Followers

Friday, June 18, 2010

HIKAYAT JEJAKA & GADIS @ LITTLE PENANG KAFE

Pada suatu Hari,tersebut lah al-kisah jalan jalan cari makan di KLCC..

Cuaca Hujan lite lite kat luar.Mendung jer..Perut mencucuk cucuk minta di isi..Maka bergegas lah dua insan yang kelaparan mencari makanan..Tapi tu lah.tiap kali nak makan mesti pening pening lalat sebab tak tahu nak makan apa..Jadi satu masalah pulak..tak tahu nak makan apa satu cerita,nak makan di mana cerita lain pulak.adoi lah..

Tetiba jejaka tersebut ternampak Signboard LITTLE PENANG KAFE,maka di ajaknya lah si Gadis masuk makan di situ walaupun jejaka tu memang dah kerja kat Penang..sampai Ke KL kafe makanan penang jugak di carinya..Orang dalam Restoran tu boleh tahan ramai jugak..siap kena wait to be seated by waiter..tapi tunggu tak sampai lima minit pun.Tak sempat nak ubah fikiran lah jadinya nak makan kat Chili's.so let's lah makan di sini.

1

THE BEST OF PENANG UNDER ONE ROOF-kata mereka..Boleh percaya ker?

2

Pekerja pekerja di sini kelihatan sungguh busy..mereka berlegar legar ke sana ke mari dengan Kostum kafe..jejaka dan gadis hanya mendapat meja yang sungguh kecil,tapi cukup lah.sebab mereka hanya berdua..kalau meja besar nanti kena kongsi dengan orang lain pula.

3

Sepakat membawa berkat.

Atas motto itu lah jejaka dan si gadis memilih air yang sama jenis dan sama warna..Nama air ni ialah SOYA CINCAU..tak lama lagi dalam Bulan Ramadhan saya gerenti air ni akan hangat di Pasaran sama ada di Param atau di kedai makan..Tak percaya??Tunggu dan lihat lah bulan lapan nanti.

4

ASSAM LAKSA PENANG.. milik si gadis..Rasa asam laksa ni mengancam jugak..ke-Penang-an laksa penang ni terserlah pada nenas-nenas yang bertaburan dalam kuah..Recommended la pada pencinta Laksa.

5

SIAMESE LEMAK LAKSA- Laksa yang berlemak tinggi ni milik si jejaka..Kuah santan yang pekat bersama Isi ikan memang mantap!teringat Laksa Kuah Putih terengganu punya..kuah santan tapi tak lah merah macam ni..jangan amalkan selalu yer makan Santan..tidak sesuai untuk mereka yang sedang menjaga pemakanan..(meal ni Recommended jugak!)

6

Setelah selesai menghirup titisan terakhir kuah laksa,PAI TEE ini pula di order memandangkan masih ada ruang dalam perut..ni kira sebagai pencuci mulut lah..(ehhh bukan Pai Tee orang biasa buat appertizer kaa??sudah tukar kaa?belasah je lah..:p)

7

Kalau makan saja tak sedap..tawaq hebiaq(ni bahasa penang ker??)..kena tambah sos cili kat atas baru mengancam..cara makan: kena suap sebijik tu terus masuk mulut,kalau makan sikit sikit nanti terburai isi dalam pai tee..sapa yang rugi??mereka dan keluarga mereka juga yang rugi..Pai tee ni lagi sedap dari yang Chicken Rice Shop punya.Tak percaya??Percayalahhhhh..

8

ehhhh..Kenapa ada 3 gelas??bukan order dua gelas jer ke tadi??oh,itu air tambahan si Gadis..haus sangat sampai dia order dua gelas.gelas pertama dah habis sedut sementara meal sampai..Moral of the story : lepas ni kalau order jangan order air dulu,order makanan dulu the bila makanan sampai baru order air.kalau tak anda akan kerugian di antara rm2-5 ringgit(harga air di kafe kafe macam ni).Tips yang sungguh menarik bukan??

9

Setelah selesai makan,si jejaka dan si gadis pun keluar dari kafe ni dan berpimpin tangan dengan erat menuju ke tempat shopping untuk bershopping apa yang patut,lambang kasih sayang si jejaka terhadap sang gadis..(ok part last ni tokok tambah yang tidak berlaku di realiti sebenar.sekadar imaginasi penulis.harap maklum)

THE END

*Hujung minggu menjelma..cuti sekolah dah nak habis..Minggu depan jalan akan start jem balik lah..nak ke mana ya weekend ni??

24 comments:

♥cikmOt♥ said...

hehehe...jom p makan kenduri jom...

Ziana said...

mcm sedap jek laksa tuh..
sambil baca sambil telan aliuq..

Unknown said...

alahai,
Little Penang Cafe,
teringat plak kisah cinta CW dgn seseorang,
pertama kali bertentang mata dan terus jatuh cinta...
(eh merepek plak aku ptg2 nie)

tapi mmg,
char koey teow dia pun sedap gak,
nasi lemak pun sedap gak,
blh dikatakan semuanya sedap lah,
x rugi mkn kat situ....

m.q said...

tgk gambaq pun dh looks yummilicious ehehehe

aShaBuLz said...

terliur plak...
tapi jalan cerita memang menarik. haha

@xiM said...

IZAN,

kenduri kat mana tu??jom ajer..

@xiM said...

ZIANA,

memang sedap..jom pi nak??heheheeee

@xiM said...

CIK WANIE,

teringat kisah cinta??orait..:)

tak try lagi yang lain lain tu..next time buleh la try..

@xiM said...

MQ,

yeap..kalau makan lagi sedap..:)

@xiM said...

ASHABULZ,

jalan cerita ini di reka khas untuk semua pembaca..:)

rasp said...

uishhhhh mmg terkecur tgk itu assam laksa....
one of my paberet dish tu....

Unknown said...

lps nie kalau u pegi,
u kena try yg lain2 punya,
mesti u akn puji punya,
huhuhu....

i kalau g sana,
i mmg akn order char koey teow,
molotupsssss....
hahahaha:)

eZa said...

jgn dilupa cendol & abc nye... lain kali buat kisah dongeng jgn lupe invite sy as pelakon sampingan eh ;P

Faisal Admar said...

pie tee n laksa lemak mmg fav aku!

Wahidah said...

ape kita diz week layan masakan arab pulak..mehla..:)

mummysyafie said...

hahaha...yang akhir tu mmg ditambah or betul2 berpimpin tangan?

sebut pasal puasa, azim wak akak gelabah sebab puasa tak ganti lagi ni. baju raya tak antar..ada ke tailor nak terima erkk

*SiRibenMerah said...

ouh my.. tgk laksa tuh buat I ngidam..
adoi.. seyes kne g cari jugak neh.. adeshhhhhh~

@xiM said...

RASP,

nanti akak kena try kat sini.sedap!!

@xiM said...

CIK WANIE,

orait.lain kali kalau pi sana akan try makan char kuey tiow tu..:)

@xiM said...

EZA,

alamak..lupa nak ajak..kalau ada pelakon sampingan di samping pelakon cilik dua orang tu lagi best..:p

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

Pai tee kat sini sedap!

@xiM said...

WAI,

nak masak ke wai??jap lagi axim sampai..

@xiM said...

KAK NOR,

yang last tu main main jer..sekadar berfantasi..:)

pi cepat buat baju raya kang tak sempat plak..

@xiM said...

IRAH,

sila sila carik..:0

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails