Followers

Tuesday, November 24, 2009

KUEYTIOW TOMYAM CAMPAK-CAMPAK

Malam ni mood nak memasak muncul..terus la petang tadi lepas balik kerja singgah sebentar di pasar orang kaya seberang jaya beli ayam dan sayuran apa yang patut..duk kol member aku dia duk bagitaw tengah makan nasi goreng tomyam,terus aku nak makan tomyam jugak..jom kita masak Kueytiow Tomyam jom!

1

mula mula amik ayam cincang haluih haluih..tapi jangan sampai hancuq..

2

pastu amik periuk yang berkilat berkarat ni,isikan ayaq sampai separuh penuh tunggu sampai mendedeh..tak sempat mendidih pun aku dah campakkan Ayam yang aku potong tadi dulu..hantam sajalah labu.

3

Sambil tunggu ayaq mendidih jeling jeling manja la kat sayur mayur yang dah di beli tadik..ada carrot ada tomato ada bunga kobis..tapi awat ada Timun sebatang??aku pun tak paham.

4

kalau nak buat tomyam takdak Daun bentuk Nombor 8 ni tak sah laa kan..kena pulak ngan serai..memang match yang best!

5

jangan lupa amik cili padi dua tiga pat lima nam helai,tumbuk guna lesung batu untuk kesedapan maksimum..

6

Serai tadi jangan lupa di titik titik dalam lesung batu jugak..then campak gak serai dan Cili Padi tu dalam Kuah yang dah mula nak mendidih.

7

Then amik sayur mayur potong ikut sesuka hati anda..kalau nak banyak zat taruk banyak sayur..kalau culas makan sayur jangan buh lansung..

8

Campak lah sayur mayur utu ke dalam kuah Tomyam yang separa siap..nak sempurnakan nya amik garam dan kiub ayam taruk..aku tak guna pes tomyam pun..saja nak buat kuah puteh.Bila kuah da siap,

9

amik Kueytiow yang takder asid borik ni basuh sket..kat plastik tulis takder asid borik tapi tak taw lah kan kot kot ada asid laktik kaa asid sitrik kaa..

10

hat ni serai dan daun Limau Purut yang aku dah asing dulu sebelum masukkan kueytiow.kang kacau pulak acara mentekedarah sat lagik..

11

Kueytiow Tomyam Ready to serve!!

12 13

Dan yang paling best bila makan Kueytiow Tomyam sambil menonton THE BIGGEST LOSER ASIA..tunggu lah 2 tahun lagi bila berat aku dah jadi 240 paun aku nak sign up jadik contestant pulak.Sekarang tak berapa layak lagi..hehehehehe

23 comments:

Anonymous said...

Ewah.. kuey teow tom yam masak sendirik. best tuh. Siap pegi pasar orang kaya lagik. memang orang kaya je ke pegi beli sayur kt pasar tu azim? heheheh...

Izan said...

tu tomyam campak2 tu. kalau tomyam tak campak2 mesti lagi gempak. =)

Qumairah said...

hehehehe timun tuh buat ulam esok..masak nasik lemak ok tak

Qumairah said...
This comment has been removed by the author.
Kaktiny said...

wah.. idea tuh.. idea tuh.. tau dah nak masak apa malam nih.. kehkehkeh..

senang, simple and sempooi kan kan kan.. hahahhaaa...

kucingorengemok said...

kita semua menuju ke biggest loser asia! haha :)

nasazfrog... said...

mesti cuba resepi org bujang ni,, pasti sodapkan,, :)

Wahidah said...

bestnya tomyam masak sendiri...smbil tgk biggest losest asia...yummy

@xiM said...

BlogResepi,

ntah la kak,nama pasar tu pasar orang kaya..tapi yang tak berapa kaya nih pi beli sayur ayam daging udang kat situ jugak..hehehe

@xiM said...

Izan,

kalau tak campak memang lagi sedap sebab order jer terus dengan Restoran depan rumah..hehe

@xiM said...

Qumairah,

peehhhhhh nasi lemak ngan Timun memang tak dapat di pisahkan..kalau makan nasi lemak takder timun sangat lah canggung rasanya..

@xiM said...

KAK TINY,

yer betul tu kak tiny..masak jangan tak masak..mudah dan lazat..yummmmm..

@xiM said...

Incik Kucing,

yeayy yeayy..sama sama lah kita menuju biggest loser asia..:)

@xiM said...

Nasazfrog,

sila sila cuba..rasanya tak sedap pun..macam sup ayam jer rasanya..hahaha

@xiM said...

WAI,

sambil tengok Biggest Loser Asia tak tahan tuh..hahaha

Jard The Great said...

peh.. jejaka yg pandai masak.. pewittt.. ehehe

@xiM said...

jard,

phewwwwwiiittt..hehehe

pRincESs_N said...

perghh...nmpk sodap tuh..

@xiM said...

Princess N,

haaaa tu baru tengok..kalau rasa sekali mesti tak mau dah..hehehe

Lady Dyla said...

beshnyer nengok siap2 kawen.... asal ur nieces semuanya chumel2....

Anonymous said...

kamera canggih...tom yam campak-campak pun nampak sangat cantik...
:)

akupunyahal said...

look yummy.. kena try nih....

CAHAYA said...

gambar cahaya belakang tu... ;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails