Followers

Sunday, January 18, 2009

Dinner Di Hujung Minggu

Misi memasak di Hujung minggu berjaya di teruskan.kali ni menu yang senang simple dan easy sahaja..hehe..just buat sup ayam nak makan ngan Bubur.Ok la tu kan?

Sup ayam-Mula mula aku amik periuk isi air paip then masukkan ayam mentah buh periuk tu atas api.Then masukkan Bawang putih yang dah di tumbuk dan juga rempah sup.Renihkan sup sampai mendidih.masukkan kiub ayam dan garam.Bila ayam dah empuk masukkan cendawan,carrot,Tomato dan daun sup.Siap.Mudah dan senang..:)Rasa?err tak tau lah caman..hehe
wat bubur nasik pun senang.Amik segenggam beras masuk dalam periuk then didihkan atas api sederhana.Bila air nak kering tambah dan tambah lagi air hinggalah jadi rupa macam Bubur nasik.(tips:Jangan kasi hangit nanti mempengaruhi rasa dan tekstur bubur tuh)

Sila potong daun sup dan daun bawang ni,
Dan taburkan ke atas sup ayam yang telah sedia untuk dihidangkan..


Bubur nasik..(daun sup tu nak kasi Chantek jer..takder pun takper..tak ganggu rasa pun)

Dan nak lagi berminyak dan berkolesterol aku goreng telur dadar satu..baru lazat Makan malam aku yang tak seberapa ni..

Jemput makan jemput makan..kalau rasa tawar ataupun masin ker maaf la naa..asal boleh makan telan je lah jangan banyak bunyik..hehe..Actually kalau ada cili padi campur kicap lagi sedap tapi tadi masa pi Shopping kat Giant terlupa plak nak capai Cili padi..tapi macam ni pun dah ok..Alhamdulillah.

Mission accomplished.

:)

8 comments:

Anonymous said...

salam..
nice blog =)
saya nk link kan blog ni kat blog sy boleh?

Zai Zamree said...

hehehe..mcm 'abg' saya la plak suka masak2 ni..
laki klau skali skala masak sedapp wlaupon simple..

Ziana said...

ooo nih laaa rupa hasil rembatan??
nice nice..
lama x mkn bubur!
'hantar' sini skit jek?
hahahahaha
:P

MOLY said...

sedapnyaaaaaaaaaaaaaaa
lapar !!

Wahidah said...

time to cook eik??

sesekali mkn bubur ngan sup ayam ni best gk...yummyy n healthy..:)

pearl'E.J said...

kalau ada ikan masin lagi sedapkann..

CATZ said...

wah..nampak sedap..
rajin ko ye..mkn mlm siap buat bubur.
sup ayam tu kan...kalau mkn dgn nasi, telur dadar dan ada sambal kicap (ko tumbuk cili api..buh bwng putih..buh kicap) ..fuhhhh...aaaa...
takleh membayangkannya...terasa hendak ke dapur merangkak caghik nasikkk...aaaaa...

Najib Ariyan Ali Basha said...

Senangnya idupppp... besok jugak abg bear nak masak mende yg sama... makan bubur ngan ikan singang pun sedap gak... hmmmmmm

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails