'Have you been in Korea before this mr. Azim?'
Tanya Mr. Park Seong Sik pada aku masa lunch tadi. Hari ini ada Lunch appointment dengan beberapa orang representatives dari Korea di The Qamar Hotel, Paka. For some business purpose.
'Yeap.. i've been there once. In Seoul.. Back in May 2012.. But.. just for a day..something happened.. My dad passed away the day after i arrived in Seoul..'
Tak sempat nak teruskan ayat, seketika fikiran aku menerawang kembali 2 tahun lepas.
Ketika aku berada di Seoul, Korea selatan untuk bercuti. Saat ketika Arwah ayah sedang bergelut dengan sakaratul maut di Hospital Besar Kuala Lumpur.. Saat ketika aku resah gelisah di Korea kerana mesej yang memberitahu arwah ayah tidak sedarkan diri.. Dan akhirnya aku akur dengan kehendak Takdir Illahi apabila mendapat perkhabaran ayah menghembuskan nafas yang terakhir di waktu dan ketika itu juga.. lemah dan longlai, tanpa aku mampu berbuat apa-apa kerana jauhnya jarak perjalanan dan masa yang memisahkan antara aku dan sekujur tubuh bermulanya sebuah cinta dalam kehidupan aku.. Allah.. Allah.. Allah.. Ketika itu hanya Allah sahaja yang tahu apa ada di dalam hati dan perasaan ku.. Dan sesungguhnya kematian itu tidak dapat dipercepatkan dan dilambatkan, hanya Allah mengetahui rahsia itu..
Al-Fatihah untuk arwah ayah.. Semoga sentiasa mendapat ketenangan dan rahmat di alam sana.
'Mr. Azim.. Mr. Azim.. Are you there?'
Tersentak. ya. aku telah mengelamun. Baru sedar ketika waktu ini sedang makan tengahari bersama orang-orang korea. Yup. Kenangan itu kembali menghambat. Kerana kenangan itu tak akan pernah mati dan usang. Sentiasa mekar dalam jiwa. Seiring waktu berlalu, aku terus mengerti satu persatu hikmah dari setiap yang Allah telah takdirkan pada kita. Tak akan pernah Allah buat sesuatu itu sia-sia!
Aku mula memberi jawapan,
'Yup.. we are we just now? oh yeah.. Seoul is nice place.. i should go there once again later.. the place that i just got a chance to visit bla bla blaaaa.. (and the conversation keep continue to the point that i believe you guys dont want to hear about it..)
*Thank you Allah for another day to breath!! Setiap hela nafas yang kita hirup adalah milik Allah. Jadi jangan sombong dan berasa bangga diri. Semua nya adalah milik Allah. Daripada-Nya kita datang, dan kepada-Nya juga lah kita akan dikembalikan suatu masa nanti.
2 comments:
Innalillah..kenangan pada org yg kita syg takkan hilang walaupun dia telah tiada..
Pernah bertemu arwah ayahanda axim di majlis wedding diKijal ...ketika itu beliau berkerusi roda . Pertemuan yg singkat tetapi amat bermakna , arwah amat mesra ... Sama samalah kita berdoa agar arwah ditempatkan dikalangan orang yang soleh . Amin .
Note ; thanks for ur birthday Wish to my kids !
Post a Comment