Followers

Tuesday, September 6, 2011

SANNAH HELWAH YA AZIM ASHAARY!!


Setahun sudah berlalu.

Dalam masa setahun,macam-macam perkara telah terjadi.banyak benda aku belajar pasal kehidupan..ada pahit maung suka duka tawa dan tangis silih berganti dalam misi menjadi seorang dewasa yang matang..orang kata ada apa pada umur andai kata perwatakan tidak mencerminkan kematangan usia sebenar..Semoga aku mampu untuk menjadi seorang yang matang dalam semua aspek kehidupan..dan hari ini,aku bersyukur padamu Ya Allah kerana masih diberikan kesempatan untuk bernafas dan mengecapi segala nikmat nikmat yang telah Kau limpahkan padaku..Sesungguhnya Engkaulah Tuhan yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang..Terima Kasih ya Allah..

Alhamdulillah..Hari ini merupakan hari ulangtahun kelahiranku..Terima kasih pada mak dan ayah kerana tanpa kalian berdua aku tiada akan hadir dalam dunia ini..Aku berdoa agar Allah akan pelihara aku dan keluargaku dari sebarang kejahatan dan kemungkaran, terpelihara dari segala dosa dan kemaksiatan..Jauhkan lah kami semua dari azab api nerakamu dan masukkanlah kami ke dalam Syurgamu Ya Allah..Moga Sisa Usia yang masih tinggal ini dapat aku manfaatkan untuk mengumpul bekalan menuju hari mati..Amin ya Rabbal Alamin..
.
*Terima kasih yang tidak terhingga pada semua rakan-rakan serta ahli keluarga yang wish hari lahir ku melalui SMS ataupun FaceBook..aku hargai sangat sangat..semoga hidup kita semua diberkati Allah..Di kesempatan ini aku nak ucapkan selamat ulangtahun kelahiran juga buat Lanny dan Azuan yang turut berkongsi tarikh lahir 69..semoga kalian murah rezeki dan dipanjangkan umur..ameen..

****************************************************************

Soalan: Bolehkah menyambut ulangtahun kelahiran dengan meniup lilin dan bernyanyi? Sesetengah orang cakap tak boleh. Kalau tak, boleh ke kita tukarkan lagu “Allah selamatkan kamu”?

Jawapan: Sebenarnya menyambut ulangtahun hari lahir ini tak salah, sebab Rasulullah setiap hari Isnin baginda berpuasa untuk memperingati hari kelahirannya. Kemudian setiap tahun 12 Rabiulawal semua umat Islam menyambut hari kelahiran dan perjuangan Rasulullah untuk memartabatkan agama Islam.

Majlis menyambut hari kelahiran adalah baik kerana itu adalah caranya kita mengingati segala nikmat yang Allah berikan kepada kita dan ia merupakan salah satu cara kita bersyukur kerana Allah melahirkan kita di dunia ini dengan keadaan baik dan sihat.

Tapi kita kena ingat kalau majlis ini salah pengisiannya atau salah meraikannya dengan cara tidak mengikut apa yang ditetapkan oleh syarak seperti adanya tarian, menari, konsert, bercampur antara lelaki dan perempuan yang bukan mahramnya. Meninggalkan solat dan sebagainya. Maka ini jelas menjadi haram. Menjadi persoalan ramai umat Islam diluar sana bolehkah meraikan hari kelahiran dengan memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu “selamat hari jadi”?

Jawapannya, perkara ini datang bukan dari budaya Islam dan ia datang daripada budaya barat. Hadis Nabi Muhammad SAW yang membawa maksud: “Barangsiapa menyerupai sesuatu kaum maka dia bukan dari golongan ku.” (H.R. Abu Daud dan Ahmad)

Jelas di sini bahawa merayakan hari kelahiran dengan meniupkan lilin itu bukan dari Agama Islam, malah ia dipraktikkan oleh masyarakat Kristian setiap kali mereka menyambut hari kelahiran mereka. Barangsiapa yang menyambutnya dengan cara memasang lilin di atas kek dan menyanyikan lagu hari lahir adalah haram sebab dia bukan dari budaya Islam. Cara Islam menyambut hari kelahiran adalah dengan melaksanakan kenduri kesyukuran, membaca doa dan menjemput semua kaum kerabat dan sahabat-sahabat yang berdekatan dengan tujuan untuk bersilaturahim antara satu sama lain.

Akhir kalam, masuklah kedalam Agama Islam dengan cara keseluruhannya bukan masuk yang mana sesuai kita ambil dan yang tidak sesuai dengan nafsu kita tinggalkan. Jadilah umat Islam yang taat kepada perintah Allah dan meninggalkan perkara yang mungkar dan syubhah, kerana ini lebih menjaminkan keselamatan kita di dunia dan di akhirat. Rayakanlah hari kelahiran sepertimana yang ditetapkan oleh syarak Islam, mudah-mudahan majlis yang dijalankan itu diberkati dan dirahmati oleh Allah.



*sumber : http://mediasiber.com/hukum-sambut-ulangtahun-kelahiran/

5 comments:

NM02 said...

selamat ulangtahun kelahiran pok jim.. moga Allah memberkati kehidupan kamu dunia dan akhirat. amin

iKhRam said...

selamat hari lahir yer..

cik.mello said...

salam

selamat menyambut ulang tahun kelahiran
semoga bahagia selalu dan diberkati Allah..

Selamat Hari raya

sepul said...

semoga pengalaman mematangkan kita. selamat hari lahir. saja duk belek entry hang lama-lama. gatai tangan.

NN said...

Selamat menyambut hari lahir..
Semoga dipanjangkan usia, dimurahkan rezki dan sentiasa diberkati olehNya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails