3 Countries
9 Cities
2,912 km total mileage
19 - 28 February 2015
Dengan Nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang.
Kali
ini baru saya berkesempatan untuk bercerita sedikit tentang
Catatan perjalanan saya ke Negara Eropah pada bulan February yang lalu.
Macam biasa, kekangan masa dan kesibukan kerja sentiasa menjadi faktor
utama untuk lambat update di ruangan ini. Trip kali ini seperti mimpi
pun ada. Bermula dari Oktober 2014 ada seorang kawan saya bertanya dan
ajak untuk turut serta trip ini, dan tanpa berfikir panjang saya terus
setuju dan beli tiket ke Frankfurt Germany. Tak tahu
kenapa waktu diajak tu saya terus kata ya dan terus buka ruangan tiket
MAS dan beli. Mungkin kerana sudah lama memasang angan-angan untuk
menjejakkan kaki ke bumi Eropah. maka since Bulan Oktober tahun lepas
(Kurang lebih 4 bulan) mula menghitung hari untuk Trip ini bermula.
Mengambil cuti sempena Chinese New Year pada 18 dan 19 February, saya
lajakkan terus cuti sampai 28 February 2015. Tiket yang saya beli RM3200 return. which is mahal sebenarnya. Kalau beli awal boleh dapat dalam RM2400 - RM2500 return. Sila beli tiket awal dan buat perancangan awal untuk harga tiket yang lebih ekonomi.
Bagpack Hijau tu hadiah hari lahir tahun 2009 oleh kawan rapat..still remember.:)
Pada
hari Khamis 19 February saya terbang dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur.
waktu itu keluarga saya kebetulan merancang untuk ke Kota Bharu dan
melawat pusara arwah Tok Guru Nik Aziz Nik Mat yang baru sahaja
meninggal. Al-Fatihah kepada Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.. Takziah buat keluarga mereka. Sesungguhnya kehilangan ini adalah kehilangan yang amat besar kepada Negara, untuk agama kita khusunya.. Semoga Allah menjanjikan ganjaran yang amat besar untuk arwah. Saya tidak berkesempatan untuk melawat sama kerana mengejar
flight pada jam 4.35pm. Terima kasih Mak dan Abang Shuk serta ahli
keluarga lain yang turut sama menghantar saya ke Airport Kota Bharu.
Semoga perjalanan ini baik-baik sahaja, insya Allah.
Macam-macam hal lah perjalanan kami - tayar kereta pancit lah, ada 2-3 tempat orang accident langgar lembu, kami berhenti tepi jalan beli nenas dan berbagai bagai lagi kerenah.. Alhamdulillah perjalanan kami semua selamat.. sampai KB terus ke Airport Sultan Ismail Petra. takut terlepas filght. Makan tengahari pun di Restoran depan airport. Sempat lah sambut hari lahir Mimi, kak Ina buat kek Chocolate moist. merasa lah jugak makan. sedap ya. thanks kak Ina. Kemudian yang hantar saya gi airport ialah Abang Shuk, Faiz dan Mak. Walaupun sekejap dapat luangkan masa dengan keluarga tapi at least i still have time to spent with them.
Tiba di KLIA saya
sempat meluangkan masa di Folden Lounge Satellite MAS sementara menunggu
flight lewat malam ke Frankfurt Germany pada jam 11.59pm. Makan, Mandi
dan solat serta mula membaca rencana berkaitan negara Germany. Enak
sekali melepak dan meluangkan masa di Lounge ini. Banyak bahan bacaan
dan minuman serta makan free flow tak henti henti. Tinggal kita lah
larat atau tidak nak makan semua benda yang ada di sini. i had pumpkin
soup and vegetables for dinner. and a coffee too. also ada dim sum. and
ada salmon jugak. actually banyak juga makan. hehe. Dah mender percuma
layan kan aja.
Here i am at Golden Lounge Satellite MAS
Mandi dan solat dulu..
Makan-makan dan bersembang dengan kawan baru
Di
Lounge ini saya sempat bersembang dengan seorang warga negara Filipina
yang bekerja di Malaysia. meninggalkan anak isteri nya di Manila, hanya
setahun sekali berjumpa demi mencari sesuap rezeki.. Kemudian kami
bertukar cerita pasal travel dan dia bercerita tentang kesusahan
hidupnya.. berulang kali dia berkata 'you are lucky that you are rich..
can go travel here and there easily.'. saya hanya tersenyum. sebab i
know myself. i'm not that rich macam yang dia kata. i'm just someone who
willing to spent my money on travel. Orang lain lagi banyak duit dari
saya. Tapi mungkin mereka tak minat travel. itu sahaja. i always believe
travel will make myself richer in a way that only me and other
travelers can understand..sebab by travel kita akan perolehi dan kutip
banyak pengalaman berharga. and thats experience is something that money
can't buy.
Dalam
jam 10.30pm saya keluar dari Lounge dan berjumpa travel mate saya,
Desmond di Starbucks berhampiran. He just had his birthday recently and
happy with his Ipad Mini, Birthday Gift from his Parents. Happy belated
Birthday Desmond! May God will always bless you. We talk about this trip
while he struggling to open and install his new Ipad Mini.. very nice.
Thinking of getting one too later. Maybe someday. But i think i better
used that money to travel. We'll see how later. Then dalam jam 11pm kami
terus ke Gate untuk pelepasan. Tak nak lah kena tinggal flight. and
this is it. Frankfurt Germany here we come!!
Kami
duduk asing-asing dalam flight. Sebab beli tiket pun asing-asing kan.
He bought early and i just bought whatever left. so dalam flight my seat
sebelah remaja Germany name Erik Beenders. Mulanya tak bersembang bila
dekat dekat nak sampai baru bersembang and he is sangat friendly. dia
nak jadi actor katanya. semoga berjaya lah dik! baru umur 19 tahun. Long
way to go. Dalam flight ada 2 meal disediakan. Movie pun
banyak ada. pilih lah nak tengok cerita apa. see, i dont need ipad ya.
Dalam flight kan dah ada entertainmentnya sendiri. Penerbangan memakan
masa selama 12 jam.. we shall reached Frankfurt Airport at 6 am. Puas
makan, tidur dan layan movie. and for the record this is the longest
flight i ever had. Flight paling lama pun sebelum ni ialah masa ke
umrah, kota Mekah 8 jam. dan ke Gold Coast Airport Australia juga 8 jam.
Jadi ni lah penerbangan paling lama setakat ini. Solat subuh dalam
flight untuk menghormati waktu.
Makan, tido dan Movie
This is Erik Beenders
We reached Frankfurt Airport at 6am.
And
the suhu outside is 1-2 degree celcius. yeap. This is winter season in
European countries. memang dah bersedia dengan jaket tebal, sarung
tangan dan apa-apa yang patut untuk menangani masalah kesejukan ni.
Keluar dari flight ada bas yang ambil menuju ke tempat imigresen. Masa
beratur di imigresen saat mencemaskan berlaku. Polis imigresen tu soal
saya macam-macam soalan. Most probably because in my passport ada visa
arab saudi. so of course i am muslim. siap ada janggut. Dia tanya saya
stay mana di frankfurt. so saya jawab lah tak stay di frankfurt sebab
nak ambil connecting flight ke Paris at 10.25 am. Dia soal lagi mana
tiket flight ke Paris? then i answer ada with my friend. Sebab saya dan
Desmond tak lah beratur sekali. Then dia tanya lagi if i travel together
then why tak que up in the same lane. wow. macam-macam soalan. lucky i
saw desmond outside the imigresen and i call him to come at the counter.
Desmond gave the flight itinerary to Paris and he asked again what are
we doing in Paris. we said for leisure and holiday. Dia mintak hotel
booking confirmation pulak. sudah. mati lah kami. sebab booking
confirmation is with Thomas, the Germany Guy yang dah waiting outside
the imigration counter. we explain a lil bit and finally he just cop my
pasport and let us go. dekat setengah jam jugak lah kena soal. so my
friend, beware. kalau korang tak buat salah then jawab jer dengan
tenang. jangan serabut serabut dan nak naik angin. Ni negara orang so
just be cool and rileks. kalau tak buat salah kenapa nak takut kan?
Lepas
dari Imigration counter we go collect our baggage first. and when we go
outside, Thomas (Desmonds Friend) already wait for us outside. Nice to
meet you Thomas Heilig! he is germany. so we straight away went to his
car to put our belonging first. The plan is - just bring some cloth and
stuff for one night at Paris. The initial Plan takder pun nak pergi
Paris. Last minit i request to go to Paris, and both of them agreed. Dah
datang Europe rasa rugi la pulak kalau tak ke Eiffel Tower Paris. By
flight Airfrance ticket RM400 return (100 EUR0). Lucky both of them ok
with that so we gonna had a night at Paris.
Penerbangan
kami dari Frankfurt Airport ke Paris pada jam 10.25am. Waktu masih
menunjukkan jam 7.30am. jadi kami punya waktu yang banyak sebelum
bertolak. Kami (by kami maksudnya saya, Desmond dan Thomas) minum kopi
dahulu di kedai kopi MONDO. Saya hanya minum. tak berani nak makan Roti
dan sandwich kat sini. Membuang waktu sambil sessi ice breaking with
Thomas. Tak pernah jumpa Thomas before this. Just heard about him from
Desmond. So here we are, met at Frankfurt Airport and ready to go
through this journey together. he even took more than a week leave for
us. Thank you for that. Just ask a simple questions, considering we
gonna have a lot of time driving in the car later.
Ada
Wifi kat Kafe MONDO ni so tak perlu lah rasanya saya nak beli simkad di
Eropah. Cukup hanya pakai Wifi di Kafe macam ini sahaja. Rasanya zaman
sekarang semua kafe dah ada wifi. sebilangan kecil saja lah yang tak
ada. Lagipun di Airport wifi nya pun laju. Boleh lah nak checked in dan
upload gambar di FB ataupun Instagram. Agak banyak juga lah waktu
terbuang kat sini. Kalau drive dari Frankfurt dalam 5 jam 19 minit
(572.2km). Nak jimat waktu so kami naik flight, Hanya 1 jam 30 minit
perjalanan. Seminggu di Eropah bukan sempat nak pergi banyak tempat
pun.. Benua Eropah ni besar ya. sila rujuk google Map kalau tak
percaya.. Akhirnya impian tercapai nak jejak kaki ke bumi Eropah.
Lepak membuang waktu minum kopi.. kopi pertama saya di bumi Eropah
Sebelah kiri tu Thomas Heilig. And the other one is Desmond
Jam
9.15am, we decide to masuk ke dalam balai menunggu. And this is the
time ada satu bad things happened to me. My samsung NX300 jatuh masa
security check. sebab kena buka tali pinggang bagai. saya sangkut kamera
kat bahu. so it fell off. jatuh lense dulu. terburai habis. Tapi saya
ambil keputusan untuk lupakan dan lepaskan saja dari hati. malas nak
jadikan issue walaupun sebenarnya bab-bab gambar ni is really my things.
I used to be moody bila ada orang break my camera dulu. but not
anymore. i guess i'm grown up now. Dah faham erti hidup. Setakat kamera
jatuh dan takleh pakai doesn't mean end of the world. still boleh
bernafas dan hidup lagi. Lagi pun Iphone 6 kan ada. so guna Iphone saja
lah since that moment. That's the art of letting go. to be more peaceful
and calm in life. still trying to master that art. :)
This flight operated by AirFrance
So
kamera tu saya bungkus saja dalam beg sandang yang saya bawa. Tanak
kecoh kan lagi keadaan. Just smile. Both of them said sorry to me for
what happened to that camera. yeah. am ok. totally fine with that. i have to. So
sementara menunggu Thomas read a newspaper. Desmond try to get some
sleep. and i'm with my iphone 6 plus try to adjust the setting of the
camera. Masa kami menunggu tak ramai lagi orang ada.. sembang-sembang juga dengan Thomas.. He speak English very well. Sometimes ada Germany yang tak reti cakap English juga. Boarding time jam 9.50am..
Dalam Flight ni ada dihidangkan Biskut dan air kopi. Ala-ala firefly lah ni. Perjalanan mengambil masa 1 jam 30 minit. Attendant flight cakap france dan english. Sepanjang perjalanan aku layan dengan MP3 dalam phone jer. tak sempat nak lelap dah sampai France..sesekali aku tengok itinerary perjalanan juga. where to go and what to do. tapi not bother about that much. sebab aku sangat tak suka perjalanan yang terikat oleh waktu. aku lebih suka santai dan rileks rileks. tak nak terkejar kejar attractions place and at the end of the day penat macam tu jer.
And finally.. i'm in PARIS, FRANCE.. Reached at CDG Airport (Charles De Gaulle) at 12pm 20 February 2015.. time sampai hujan lah pulak di luar.. Memang bertambah sejuk lah jawabnya.. Bienvenue maksudnya Welcome. Welcome to Paris Airport.. We are lucky Thomas ada. sebab dia yang bawa kami untuk keluar dan ke arah mana nak di tuju. so dah jimat masa dah tak perlu nak tercari cari arah mana nak pergi.. kami nak menuju ke arah train station. Kena naik Bas ke Terminal lain pula..
And this is the time my Europe Trip begin..
*To be continued..
No comments:
Post a Comment