Followers

Monday, March 3, 2008

Perang Pilihanraya

DISCLAIMER:THIS IS NOT A SPACE FOR ME TO DELIVER ANY CAMPAIGN OR ANY SUPPORT FOR ANY PARTIES.JUST WANT TO GET THROUGH THE ELECTION SEASON JUST LIKE OTHERS.NO OFFENSE.

Pagi ahad ni teringin nak berjalan-jalan kat pasar pagi seberang jaya..lama dah tak pergi bersarapan kat situ..dan satu perkara yang aku notis beberapa hari kebelakangan ni perang bendera dan perang poster sudah rancak diwartakan.Tapi bagi aku,secara peribadinya aku rasa perang poster dan bendera di sini agak suam-suam sahaja..maksud aku,kalau di terengganu(kampung halaman) suasananya pasti lagi hangat.

*Dr.Wan Azizah kata:'kalau saya menang saya akan letak jawatan dan akan memberi laluan kepada suami saya untuk memegang jawatan ini.'

*Dato'Pirdaus plak kata:'dia(Dr.Azizah) mau letak jawatan macam tu maknanya dia dah mempermainkan rakyat yang mengundinya'..

Mereka bertanding untuk parlimen Permatang Pauh.Who will take the lead?

Tunggu 8 Mac tiba.

*tak sabar nak balik mengundi hujung minggu ni.first time nak mengundi ni..aku undi mana?undi adalah rahsia...remember?

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails