Bila menaiki lif kita mesti akan tekan sama ada mahu naik ke atas ataupun turun ke bawah.
Aku menekan butang lif untuk naik di sebuah pasaraya pada pagi itu.
Dan bila datang seorang pak cik yang agak berumur,dia menekan lagi butang yang sama.
Di ikuti dengan seorang makcik,seorang kakak yang menggendong bayi, seorang remaja yang bergaya ala-ala hip-hop, seorang kanak-kanak belasan tahun,satu pasangan india dan akhirnya seorang datuk,pun menekan butang yang sama.
Ingin sahaja aku bertanya:kenapa kalian menekan kembali butang lif untuk ke atas? sedangkan aku sudah pun menekannya awal-awal lagi.
Mungkin mereka tidak yakin dengan orang lain,ataupun sebenarnya mereka 'kurang cerdik',aku pun tidak tahu.Hanya mereka sahaja yang boleh menjawab persoalan aku ini.
Aku butuhkan jawapan.
*dah banyak kali insiden sebegini berlaku,dan aku masih gagal untuk mencari jawapan yang pasti....mungkin dengan bertindak sedemikian baru mereka terasa puas.....hmmmm entahlah....terpinga-pinga aku melihat telatah berbagai-bagai jenis manusia di bumi tuhan ini.
2 comments:
mereka tidak tahu fungsi lif itu bagaimana agaknya. Ehehehehe..
rudy-->tu la pasal,mungkin diorang ingat setiap kali nak naik kena tekan sampai 1000 kali baru lif tu akan turun...harhar
Post a Comment