Followers

Monday, September 5, 2011

KERJA, DOKTOR GIGI, MASJID & SATAY

Bekerja kembali setelah balik cuti raya memang tak berapa best.

Tapi kerja tetap kena jalankan.Tanggungjawab.Rezeki aku kat sini..Masih dalam mood raya.kalau ada masa aku akan cuba cerita pasal sambutan hari raya aidilfitri di kampung halaman..meriah.tapi tak cukup korum since abang jali beraya di rumam mak mertua dia dan Kak Ija pulak beraya di Mesir..Insya Allah Tahun depan boleh lah sambut raya dengan keluarga yang lengkap.


Hari ni kerja macam biasa lah..actually banyak sangat kerja pending since bulan puasa dulu.Dua minggu pertama dah habis sebab pergi Umrah.Bila balik kerja pending duk ada banyak tak sempat nak siap tup tup dah raya pulK..Cuti selalu so camana nak buat kerja.kadang aku pikir aku macam kurang motivasi..kena cari sesuatu dalam jiwa supaya kembali fokus pada tugasan pejabat.kalau tak alamatnya kesan buruk nanti..dah la KPI appraisal dalam bulan ni..aku kena wake up sebelum boss aku bising nanti..


Cakap pasal Duit raya,ada banyak lagi duit raya tak habis..Untuk raya tahun ni aku tukar duit RM300..duk bagi bagi mana yang sempat..bila balik penang semula cek dalam beg kamera ada lagi balance Duit raya.ok lah tu boleh guna pakai untuk tahun depan pula..Sampul Raya CIMB tahun ni cantik.aku suka.cantik lah kalau nak banding ngan sampul kompeni aku.hahaaa..


Dari kampung semalam lagi aku dah sakit gigi.Rupanya tampalan gigi bongsu belah kanan dah tercabut.Balik dari kerja tadi singgah Bhar Dental.nak tampal balik.lagipun dah setahun lebih tak buat pemeriksaan Gigi.


Bab Bab jumpa doktor Gigi ni aku tak berapa gemar sebenarnya.tapi dah takder pilihan kena lah datang jugak.aku paling tak suka mesin yang kikis gigi tu.setiaap kali kena gigi mesti ngilu.eeeeeeeeee..sangat lah tak suka..So akhirnya gigi aku selamat ditampal..dalam dua minggu lagi kena mai sekali lagi untuk scaling.Jangan lupa untuk buat scaling at least setahun sekali ya kawan kawan!


Balik dari Klinik Doktor Gigi singgah sembahyang maghrib di Kubang semang..cantik lah masjid ni!suka pulak aku tengok..tapi mesti korang pelik kan kenapalah sembahyang jauh sangat.actually aku on the way nak ke Guar Perahu..Nikli Nodin ajak beraya kat Rumah dia.kebetulan dia masih bercuti so dia jemput lah datang rumah.sampai rumah dia siap makan nasik lagi.Thanks Bro!


Ada solat tasbih jugak dibuat di Masjid Guar Perahu selepas solat Isyak..Alhamdulillah Allah beri kesempatan untuk sama sama buat solat tasbih..sekali ngan Pak Din dan Mak Timah..ajak Aliff bukan dia nak mai..


Azim & Nikli.Kopiah hitam tu kopiah Pak Din.Pinjam sat.


Ada berbagi bagi Meehun dan Tea O panas pulak.Rezeki.


Lapar.dari Masjid kami pi makan satay dulu kat area mana ntah ni.permatang tok kandu rasanya..hajat di hati nak makan mender lain tapi nampak satay singgah kat sini.


Bukan setakat satay jer.makan mee bandung jugak.Pelik pulak rasa mee bandung ni.tak macam mee bandung pun..tapi ok lah.after makan then terus balik.hari ni adalah hari yang memenatkan..dari Opis memang tak balik rumah..sampai sampai Rumah terus tidur jer lah jawabnya ni..Good Nite..:)

*Esok hari lahir saya.korang tanak bagi saya hadiah ker??heheeee..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails