Followers

Monday, November 9, 2009

IT'S MONDAY,AND I'M IN MY OFFICE AGAIN..

Kepada peminat Man U,maaf lah.

Semalam bukan Hari anda..tewas 1-0 di kaki Chelsea,THE BLUES terus mengorak langkah menang dan menang lagi..Ancelotti semakin membuktikan dia serasi dengan The Blues,kali last Chelsea best macam ni masa Zaman Jose Mourinho,then terumbang ambing kejap sekarang macam dah nak Ok balik..harap kenkonsistenan ini berkekalan.

Ok cukup bab EPL.aku nak sambung sikit kisah minggu lalu,masa aku pi TEMERLOH untuk majlis nikah dan majlis persandingan abang aku kat sana..(6 November 2009)

**********************************************

Aku naik nas ke KL pukul 2 pagi hari khamis malam tu..Tiket jam 1.30 pagi tapi macam biasalah kan,bas nya bergerak dari Penang ni ke KL pukul 2..sampai di KL dalam pukul 6 pagi then aku amik Tren LRT ke setesen Cempaka..kat situ mintak tolong Ziana Amik kejap then terus pi Bekpes ngan dia kat Pelita KLCC.

1

Restoran Pelita Nasi Kandar KLCC

2

hot milo for her & sky juice for me

3

ziana makan roti bakar jer

4

aku pulun makan nasi goreng ayam..sodap!!

5

Gila tak cukup tidor masa nih..memang tak cukup rehat dan kejap lagi nak naik bas pi Temerloh pulak..nak kejar masa Nikah abang shuk punya pasal.Dia menikah lepas asar so kalau sampai sebelum semayang jumaat itu sudah cukup bagus..

6

Alhamdulillah dah kenyang..

7

K.L.C.C Tower

8

cuba teka ni keter sapa??

9

Dari KLCC ni Ziana bawak aku pi ke Pekeliling,tempat stesen bas yang banyak menuju ke Pantai Timur sana especially Kuantan dan Temerloh..sampai dalam jam 9 pagi then terus amik Tiket masa yang sama,kelam kabut sikit lah nak amik beg dan kejar bas takut tertinggal..Thanks Ziana sebab hantar..Appreciate it so much!

10

Sampai Di temerloh jam 11 pagi,then Shuk mai ambik dan bawak ek Hotel Green Park Temerloh..Hotel ni tempat persinggahan 10 buah keluarga yang terdiri dari saudara mara semuanya..amik 9 bilik masa nih..Rate nya pun ok..aku sampai sini terus berehat selama yang boleh..

11

ni kawasan luar hotel

12

Biliknya pun quite nice..selesa dan besar..Ok sangat dengan harga bilik untuk satu malam..(RM50 satu malam.)ada dua pilihan sam ada single bed atau pun double bed.Untuk keluarga aku sahaja kitorang amik 3 bilik..yer lah,semua sekali 14 otang maa..Ramai tak ramai laa keluarga aku saja..hehehe..The more the merrier kan..

13

Then dalam pukul 4 kami semua bergerak ke majlis pernikahan Shuk(korag boleh tengok dalam Entri sebelum ni perjalanan majlis nya.)..Alhamdulillah majlis berjalan lancar..selamat sudah abang aku yang sorang ni bernikah dengan kekasih hati pilihan sendirik..Tahniah bang!!

Nanti aku sambung kisah majlis persandingan kat Dewan SRJK Chung Hwa ya..Kisah Holiday di Bali pun terhenti kejap untuk memberi laluan pada aktiviti kekeluargaan ni..hehehe..Just stay Tune with AXIMUD and do keep coming back for more!!

*Kak Ija ada ngan aku skali kat Penang sekarang ni..semalam pi hantar dia jumpa member di Gurun..sempat singgah makan di RADIX FC sungai Petani..Not bad lah rasanya,khas bagi mereka yang was was dengan status Halal ayam di mana mana Franchise lain..aku yakin hat ni memang di tanggung Halal..Insya Allah.

11 comments:

:: Wiween :: said...

lari tajuk sat..

axim sila baca ini lekas!!! http://dirfara09.blogspot.com/2009/11/chime-vs-piolo-jose-pascual.html

@xiM said...

kak ween,

dah baca..Ish..tak sangka sangat..:(

pijankodok said...

salam..
axim, lari dr tajuk jap...
resepi ayam ungkep : biji ketumbar tu nak kena kisar atau tumbuk kasi lumat jugak ker...?

@xiM said...

scarlett,

haah..kena kisar @ tumbuk lumat sekali ngan bahan bahan yang lain..:)

selamat memasak ayam ungkep!!

*awat sumer duk komen lari dari tajuk nih..hehehe

cik keypoh said...

Hot milo la sangat kan padahal ais duk ada berketul-ketul tuh..

Ziana said...

u..
await pic ice milo dh tukaq nama?
:P

hang dok berangan ka neh?
taw laaa Chelsea dh menang kan..
:)

@xiM said...

Ziana,

owh..tu la pasal..duk seronok sangat pasal CHELSEA sudah menang dan still on top of the league..

ok ok

Pembetulan:

Hot milo tu sebenarnya ialah ICED MILO..harap maklum..

sekiam maceh!

rudy bluehikari said...

tahniah wo...dah ada kakak ipaq baghuuu~

Wahidah said...

cit MU kalah..isk3...

comeynya nuyull

elle said...

ala lupe elle nak bubuh entry elle ke chelsea...nanti elle bubuh na...tempat dia memang best..that why la chelsea duk menang..pasal elle pi sana lah..ha ha ha

Qumairah said...

alaaa me sokong dua2 so saper2 menang me suka jugak boleh?! hehehehehe btw bilik tu nampak nice dan cantik.Berbaloi dgn harga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails