Tiada bintang
Dapat menerangkan hati yang telah dicelah
Bagaiku lumpuh tak mampu berdiri
Aku tetap begini
Takkan berubah kerna aku tetap aku
Dan lalu rindumu bukanlah aku
Best jugak lagu ni kalau layan-Lagu untukmu dari Meet Uncle Hussain(Indie Band)..sah-sah dah menang AJL-23 baru baru ni..Syabas Meet Uncle Hussain atas kemenangan tersebut..walaupun tersasar dari jangkaan ramai tapi kira ok lah,membuka lembaran baru bagi industri muzik tanah air.haha,so yesterday berita nih tapi saja la aku nak story kat sini.Tak salah kan?
(Pagi ni mood biasa-biasa saja.But i feel very Fresh and energetic)
Malam tadi merupakan detik yang amat bersejarah bagi Amerika Syarikat khusunya dan seantero dunia amnya.Yang mana ia menyaksikan pengakhiran Era George W.Bush Selaku Presiden Amerika Syarikat sebelum ni-dan akan di gantikan oleh Barrack Obama Hussein sekurang-kurang nya untuk tempoh 4 tahun akan datang.Sekaligus ia melenyapkan segala sentimen perkauman dan warna kulit yang tumbuh wujud sekian lama di negara Uncle Sam itu,dan keturunan Afrika-Amerika pasti amat bangga dengan peristiwa ini.
Umum mengetahui bahawa keturunan Kulit Hitam pada asalnya hanyalah suku kaum yang layak di jadikan Hamba Abdi sahaja di Amerika Syarikat suatu masa dahulu.Namun di zaman pemerintahan Abraham Lincoln selaku Presiden Amerika Syarikat sistem perhambaan dan diskriminasi warna kulit ini di hapuskan-sedikit sejarah mengenai pendudukan Orang kulit Hitan di Amerika Syarikat,dan hari ini mereka mampu tersenyum lebar setelah Barrack Obama Hussein Ditabalkan sebagai warga kulit Hitam pertama yang akan menjejakkan kaki ke White House.
Sejarah telah membuktikan era George W.Bush selaku Presiden Amerika Syarikat lebih membawa kemusnahan dari kedamaian.masakan seluruh Masyarakat dunia dapat melupakan kenyataan yang dibuat oleh Bush pada tahun 2000 di Iowa yang mana dalam kenyataan tersebut beliau mengaku mahu menjadi seorang Presiden Perang,dan sesungguhnya kata-kata itu memang terbukti dengan pelbagai rentetan peristiwa berdarah.
11 September 2001-World Trade Centre New York di serang oleh pejuang berani mati,peristiwa yang amat di ragui kesahihan dan kestabilan motif serangan.Rata-rata penganalisis politik mengakui ianya sekadar polemik dalam usaha Bush untuk menjatuhkan Imej Agama Islam dan mengaitkan agama tersebut dengan Keganasan.Sekadar menjadikan kes ini sebagai alasan,Bush melancarkan pula perang ke atas Iraq pada 20 Mac 2003.Klimaksnya Presiden Iraq di jatuhkan Hukuman Gantung pada Disember 2006 yang lalu.Tidak di nyatakan pencerobohan Israel ke semenanjung Gaza-yang menjadikan Palestin bumi yang tiada daulat-memandangakn US memang sekutu kuat Rejim Zionis itu.
Sering kita dengar Amerika syarikat negara yang memperjuangkan Hak asasi manusi dan kemanusiaan yang tinggi namun ironinya merekalah yang melanggar tata susila dan peradaban manusia setempat,dan melakukan banyak kemusnahan dan kacau bilau-semuanya satu pakej lengkap yang di peroleh sepanjang era pemerintahan George W.Bush.Dengan Berakhirnya Era pemerintahan beliau semalam di harap satu sinar baru akan muncul dan pembaharuan pasti di nanti oleh seluruh penduduk Dunia yang terlalu bergantung dengan Negara Uncle Sam ini.
Bukan Mudah Obama untuk berjuang,lagi-lagi dalam krisis Ekonomi Global masa kini yang tidak menentu.Tapi jika tidak di pecahkan Ruyung manakan dapat sagunya bukan?
Selamat Berjuang untuk Barrack Obama Hussein.
*Resah bila mendengar berita mengenai kemelesetan ekonomi dunia..Tambah-tambah lagi setakat ini sudah 45000 rakyat Malaysia yang sudah di buang kerja..dan jumlah itu pasti meningkat sehingga hujung tahun ini..Hmmm fikir-fikirkan lah..
19 comments:
nak layan lagu2 ajl kat blog saya
:D
hehehehe ....
hope the paradigm shift will be happened sooner or later..
MUH? for me i'm ok..as long as not Faizal Tahir..hahaha
Aku sokong M.U.H menang... lagu dier memang best...
aku tak harap sangat Barrack Obama ble bawa banyak perubahan bab hakikatnya presiden A.S di kawal oleh orang yahudi...
Tapi kalau betul la dia ble bawa perubahan... baguslah... memang di alu alukan...
best giler AJL kali ni...
mmg semua juara...
puas hati sgt...=)
perubahan yg bgus ah..
tak sempat nak tengok ajl mlm tu...
tu lah. ekonomi meleset. minyak dah turun. kenapa barang runcit, makanan, dan tarif elektrik tak turun2?
p/s: MUH rawks!
Lily,
owh really??ok pa da dengar...
masyuukkkkkk...
:)
A.R.A.S.H,
LET US PRAY OK...
MUH memang best kan..semua kehampaan sebab Faizal Tahir tak menang..haha
Adry,
aku pun setuju ngan Hang,MUH memang best lagu yang dia bawak malam tuh!!
Obama mungkin akan menghadapi kesukaran but kalau dia betul betul determine dan really into perubahan i know he can work on dat..
But still,tak boleh nak berharap sangat since we dealing with USA country..
IXORA,
kata aluminasi muzik kan..tapi overall memang gempak la AJL kali nih...
ramai yang berpuas hati!!
iluminasi muzik tau.. bukan aluminasi :)
btw, harap2 Obama x bertukau jadi Bush dah la.. huhu
Kak EJ,
tak sempat tengok??ish ish ish...satu kerugian tuh..hehe..
CAHAYA,
tariff elektrik tak boleh nak turun..recently TNB baru jer rugi 994 juat..hampir 1 billion...
Masy,
owh....sowee sowee..typo..hehe
harap harap pun begitu jugalah..
meet uncle hussin memang power..sore tinggi giler..
hehehe...
harap2 obama jgn jadik cm bush bengong tu!
geng Jumpe Pakcik Husin mmg best!!
layan jek!
:)
erkss..
risau kan bile ramai kene buang keje... mintak simpang laaa ek..
tp kesian ngan diorg :(
camne nk uruskan hal2 seharian..
xleh bayangkan..
oleh itu.. jom kerja sebaik mungkin.. jgn dtg lambat ek.. opsss!! :P
sapekah? :P
MisZue,
sama sama kita doakan Obama tak jadik macam Bush tu k..
Ziana,
terasa la pulak bila sebut pasal slalu datang kerja lambat..
oppsss..siapakah??hehe
Siapa pun yg menduduki rumah putih takkan mampu merubah iklim dunia yg dikotorkan oleh Bush... dunia ini memang telah dicanai sedemikian rupa...
Post a Comment