''Ingatlah ketika Tuhanmu berfirman kepada para Malaikat: ''Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di muka bumi.'' Mereka berkata: ''Mengapa Engkau hendak menjadikan (khalifah) di bumi itu orang yang akan membuat kerusakan padanya dan menumpahkan darah, padahal kami senantiasa bertasbih dengan memuji Engkau dan mensucikan Engkau?''. Tuhan berfirman: ''Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang tidak kamu ketahui''(Al-Baqarah:30)
*********************************************************
16 NOVEMBER 2009
Tarikh ini tarikh keramat.Buat Nur Aniqah Rusyda,Anak saudaraku yang ke-3/anak kak tie yang paling bonsu..Genap Umur dia 7 tahun..dah darjah 1 da sekarang..dah besar kamu ya..Selamat Ulang Tahun Kelahiran Ika!!Pok zim Doakan Ika akan sihat sokmo,makin comel dan di Berkati Allah sentiasa..Nanti Balik Hujung minggu ni pok zim beli kan Kek,hehehe,,kek dulu la yek,hadiah kendian..(gaji tak masuk lagi..huhuu)
Ni gambar 4 tahun lepas..Kecik lagi Ika..Comel!!
Ika dan Umi dia...Pun 4 tahun lepas..ehh awat ada MAWI kat belakang tuh..actually gambar ni masa bulan Puasa 4 tahun lepas..majlis berbuka puasa kat Hotel Singgah sana PJ,Kebetulan aku kat Uitm Shah Alam masa ni,kak tie ajak pi berbuka sama-sama..Dapat tengok Show percuma..hehe..(ni macam dah menyimpang topik sebenar..hahaha)Kak tie nampak muda remaja..
Mmmmuuaaahhhhh!!
Sekarang Ika dah besar..dah reti nak melawa sekarang,hehe..macam mak dia jugak..:).What more can i say about this lil kid-she's adorable,cute and talkative..sometimes she can be so funny!!hehe..Selamat Hari Jadi Ika!!Semoga besar nanti jadi Orang yang berguna kepada agama bangsa dan negara..Insya Allah.
17 NOVEMBER 2009
Hari ini pun hari yang penting.Hari ini Hari lahir Kak Tie,kakak aku yang paling sulung..SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN KAK TIE!!Semoga Kak tie akan sentiasa dipanjangkan Umur,dimurahkan rezeki dan di kurniakan kesihatan yang baik..Insya Allah.Semoga kak tie sentiasa akan beroleh kegembiraan yang di harap kan..Saya doakan kak tie.(Lagi best kan kalau besday kak tie dan besday Ika satu tarikh,hehehe..Awal satu hari jer..)
ni gambar masa Aidilfitri yang lalu..Kak tie dan her family.
Kak tie dan Ika yang comelll..:)
Kisah lalu.
Dulu aku dan Kak tie tak semesra sekarang.Kalau dulu kak tie ialah kakak yang aku takut..in a way seorang adik berasa gerun dengan kakak..Bukan apa,mungkin perbezaan zaman menyebabkan ia berlaku..Kak Tie membesar sama-sama dengan abang Jali dan Kak Ina serta Kak Ija..Tidak hairan lah dia lebih rapat dengan Abang Jali dan yang lain lain,yang membesar sekali waktu itu.
Aku pula membesar sama-sama dengan abang Shuk dan adik dah..Lucu pula bila teringatkan kisah dulu..aku dan adik dah selalu membentuk alliance untuk berperang dengan Abang Shuk,yang pada waktu itu senang menggunakan kekerasan untuk mendapatkan apa yang di hajati..Dulu aku kerap bergaduh dengan abang shuk,dan pastinya aku selalu kalah..haha..di zaman itu shuk memang seorang diktator yang kejam..dan aku pula seperti rakyat yang tertindas..hehe
Ok berbalik kepada cerita aku dan kak tie..Masa zaman belajar di Uitm aku kira itu lah titik di mana aku mula menjadi rapat dengan Kak tie..kalau hujung minggu pasti aku akan ke Hulu Langat bertemu muka dengan dia dan anak anak saudara ku yang comel comel itu..Kadang bila aku tak punya wang kak tie lah tempat aku meminta duit buat cover makan untuk seminggu dua di Uitm.Kalau di Uitm dulu bab makan memang tak mewah..Student lah katakan.Duit pakai mana yang ada sahaja..tapi aku tak kisah,sebab masa tu tak banyak mender yang nak di pikirkan macam sekarang.
Aku masih ingat di tahun 3 Uitm,masa final Exam aku kena Chicken Pox.Rumah Kak tie juga lah aku bersinggah menumpang belas seorang kakak..Dan Kak tie jaga aku dengan baik..Dari situ aku mula berbicara tentang banyak hal dengan kak tie,sehinggalah aku dapat kerja selepas graduasi.Segar lagi dalam ingatan ini,Masa First day aku di posting kan ke Penang,Kak tie lah Insan yang membantu menghantar aku ke LCCT,(terima kasih banyak kak!!maaf kalau susahkan..walaupun Flight kena tinggal dan kena ambil tiket lain,Jasa kak tie tetap akan saya kenang sampai bila bila..)
Dan seterusnya,Bila aku sudah selesa di Penang,udah punya wang sendiri dan kereta sendiri,aku kerap ke Kuala Lumpur bertemu rakan ataupun atas urusan kerja,Rumah kak tie juga aan menjadi tempat persinggahan..Singgah tidur makan dan melepak bersama dia..Dan kadang bila pulang ke kampung kebiasaanya pasti kami akan balik sekali satu kereta..dan siri kemesraan itu terus berterusan sampai ke hari ini..sesungguhnya aku amat senang dapat berbicara secara dewasa dengan kak tie.Bagi aku dia amat memahami dan senang mengerti permasalahan orang muda seperti aku.
Kepada kak tie,
Selamat Ulang Tahun kelahiran azim ucapkan..Usia yang bertambah bukan penghalang untuk terus mengejar cita cita dan apa yang kak tie impikan..Jangan pernah gentar dengan segala seribu satu macam dugaan yang timbul..itu sudah adat resmi hidup.Pasti akan ada pasang surutnya..Jangan pernah putus asa..Kebahagiaan itu bukan di cipta,tapi di bina perlahan-lahan dalam hati insan yang butuhkan rasa itu.Percayalah,Tuhan Maha Kaya..DIA maha mendengar segala sesuatu yang tiap Hambanya Bicarakan..selamat hari lahir kak,semoga kita sama sama akan menjadi insan yang hari ininya lebih baik dari hari semalam..
Terima kasih kak tie!!
Atas segalanya.Terima kasih kerana menjadi kakak yang sangat baik pada saya..Hanya tuhan sahaja yang mampu membalas semua itu..Terima kasih.Sekurangnya itu sahaja yang terlintas di fikiran aku ketika ini.I Love you sis!!
*Bila teringat cerita lalu,hati aku tersentuh..Institusi kekeluargaan ini memang Nadi dan motivasi aku yang sangat kuat..Hujung minggu ini pasti gamat,Bila semua ahli keluarga berkumpul..Tunggu aku ya-yang akan pulang membawa seluruh kerinduan ini.
18 comments:
chumelnya.. anak n mak dua2 chumels...
Selamat hari lahir...
selamat hari lahir, semoga panjang umur murah rezeki dan sentiasa bahagia selalu, Amin
Selamat Ulang Tahun kelahiran..semoga kehidupan di berkati dunia dan akhirat..btw axim me pon ex Uitm..hehehe
sungguh terharu menghayati entry ini. sambil baca sambil kesat airmata, sambil senyum sorang-sorang. he he he
sensitifnya seorang aku.
thanks adik!!!!
ingatan ini amatla bermakna
i love u too
dengan sangat banyak
Selamat hari lahir buat kak tie dan ika.. sweetnye hari lahir beza sehari je :)
Happy bufday to ika and kak tie...
salam....
selamat hari lahir yg ke 7 buat
Nur Aniqah Rusyda,moga panjang umur dimurahi rezeki..amin.
nice entry..
xpasti sedih, seronok ke hapa..
:)
Selamat Hari Lahir..
Semoga murah rezeki, dipanjangkan usia.. InsyaAllah..
Happy Birthday to Ika and kak tie...
Semoga murah rezeki selalu.
p/s : Ikan jaket - menu paling famous masa di uitm dulu...hik hik...
Lady Dyla,
kembang lah lobang hedung kak tie dengaq ko puji dia sampai macam tu..hehe
anyway tq tq tq
Cikgu Zam,
tq cikgu!!
QUMAIRAH,
ex-Uitm shah alam ekk?
ayang ati,
i love you three kakak ku!!
sambil tulis entri ni pun sayu juga rasa di hati,tekenang kenangan lalu,hehehe
anyway,hepi besday again kakak ku..God Bless!!
Blog Resepi,
puas kak tie tahan jangan bagi IKA keluar sebab nak kasi besday sama tarikh tapi dah budak tu nak keluar jugak nak wat camana,hehehe
Wahidah,
tq tq tq wai!!
Anak Laut,
tq tq tq tq!!
Nikli,
hang pun terharu yek??heheheh
tq nik!
Eedany,
thanks!!
*ikan jaket sodap sangat dulu!!tapi sekarang ada banyak lagi pilihan lain..hehe..syukur..:)
Post a Comment