Followers

Sunday, June 21, 2009

My Weekend Meal's

Hari minggu ni memang terasa macam nak memasak.petang semalam duk pulun wat nasik goreng..hari ni pulak rasa nak masak lunch..mungkin gian kot sebab dah lama dapur tak berasap..asyik makan kat luar sajer..so sempena hujung minggu yang berbahagia ni aku amik kesempatan untuk rilek-rilek di rumah dan kemaskan apa yang patut-di samping memasak untuk diri sendiri skali..

Pagi-pagi yang tak berapa buta dah keluar pi beli barang basah kat pasar tani sebreang jaya(tapak pasar malam hari rabu)..Plan nya tak taw nak masak apa,last last aku beli mender-mender nih:

1

Ketam Bunga Betina ada teluq

2

Sotong RM14 sekilo(beli suku kilo RM3,50)..(mahal tak??)

3

Ayam Suku ekor(Rm3)

4

Tak di lupakan juga sayuran yang akan memberi warna dalam masakan nanti..Dah beli barang barang basah ni mula lah aku bersilat di dapur..Cadangan masakan untuk Hari Ahad ni ialah:

*Tomyam Sotong Campur Ayam Mahligai

*Ketam Bercili Samudera Indah

*Ayam Goreng Tiram Emas

Ya,aku taw nama nih memang poyo tapi sebab aku yang masak maka hak cipta terpelihara di kurniakan untuk menu yang aku buat nih..hoho..Poyo tak poyo lain cerita,jom kita mula memasak..Ayuh!!

6

Seperti Biasa Siapkan bahan apa yang patut..kerat bahan bahan dengan berhati hati supaya tidak terkerat jari sendiri..kalau tak nanti jadik macam raja bersiong..suka makan darah..wahaha..

7

amik periuk,buh ayaq,rebus sampai mendidih,masukkan pes tomyam,campak ayam sotong,biar 15 minit kasi empuk,Then campak semua sayuran yang ada----->SIAP!!

8

Sedia untuk di hidang

9

Menu hat ni lama sikit nak kena buat..amik bawang putih dua tiga ulas then tumbuk sampai tak nberapa nak hancur-tumis sampai naik bau-masukkan cili giling..Renehkan(?) Cili giling tuh sampai bau cili hilang tanda lada dah masak,then masukkan sos tiram..Biarkan atas api lagi 5 minit..make sure api perlahan supaya lada tak hangit..lada hangit alamak kena buang jer lah..huhu

10

Lepas tuh apa lagi,masukkan jer lah ketam yang dah di siang(kat pasar suh orang jual ketam kerat siap siap..malas nak kerat kat rumah..hehe)

11

Gaul sampai ketam masak..biarkan 20 minit di atas dapur api sederhana untuk kasi isi ketam masak menyeluruh..masa ni bau yang mengancam akan keluar menyebabkan korang rasa nak ratah ketam ni masa tuh jugak...slurrpp..

12

Bila isi ketam dah masak then masukkan segala sayuran yang ada nak kasi menarik sikit makanan nih..hehe..gaul dalam sepuluh minit then sedia untuk di hidang---->SIAP!!

13

Last but not least,ayam goreng Tiram Emas nih..amik ayam,basuh,gaulkan ngan sos tiram then goreng ngan gorengan tenggelam..aku guna periuk untuk goreng..hasilnya---->SIAP!!

5

Apa kena mengena Lemon ni dalam chapter nih??actually ni untuk buat air..air lemonade aximud..hehe

14

perah lemon,buh gula campur air-->SIAP!!

15

Lauk dah siap,air dah siap apa lagi--->JOM KITA MAKAN!!

16

Ketam Bercili Samudera Indah

17

Tomyam Sotong campur ayam Mahligai

18

Ayam Goreng Tiram Emas

19

Haaaaa tapi harus di ingatkan yek-->jangan lupa pulak nak masak nasik putih..pernah gak terjadi beberapa ketika aku duk pulun masak lauk nih tapi nasik lupa nak masak..kali ni aku tak lupa sebabnya ni nasik lebihan wat nasi goreng semalam..haha..tak basi lagi ok so watper nak membazir..Rezeki dari Tuhan jangan di sia-siakan..Alhamdulillah..

Selamat Mencuba ya Tuan-Tuan dan Puan-Puan sekelian!!Moh jemput makan..Bismillah..

*Selamat Hari Bapa buat ayah tersayang..Just so you know that You are the greatest dad i've ever had(u owez be),and i'm so lucky to have you in my life..Thanks Dad for everything..I LOVE YOU and i will always do..You Take Care..

Have I told you lately that I love you
Have I told you there's no one else above you
Fill my heart with gladness
take away all my sadness
ease my troubles that's what you do..

66 comments:

alhaqimi said...

ada lauk lagi tak encik azim oi!! lapa negok ketam 2!! haha

GRuNGe said...

Wuish, siyes, lapo giler. Sedap betul masakan anda. Adakah anda chef? Gaya macam Naked Chef.

Ziana said...

nyummy!!!!!
sila masak bile we all smpi sane okeh!!
Sambal belacan brunei mane??
:)

sitijamilahazmi said...

my god azim!!!!terer ok masak!ahahahha.pasepa u guna pes tomyam nmpak wow gila. pes tomyam i pkai cayaq ja.brand apa u pkai nie.ada add apa2 lg ka? tel me tel me!

@xiM said...

Al-Haqimi,

ada lagi nih tomyam..meh jemput mai umah..hehe

@xiM said...

Grunge,

sedap tak sedap kena lah try dulu,hehe
saya bukan Chef,saya sekadar mencuba nasib di bidang masakan..:)

@xiM said...

Ziana,

okeh no hal!!

sambal belacan lupa nak buat..tapi ni pun kira ok dah..

:)

@xiM said...

Sitijamilahazmi,

ohhh lupa nak habq mai,guna pes tomyam tapi campuq ngan santan sikit,lupa nak bagitau dalam entri..campur santan kasi pekat dan rasa lemak sikit..

Ziana said...

ajimmm..
mama baca ur entry..
meleleh ayaq liur katanyerrr..
huhuhuhu...

@xiM said...

Ziana,

lorrr ye ker..:p

cakap kat mama tak sedap pun tuh,nampak jer sedap..haha..

wahhh mama bukan main baca blog yek..suh dia bukak blog tunjuk koleksi kain batek dia tu ok gak..ngeeeee..

:)

mazddaud said...

kalau rasa2 tak larat nak habis makan sorang, takpe boleh jemput saya sekali...umah kita dekat je...ha ha ha ha

budleee said...

mcm cawan ikea lah :D

Beruang Madu said...

azim... pernah tengok tak cerita desperate housewife... bukan abg bear nak kata azim tu desperate ker atau housewife ker tapi kalau ada resepi yang ringkas dan bebaik tu apa kata buku kan macam di buat oleh bree van der kemp tu... mesti akan lebih kaya

A.R.A.S.H. 910 said...

gud2..

lamanya saya dah tak memasak...huhu (^_~)

kojah said...

wuiii, teror masak noks!

@xiM said...

Mazddaud,

awat tak habaq awai awai..kalau tau aku jemput hang..tomyam duk ada lagi kat dapur tuh..tak habis lagi..haha

@xiM said...

BUDLEE,

You got that right buddy!!memang cawan IKEA la tuh..hehe

@xiM said...

BERUANG MADU,

haah,tengok citer desperate housewife tuh..tapi menu yan axim buat nih tak capai tahap dewa dewi lagik..akan di fikirkan cadangan abang tu..hehe

@xiM said...

ARASH910,

tu la pasal,sebab dah lama tak memasak yang duk gian memasak hari nih..

@xiM said...

KOJAH,

takder la terer,setakat boleh makan kira ok lah..:p

Leez said...

pandainya u masak. Tomyam tu nampak pekat dan sedap. Alang2 dah tunjuk gambar tu...bagi ler resepi sekali. hehehe...

:: NbC :: said...

Ewahhhh, pandai masak ye Axim nih.
terasa lapar lk kul 4 pg baca entry nih.. mana nak cari ketam pepagi buta nih, haha

xplorer said...

org lain teguq[jgn marah org penang,he he] pasal ketam , tomyam n dll.Aku nak teguq psal gambaq terakhir tu , nampak sedap je nasik tu.guna beras apa? ,kalau takde nasik,takde le lauknya, he he.

rudy bluehikari said...

ajim, nak bagi seikit cdgn;

1. air lemon tuh gantikan gula dgn madu...lagiiii masyukkk rasanya.

2. satu lagi pasal sunnah, kalau boleh usah campurkan lauk-pauk yang di darat dengan laut. Bila masuk perut sekaligus, toksicated. Mungkin menu hari ini tomyam campur (seafood) dengan ketam goreng cili sahaja. Ayam masak esok..ihiks..

tp apapunnn ajim mmg pandai masakkkkkkk~ nanti org dtg sana, masak utk kita bolehhhh keeeee ihiksss(ketam goreng cili tuh..knp xmasukkan bwg merah ek?)

PUTUBAMBU said...

uish..sedapnya..!

er..nak order..

*Tomyam Sotong Campur Ayam Mahligai

*Ketam Bercili Samudera Indah

*Ayam Goreng Tiram Emas

tambah satu lagi..

* paprik daging ye..

cepat sikit..hantar kat meja saya.. dah lapar ni..!

mekasih

@xiM said...

Leez,

Tomyam tu just guna pes tomyam adabi,them campak sayur ayam sotong,then masukkan santan sedikit nak kasi lemak berkrim di sukai ramai..siap..hehe

@xiM said...

NBC,

terasa lapar yek..kalau pukul 4 pagi sila cari ketam masak pedas dalam mimpi..:p

@xiM said...

XPLORER,

owh,tu beras cap rambutan jer..haha..beras murah 5% hancur..kalau nak sedap pakai beras siam wangi..peh bau jer dah membangkitkan selera..

PakciQue said...

Gila kentang. Kau buat aku terliur.

@xiM said...

Rudy,

yer cadangan di terima

1-ya betullll..kalau masukkan madu mesti lagi masyukkk..nanti aku try..

2-haah laa..betul tuh..aku lupa..mak aku selalu pesan kalau nak makan jangan campur laut dan darat..thanks atas ingatan..:)

kalau nak merasa masakan simple tapi boleh laa setakat nak makan ni sila lah bertandang ke teratak buruk aku nih..haha..tak sedap jangan marah nooo..

(ekkk bawang merah lupa nak beli,lagipun memang aku suka pakai bawang puteh jer..jarang pakai bawang merah..)

@xiM said...

PUTU BAMBU,

paprik daging mastika okeh namanya..

okeh okeh..tunggu 30 minit kami hantar..

kalau lebih 30 minit kira kami belanja naa..

sabaq..

:)

@xiM said...

PakCique,

sabaqq pakcik..lagi 2 jam ni lunch time..pastu sila lah pi bedal ketam..:)

AnakPkn said...

mcmlah ni lah kot gerai2 tomyam masak dgn cepat ! guna pes tomyam rupanya.

siti_asiah said...

waaaahhhn sedapnya...
(buat muka comel sambil hulur mangkuk tingkat)
hehe

kucingorengemok said...

rasa tercabar tgk entry ni.. tapi saya takleh la masak sendiri, sedap sgt (haha) nanti tambah byk, gemok... cemana ni?

Precious said...

Ehhh .. ini masakan kat rumah ke kat restoran ni? Umphh .. sedapnyer! Dah ler haku belum makan ni ...

anne said...

pandai masak rupanya...:-D

MiSZuE said...

walah...
meleleh dehhh
huhu
sodapppp:)

CAHAYA said...

wah wah nama dia. boleh masuk pertandingan memasak sempena bulan puasa. :P

@xiM said...

AnakPKN,

saya pun merasakan benda yang sama jua..mesti diorang pakai pes-senang cepat sedap jimat--->Untung..

@xiM said...

AnakPKN,

saya pun merasakan benda yang sama jua..mesti diorang pakai pes-senang cepat sedap jimat--->Untung..

@xiM said...

Siti Asiah,

mangkuk tingkat tak cukup ruang la nak buh tomyam..hehe

@xiM said...

KucingOrenGemok,

kalau macam tuh kena la makan kat kedai ari ari..sebab kena bayar so boleh catu makan sikit..:)

@xiM said...

Precious,

ni la namanya masakan simple orang bujang di hujung minggu..jemput jemput..:p

@xiM said...

Anne,

boleh la sikit sikit..:p

@xiM said...

MisZue,

goreng pun sodap!!

:P

@xiM said...

CAHAYA,

Nama yang poyo itu sengaja di reka khas untuk kasi entry nih lebih perasa..hehe

Marzalina said...

amboii..terernya chef axim ni masak..mengalahkan anak dara hehehe

Faisal Admar said...

oit. ko memang tak reti ajak aku makan ke?

malam ni maybe aku gi seberang... kalau badminton cancel.

jom jumpa!

@xiM said...

Marzalina,

saya anak teruna..:p

@xiM said...

Faisal Admar,

kalau mai seberang jangan lupa sms aku

insya Allah boleh jumpa since aku takder plan malam nih..

syukur said...

Kalau dulu kat KL jauh,,.sekarang ni pi Seberang Jaya tu less than an hour dari sini..ikut highway....masak lebih nanti bolehlah pi tumpang makan ..h he

Mrs.Sheikh said...

sedap sedap sedappp... ayaq lemon tu tak bleh tahan !!!!! adoiii

Izan said...

aduih axim oi....
leleh ayaq liuq akak ni. hahahahahahahhahah

:: p R i n c E s S _ N :: said...

naseb bek N bace n3 ni mlm..klo siang td mau kecur..sbb poser..

alialalala said...

wow..lama x berblog hopping
duk baca entry ni
tetibe rasa macam nak masak dn makan
huhu
best2
rajen2 blog sal entry resipi ringkas2 tp best cmni lg k
thanx~!

@xiM said...

Syukur,

agak agak dah bosan makan kat hospital mai la makan kat umah ni pulak..hehe

@xiM said...

Mrs.Sheikh,

ayaq lemon tuh kalau buh madu gantikan gula mesti lagi mengancam kan..:)

Lily.Lulu said...

perghhhhhhhhhhh !!
kelaparan dibuatnya !!

ayam tiram emas tu ala ala macam william jek masaknya tu tengok
pulak tu dengan pinggan color biru

alahai ...
nak makann !!!
lapaq ni lapaqqqq !!!!!

@xiM said...

Izan,

dah meleleh kaa akak??cepat cepat suruh Mirko kesatkan..:)

@xiM said...

Princess N,

baguih la tu ganti poser..puasa dah tak lama nih..

@xiM said...

Alialala,

orait!!rajen rajen la singgah ke sini lagi k..:)

@xiM said...

Lily,

haaaa ni boleh celen william nih..bila nak mai penang??boleh pa masakkan untuk kamu berdua..

CATZ said...

wow axim,

sesekali dapur ko berasap..tu diaaaa...melampau2 menunyaa..
pergh..pepagi ni aku duk pi blog ko..lapor sakan aku nih...rasa nak jilat skrin komputer nih..
veryyyyy de melampau tauuu..
aku jadik kelaparan...
huhuhuhuhu...
ko masak2 le selalu axim..

fusarium solani said...

rajin sungguh Azim memasak! untung la bakal isteri dia!

SheeMieyDa said...

wahhh..sedapnyaa lauk pauk..lapaqnyaaa.. pos aloq staq sket ajim!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails