Followers

Monday, June 2, 2008

Cerita Hari Ahad*Cerita Tentang Kami

(Ini cerita semalam,sebelum aku kembali ke penang untuk meneruskan tanggungjawab di sini..Actually sekarang aku dah di Penang)

Pagi

kitorang bergerak ke HKL lagi arini,dan keadaan ayah masih lagi stabil.Ayah bagitau isnin(which means arini) dia ada appointment ngan IJN (Institut Jantung Negara)..untuk buat pemeriksaan atas jantungnya plak.


*Dari kiri:my elder brother,my younger brother ang the youngest brother

Petang

Sebelah petang ada tetamu yang datang,kali ni yang datang menjenguk ialah Pak su dari Taiping.Actually Pak su ni takder kena mengena denngan my family...mmmm camaner nak citer ekkk,aku ringkaskan k,pak su nih adik angkat mak aku..masa mak aku kecik dulu dia di besarkan oleh kuarga angkat,dan dia membesar sama-sama la ngan Pak su ni..thats why kitorang da anggap dia macam keluarga sendiri.Pak Su ni is a nice guy..very nice guy.

*Pak Su Lem(nama dia Halim,kalau tak silap..)

*Yang duduk tu isteri dia,Mak Su..Lovely person..

Masa diorang balik koitorang ramai-ramai hantar...mak sebenarnya sayang gila kat Pak Su nih..ye la da membesar sama-sama,memang da anggap macam adik sendiri pun..memang terserlah sangat yang mak sayang kat Pak Su ni..tak tau aku nak cakap camana tapi realitinya begitulah..memang kasih sayang tak dapat di nilai dengan wang ringgit kan..


Malam

Cerita bila malam menjelma.Aku tak cari lagi tiket untuk balik ke Penang.So aku ngan bro zali pegi la ke Pudu untuk mencari tiket dahulu..aku beli tiket ke Penang pukul 11 malam.Lepas beli tiket,kat area pudu tuh ada A&W punya restoran..so apa lagik...beli ler Root beer float kat situh..lama giler tak rasa Root beer A&W nih...hmmm dulu ayah suka sangat ngan air nih..ingat lagi masa kecik-kecik dulu ayah selalu beli yang botol besar wat balik umah..kitorang adik beradik mesti kegembiraan bila ayah wat balik air A&W nih...hmmm tu cerita dulu-dulu la..


Actually kalo korang perasan dah tak banyak kan cawangan A&W kat Malaysia nih..banayk dah tutup,mungkin sebab persaingan banyak sangat..Restoran fast food sana-sini skang..da bermacam-macam jenis..Only good products will survive..well,that's business world..

*tak lupa jugak beli Curly fries ni...suka curly fries A&W ni.

*menjilat straw ko....sedap eskem larut dalam rootbeer ni..

Lepas da beli tiket kitorang beli makanan(yang A&W nih nak lepas gian jer)kat jalan chow kit,beli nasi kandar kat restoran maju curry house and after that straight away back to the hospital dan makan sama-sama..

*ayah dan mak cam gaduh la plak...hehe padahal tak pun...gambar menipu okeh..haha
Lepas makan macam biasa la sembang-sembang dan mendengar kata-kata hikmat dari mak...mak suka bagi amanat dan peringatan yang berguna kepada kami...walaupun kadang-kadang letih nak mendengar(tak baik aku kan..) tapi actually apa yang mak cuba sampaikan tu benar belaka...tiada yang tak benar melainkan yang benar-benar belaka...)..aku tahu jauh di sudut hati mak nak tengok anak anak berjaya dari semua aspek,terutamanya dari segi ukhrawi..Sembang punya sembang da dekat pukul 10.30-bas aku pukul 11 malam so terpaksa la bergerak ke Puduraya...Ayah da nak tidur masa tuh,sempat la bersalaman ngan ayah..aKu pesan kat mak supaya jaga ayah baik-baik..dan mak kata jangan la risau-risau..Insya Allah semuanya akan berjalan mengikut ketentuan-Nya..

*gambor ngan mak sebelum balik..


Sampai kat pudu da lambat,tapi macam biasa la-since aku da biasa ngan perkhidmatan bas kat puduraya ni jadi aku tau diorang akan delay sejam punya...dan betul kata aku bila bas aku hanya muncul pada pukul 12 tengah malam...see,that's why aku beli tiket kul 11 malam...kehkeh...apa-apa je la bas nih,janji aku leh balik ke penang...esok kerja maa...

*aku sampai penang kul 4 pagi.Dari awal perjalanan aku tidur dan bila terjaga da sampai.memang tidur mati rupanya...penat gamaknyer tu yang lansung tak terjaga..Dan keadaan akan kembali seperti hari-hari biasa yang aku lalui..

3 comments:

mummysyafie said...

muka awak ni ada iras² mak lah..yerlahkan..anak omak!

@xiM said...

mummysyafie--->itu sudah tentu...kata anak omak...haha,..tapi first time org bagitau camnih..hehe..

Abah Mui'zz said...

Abah suka tgk gambar mak axim ni. Walaupun abah tak pernah jumpa, tapi abah yakin mak axim adalah mak yang 'motherly', dan sangat sayangkan anak-anaknya. Bertuah axim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails