Dia menangis teresak-esak..seperti bayi kecil yang sedang dalam kesedihan,aku kira.
Dalam keadaan itu aku jadi gamam,sedikit buntu.
Aku belum pernah melihat dia menangis sedemikian rupa..kali ini dalam tangisan yang dibawa itu ada cerita pedih yang tersirat, yang mana dia nampaknya senang untuk bercerita dengan air mata sahaja, tiada guna lagi kata-kata.
Aku cuba untuk mengerti,menenangkan dia agar pulih dari luka yang dalam itu..dan aku cuba untuk selamatkan dia dari terus karam dan hanyut dalam lautan khayalan yang dia ciptakan sendiri.
Sungguh aneh kan,kerana hal yang satu itu manusia boleh berubah dalam skelip mata.
ada yang jadi lemah
ada yang terus tewas,
ada yang dihimpit kebodohan,
ada yang tersesat dalam kebuntuan,
dan tak kurang juga ada yang menjadi lebih gagah untuk berlawan.
semuanya kerana hal yang satu itu.
*bilakah mendung akan berganti sinar?
No comments:
Post a Comment