Followers

Tuesday, September 16, 2014

TRIP DIVING DI PULAU KAPAS, MARANG TERENGGANU

Ini adalah kegilaan terbaru saya.

Menjadi seorang Divers pulak. Dah lama nak menyelam dalam air. Alhamdulillah dah certified lesen diving dengan PADI pada bulan April yang lalu. Setakat ni baru dive di Pulau Redang dan Pulau Tenggol. Tak sempat nak siarkan gambar di sini lagi. Cuti 16 September ni sempena Hari Malaysia saya dan seorang kawan opis datang diving di Pulau Kapas. Sempat lah dive dua kali sessi pagi dan petang.. Di Berakit Reef dan Coral Garden reef. Alhamdulillah skill menyelam dah makin baik. Bouyancy dah makin ok..

Enjoy the pictures sahaja lah..


 
Gambar underwater semua saya rakam menggunakan Gopro Hero3+.. Seronok pakai Gpro sebab boleh ambil gambar dan video sampai 40 meter ke bawah dasar laut.. Seronok tinggal di Negeri Terengganu ni. Banyak Pulau pulau yang cantik dan dapat menenangkan jiwa.

Next trip akan ke Pulau Perhentian pula. 

Insya Allah!!

*Maaf kepada semua reader lama blog ini.. sudah lama tidak berkongsi kisah, kini saya harus kembali untuk berkongsi pengalaman. Banyak kisah bakal saya kongsikan.. yang latest pasal event marathon, ultra marathon, trip to Goald coast and Brisbane, dan trip trip diving.. Moga Allah beri kemudahan dan kelapangan masa untuk saya terus berblogging. Ameen.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails