari-mari kita sambung lagi cerita pasal trip ke Bangkok dan Pattaya..Maaflah kekangan masa sangat mencengkam tu yang aku update satu satu..Untuk percutian yang setrusnya nanti aku rasa dah tak boleh cerita secara detail..kena cerita secara general dan maybe just melibatkan dua tiga entri sahaja..Tengok lah macam mana nanti.
Apa-apa pun,enjoice!!
TRIP BANGKOK/PATTAYA DAY 4
Lepas dah selesai makan di Beirut Restaurant(sila rujuk entri sebelum ini), kami ambil tren menuju ke Chatuchak weekend market..Next pit stop will be at Kamphaeng Phet yang akan membawa kami terus ke Chatuchak weekend market,means to say weekend jer lah pasar ni di buka.Teruja jugak nak pergi sebab ni pasar yang sangat terkenal di Bangkok,Thailand.
Dalam tren just rehat rehat jer duduk bersila atas lantai..ngantuk pun yer jugak sebab baru sudah makan tengahari..Tren kat sini sama jer macam kat KL tu..takder yang istimewa.
mempamerkan skill mengambil gambar di dalam tren..likes!
sampai di Stesen KAMPAHENG PHET..nak sebut macamana tak reti.macam kambing jer..
Ikut lah arah anak panah ni kalau nak ke Chatuchak weekend Market
Lost in transistion..:p
Akhirnya sampailah kami di Chatucak weekend market ni..memang sangat besar rupanya market nih..boleh tersesat sesat lah senang cerita..nasib baik kami datang juga.kalau percaya dengan pakcik tuk tuk penipu yang kata market ni tutup entah dah sampai ke mana kena bawak lari dengan tuk tuk yang tak best tu..
Seperti biasa lah kan,market macam ni what do u expect..memang akan banyak dengan souvenor dan barang barang perhiasan..speaking of which,kat sini memang boleh kata semua ada lah.dari pinggan mangkuk sampai lah ke kain baju luar dan dalam semua ada..makanan pun ada jual mahupun yang halal ataupun yang haram.
Household item..warna cokelat yang nice
Haaaaa korang tengok sendiri lah macam mana besarnya market ni..konpem sesat sesat lah jawabnya..ada satu insiden di mana kami semua berpecah,aku ngan Nikli,Aida sorang sorang,Ziana ngan Yana..mau meraban duk cari last last kol jer bagitau kat mana lokasi dan nombor kedai so masing masing bergerak ke arah yang sama..last last jumpa balik..
mari mari mari membeli barang barang perhiasan..
Gajah sangat terkenal di Thailand.pasai apa tak taw.malas nak baca sejarah.heheee
Masa tengah membeli belah kami pass by satu kedai menjual air kopi blended dan air air lain..terus lah menyinggah beli kopi cappucino blended dan kopi apa ntah lagi yang diorang order..ala aal starbucks dah rasanya tapi harga way to much lower lah kan..Starbuck tu jual brand jer lebih..
Tombol pintu
menarik jugak signage signage yang ada tu
Actually bila sampai sini baru perasan ada kedai makanan muslim..menyesal makan kat Restoran arab yang mahal sebelum datang sini..KAH JAK yer nama kedai Halal di atas..Bukan Kak Jah.Kak Jah tu biasa nama pelakon pembantu yang jadi orang gaji dalam drama melayu..Sign kalau kedai muslim mesti ada tanda bulan dan bintang.
Ini pun salah satu kedai makan muslim yang halal..di No.16
Macam macam makanan ada rupanya..dari nasik campur sampai lah makanan lain(apa dia ekk..ntah tak taw jugak.takder idea dah).so pesan saya kawan kawan sekelian kalau tak taw nak makan apa kat Bangkok mai lah makan kat area Chatuchak market ni..ada makanan halal di samping boleh bershopping sakan..
ini gajah jugak yer..mak gajah dan baby gajah..
Actualy kat sini kami banyak shopping baju.tapi entah tak ambik la pulak gambar kedai baju dan seluar..last last masa semua dah penat terjumpa kedai cenderamata ni..Nice sangat frame frame gambar kat sini sebab dia buat dengan bahan bahan asli..ada dipakai Cili padi buh dalam frame,ada kulit kayu manis,ada rumpt,ada biji saga,ada kelopak mawar hidup..semua nice..Then Aida minta sorang pilih satu dia nak bagi as a gift..Thanks Aida!!
Yang aku punya yang kulit kayu manis tu..Nice kan!Thanks Aida!
Masa on the way nak keluar dari Chatucak Market ni baru kami sampai kat kawasan yang lagi best..tapi mood dah mendatar so tak berapa nak excited sangat dah..tapi tak excited pun rembat lah jugak dua tiga helai t-Shirt lagi sebab Murah dan Nice!!
senyum jer lah walaupun kaki sangat penat..Letih tapi puas..:)
Dari Chatuchak Market ni kami bergerak dalam lebih kurang pukul 5 petang..beransur pulang ke Take A nap dan memang tidur lah jawabnya sebab seharian berjalan dari Pattaya ke Bangkok then singgah Chatuchak market pulak.mana tak flat kan..Tapi aku rasa macam tak puas hati dapat singgah at this market sekejap sangat.memang nak kena datang lagi..nak naik tren pulak ok.jom jom jom!
Dari Chatuchak Market ni kami bergerak dalam lebih kurang pukul 5 petang..beransur pulang ke Take A nap dan memang tidur lah jawabnya sebab seharian berjalan dari Pattaya ke Bangkok then singgah Chatuchak market pulak.mana tak flat kan..Tapi aku rasa macam tak puas hati dapat singgah at this market sekejap sangat.memang nak kena datang lagi..nak naik tren pulak ok.jom jom jom!
Entri seterusnya akan aku cerita pasal Malam terakhir di Bangkok yang mengujakan!
*Orang lain bila pukul 5 petang dah siap siap nak balik.aku bila 5 Petang baru nak mula kerja.macam mana tu?heheeee..
**hari ni 20.10/2010..tarikh yang sangat cantik!kalau weekend mesti ramai yang buat kenduri kahwin..apa apa pun,utamakan lah tarikh dalam bulan islam..jangan terikut ikut sangat dengan tarikh masihi..
11 comments:
Axim...mcm syiokkkk ja chatuchak market...rugi tak berkesmpatan p sana...Ni yg mcm nk p lg...
Frame tu sgt unik...mahai tak??
BUZU EDIANY,
Frame tu memang sangat unik..satu yang saiz 4R tu dalam RM30..mahal sikit tapi kreatif sangat!siap ada buh cili padi dalam tu tak tahan..heheee
CHATUCHAK market ni memang sangat best..ko kena mai lagi..aku pun rasa nak datang lagi.barang sangat murah!!nasib jer masa ni aku duit tak berapa banyak kalau tak merasa lah kena tambah duit excess baggage.heheeee
rindunya kat blog ni!
AD,
ke mana menghilang?
wahhh mengujakan??? tak sabaq nak tunggu
LIKES !!!
ENCIK SEPUL,
bila pi encik sepul?
tgk map market mmg besaq...
cam tak sempat round dlm sehari gitu..
i loike the frame tu! nice!
ermm akak je yang tak sampai lagi... bile tah nak sampai sana...
RASP,
memang tak sempat..paling kurang kalau nak betul betul puas hati kena ambik masa 3 hari..
Frame tu sangat cantik!!
NASAZFROG,
Insya Allah ada lah tu kesempatan suatu hari nanti..
Post a Comment