Followers

Thursday, March 19, 2015

EUROPE TRIP DAY 1 - PARIS, FRANCE HERE WE COME!

Assalamualaikum.

Nak sambung lagi cerita pasal my very first Europe Trip pada bulan February yang lalu. Sambungan dari entri sebelum ini. Tapi before we go further, nak cerita sikit pasal Eropah.Benua eropah ni ada 50 buah negara dan yang glemer biasanya UK(England, Wales, North Oreland and Scotland), jerman, perancis, czech republic, itali, spain, switzeland dan banyak lagi. Dari 50 buah negara tu ada 26 buah negara eropah yang dikenali sebagai SCHENGEN AREA yang mana 26 buah negara ni membatalkan border control. jadi tak perlu masuk dengan visa dan passport juga tak diperiksa. Boleh rujuk link ini untuk nama 26 buah negara dalam Schengen Area.

Dari Frakfurt saya telah dikenakan pemeriksaan passport. Jadi bila tiba di Paris boleh masuk melalui imigresen tanpa pemeriksaan passport pun. Dah jadi macam domestik flight lah kiranya di tempat kita walaupun sebenarnya kita merentas negara Germany ke France. Ok jugak lah sebab saya duk risau jadi macam masa periksa passport di Frankfurt Airport. Boleh rujuk entri sebelum ni. now Saya dah sampai di Paris. Bienvenue!!


Masa flight mendarat di luar hujan turun. tidak lah lebat.


Dari Terminal 2G kami kena naik shuttle service ke Terminal 2F. Masa ni cuaca memang sejuk kat luar. sebab baru lepas hujan. sementara tunggu bas saya tengok pokok pokok kat sini macam ken abakar pun ada. oh. lupa pulak sini negara 4 musim. belum musim bunga memang lah pokok tu semua tak berdaun. tinggal batang saja. sekarang pula dah berada di hujung winter. Waktu menunggu tidak lah lama. dalam 10 minit sahaja.


Kemudian bila dah sampai di terminal 2F kami kena mencari Terminal 3 pula tempat di mana terletaknya Stesen Keretapi. Quite confusing juga nak cari. Thomas pernah datang sini tapi it was like zillion years ago. so dia pun confuse jugak. Desmond tanya local kat sini then we got our way. Masa tengah jalan ada juga yang minta sign petition apa ntah. sebab dah baca banyak scam dan penipuan macam minta petition macam ni so saya abaikan saja.


Pemandangan di luar Airport CDG France


There you go. Railway Station in Paris.


Boleh beli tiket di mesin. tapi kami akan beli pass 2 days include airport skali pergi dan balik. actually boleh kalau nak bei tiket asing-asing tapi nak memudahkan kami beli satu tiket je 2 days pass. maksud 2 days pass ni boleh naik semua train yang ada within this 2 days. Duit Euro saya tukar di Kuantan sebelum ke KLIA dapat rate 4.06. menangis lah kalau convert kan. But that's the price we have to pay. Kalau tak alamatnya sampai bila lah tak merasa nak travel ke europe.


2 Jours tu maksudnya 2 days including airport. Kalau beli asing asing lagi murah sebenarnya lepas saya tengok balik tapi takpe lah. Masa ni pun saya tak stadi bebetul harga train, just leave it to Thomas since dia boleh speaking language sini. Tiket ni alahai kecik nya lah kan. kena simpan bebetul sebab mudah hilang. simpan dalam dompet terus insya Allah selamat. tapi saya tak bawa dompet. duit pun simpan dalam buku. ada setengah dalam sampul. Saja letak asing asing supaya ada backup. we never know anything that might happened kan. ada setengah tips saya baca diorang sarankan letak duit dalam stokin. tapi macam menyusahkan jer so saya tak buat lah. Pandai-pandai lah jaga diri.


Kami menaiki train untu ke Station CHATELETE LES HALLES. Dalam train kami duk stadi Paris Map kat sini. Tak susah nak faham link yang ada asalkan kita tahu mana nak dituju. quite complex juga link train station nya but now i know how to link with one another. Experience is always the best teacher. Perjalanan 45 minit dari airport untuk sampai di station chatelet les halles ni.


Sampai di destinasi ini, kami turun. Sortie means exit. My first impression is kat sini ramainya orang. sibuk macam di Kuala Lumpur juga. dan saya tengok train station nya pun tak berapa bersih dan kemas. macam biasa biasa saja. Lantai simen dan tak berapa cantik.


Masa keluar dari kawasan train station, saya tergamam seketika. bagaikan tak percaya akhirnya saya boleh jejakkan kaki di Paris. Kehidupan macam tu lah. Kita sering akan dapat apa yang kita kerjakan (dengan izin Allah). Kalau dah berusaha tak dapat hasil macam yang kita harapkan nak buat macam mana. Allah lebih tahu yang terbaik untuk kita. Saya dah rancang perjaalanan ini dan Alhamdulillah sampai juga akhirnya. Hujan masih rintik rintik dan cuaca memang sejuk. Dapat minum coffe best ni..


Oleh kerana waktu dah masuk jam 1pm, maka kami kelaparan lah. Nak cari makan. nampak ada restoran pizza hut tapi Desmond suggest to find something other than that sebab in Malaysia bersepah Pizza Hut. So kami singgah di restoran ini. Boleh juga panaskan badan yang dah menggeletar kesejukan.


Masuk ke Restoran, terasa hangat kembali.. pesan makanan yang ada. i know this is not a halal restaurant. Jadi kena cari makanan yang paling paling halal untuk dimakan.. Nasik dan sos tomato is okay tapi kena tanya lah kitchen guna minyak apa. sebab i heard my friends said biasanya diorang guna minyak pork. Di paris banyak sebenarnya Restoran Halal. Korang boleh search dalam internet. Ada kelapangan nanti saya cari. Harga untuk lunch kali ini 42.50 EURO. Dalam 14 Euro sorang. Ok lah. Di restoran ini saya perasan tandas nya ada di bawah. Thomas said tandas dalam restaurant in Europe memang kebanyakannya di baah. kena turun tangga.


Dah selesai makan kami meneruskan perjalanan. Hujan lagi waktu ini. Rintik rintik. Dan saya ternampak banyak dinding dinding yang dipenuhi Grafiiti. Di sini mereka memanggilnya Seni. Bagi saya kalau dilukis cantik dan ada mesej itu lah seni. tapi kalau conteng ayat ntah apa apa tu lebih kepada vandalisme. Nampak cantik juga kalerful. tapi terpulanglah pada penilaian masing masing.


Ada yang berpayung sebab hujan. kan best kalau hujan salji. hehe. tapi tak best la pulak jalan jalan kalau salji merata rata. cuaca mendung dan hujan macam ni kira ok lah. teringat lagu the passenger. Bila Hujan nak matahari. Bila duk atas jalan nak balik rumah. bila dah balik rumah nak keluar pula. Manusia. Sentiasa tak puas dengan apa yang ada.


Nasib baik ada hood.. Sebab payung takder


Di sini lah tempat persinggahan pertama kami. namanya CENTRE GEORGES POMPIDOU. Building ni ada public information library, dan juga Muzium terbesar untuk Seni Moden di Eropah. Bangunan ni dibina dengan style of high-tech architecture oleh team Richard Rogers, Renzo Piano dan Gianfranco Franchini. Actually nak detail lagi pasal Centre G Pompidou ni boleh lah gugel dan semak link ini.


Bangunan ni dinamakkan sempena nama President France dari 1969 - 1974 Georges Pompidou. Tak masuk pun dalam bangunan ni.. Actually kalau ikut aku nak masuk tapi kekangan masa yang ada so kami decide untuk tak masuk. sekadar ambil gambar di luar bangunan sahaja.


Area Les Halles ni ada shopping complex. Apa ntah nama shopping complex ni aku tak sure. Au Forum Le Shopping N' Attend Pass tu ap amaksudnya? paling tertarik kasut Skechers murah 19 Euro saja. tapi kaler pink. kasut perempuan. kalau ada kasut run best saya dah beli dah satu rasanya. Tapi trip ke Paris ni memang tak intended untuk shopping so tak beli apa pun lah. Baggage flight pun tak beli. dah namanya rancangan last minit untuk ke Paris.


Dari shopping complex tu kami turun ke Train Station STRASBOURG SAINT-DENIS. Kami akan singgah di shopping kompleks yang femes di Paris.


Paris Map


Tiba di Stesen Chaussee d'Antin La Fayette


Akhirnya kami tiba di Galleries La Fayette yang terletak di Boulevard Haussman. Alah. Takde special sangat pun. Shopping kompleks lah. macam KLCC. Macam Pavillion. Cuma ni di Paris. Ramai yang saya dengar kalau datang Paris mesti nak datang shopping sini. Macam yang saya kata tadi, this trip not intended untuk shopping jadi melawat kawasan saja lah.


Perkara pertama saya minat tengok ialah Macaroon ni. Pierre Hermes. Jenama Macaroon yang popular. Tapi harganya 59 Euro untuk 20 bijik. mmm. takpe lah. tak beli lah. nanti beli saja di PAUL. lebih murah. La Duree pun boleh tahan mahal jugak. Kalau di Malaysia saya tak makan pun Macaroon sebab manis sangat. kat sini kena rasa lah. Sebab di sini lah katanya asal usul Macaroon. (Correct me if i'm wrong)


Di tengah tengah shopping kompleks Galleries La Fayette ni, boleh tengok bumbung yang cantik. Of course lah kena bergamabar sebagai bukti dah masuk dalam Galleries la Fayette. Banyak jenama terkemuka dunia. Saya ni bukan lah branded punya orang. Cukup cukup makan saja. Jadi tak berapa terkesan dengan butik butik yang ada. Kalau duit sentiasa tak habis tu lain lah cerita. Kena belanja ikut kemampuan juga. Kalau tak sesal di kemudian hari.


Pemandangan luar dari dalam Galerries La Fayette


Hujan masih di luar..


Bangunan ni cantik.. Opera House. Tapi sayang lah ada iklan besar besar tu.. terus tak nampak authentic dah building itu.


Kami menuju ke UNIQLO di bahagian bertentangan dengan Galleries La Fayette. Saja nak tengok kot kot ada yang berkenan. Thomas look around, Desmond tunggu di luar.. saya round sekejap dan keluar. Kami ambil gambar di luar dan kebetulan ada BIGBUS PARIS lalu. ni bas Hop on hop off di Paris. Kalau ambik tour satu hari dalam 29 EURO dan boleh visit 79 tempat. But tak sempat nya nak visit kalau sehari. Kami lagi lah. memang tak sempat.. so pergi a few place of interest saja.


Ok time to go.. Cuaca pun mendung semacam jer


Macam biasa lah. Kalau negara membangun sistem pengangkutan awamnya adalah bagus... jadi tak perlu kisah nak pergi mana naik train.. dan tak perlu lah drive dalam city.. Mudah guna public transportation saja. Cuma sediakan kaki yang cukup kuat dan bertenaga untuk berjalan sepanjang hari.


Perhentian seterusnya, tempat yang wajib singgah kalau datang ke Paris.. - ARC DE TRIOMPHE.. Berhenti di station CHAMP ELYSSEES CLEMENCAU


Arc De Triomphe ini terletak kat tengah tengah roundabout.. kalau nak pergidekat kena lalu underground tunnel.. Kami malas nak lalu underground tunnel tu sebab just nak ambil gambar dari jauh jer. Hujan masa ni jadi tak berapa selesa nak berjalan dalam keadaan cuaca tak menentu..Arc De Triomphe ni ialah arca kemenangan yang dibina oleh Napoleon Beonaparte pada tahun 1800,. Siap ada tulis nama perang yang mereka menangi ketika Napoleon memerintah. Bawah Arc De Triomphe ni pula ada kubur tentera tentera yang mati masa perang dunia pertama. Grave of the Unknown Soldiers.


Sebenarnya boleh naik atas tu. Tapi kami tak naik. Nanti lah next time saya datang Paris lagi kena naik dan tengok Suasana Paris dari atas tu.. Boleh tengok Jalan yang dinamakan Champ De Elyssees dari atas. Agaknya sebab cuaca sejuk jadi tak ramai pelancong masa ni. Boleh lah nak bergambar sesuka hati. kena hati hati ya nak ke tengah jalan tu.. sebab kereta adalah banyak.


Ni ialah sebatang jalan raya sepanjang 2 km yang mana kiri dan kanan nya ada kedai barangan mewah. Yang saya perasan butik LV nya bertingkat tingkat. Kami tak lalu dan jalan jalan pun sebab hujan. Cukup sekadar bergambar saja lah. Sibuk betul jalan raya ni..


Avenues Des Champ Elyssees


Dari Train Station Champ Elyssees Clemencau kami naik train menuju ke La Defense Station. Tempat di mana kami menuju ke Penginapan budget kami, Hotel Ibis di area Courbevoie. Masa di train station La Defense saya beli Pisang harga 2 Euro. Besar betul pisangnya.. boleh lah makan malam nanti alas perut.


Dalam kebasahan kami berjalan.. Hanya Thomas yang bawa payung.. nasib coat yang saya pakai ni memang kalis air,, dan ada hood.. Cuma tangan lah kesejukan.. sepatutnya pakai sarung tangan tapi kalau pakai sarung tangan tak dapat nak capture photo pulak.. so sanggup sejuk ni.. miss my NX300.. huhu.. Direction dari La Defense menuju ke Hotel quite confusing.. Kami tanya local dan selepas 15 minit berjalan, baru kami jumpa..


Thanks Thomas sebab tolong book kan hotel ni.. Rate 45 Euro satu malam.. Jadi sorang dalaam 15 Euro. Hotel Budget macam ni pun dah ok.. for one night only.. Boleh book di website ibis hotel. Area Hotel di La Defense, salah satu attractions place jugak di Paris.


Jom kita lihat macam mana rupa biliknya


Bilik yang kami booking ni ada dua katil double decker.. just nice untuk 3 orang.. saya ambil katil atas.. saiz bilik quite kecil but adequate lah for a night..


Yang nice sebab pemandangan hotel kami menghadap Seine River, sungai di Paris yang ada jambatan tempat orang bercinta gantung mangga dan kunci mangga pastu kunci tu campak dalam sungai lambang cinta yang tak akan terlerai kononnya. pastu balik dari travel bercerai berai camano tuh. Propa semuanya. haha.. so kami dah dapat bilik . Time to rest, mandi dan solat. sebelum malam nanti keluar semula untuk menjejakkan kaki buat kali pertamanya di EIFFEL TOWER..

*To be continued..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails