Bulan Disember dah nak habis..2010 bakal melabuhkan tirai..hmmm..another year is gone but still,i'm on my way to find myself.Hari ni nak story pasal Gerai kuih di Kampung pandan Dalam..Gerai ni sangat femes dan sangat lah laku..kalau tak percaya cuba lah korang singgah
ni senarai harga bagi kuih muih dan apa yang ada dijual..harga tak lah mahal sangat..reasonable lah kan..tiap kali aku datang bertandang ke sini mesti tak pernah putus orang yang datang bertandang..memang kaya lah makcik Ina ni..ada anak perempuan tak??boleh lah ambik saya jadi menantu..heheheheee
pelbagai variety yang ada menjadi daya tarikan yang ulung
Antara kuih yang banyak ada kat sini karipap,cucur udang,lompat tikam,donat,cara berlauk,dan macam macam lagi lah.korang refer lah pada harga menu kat atas kalau nak tahu apa yang ada kat sini..
tak percaya ker banyak variety yang ada???percayalah..
Pekerja diorang pun tak cukup tangan layan kastemer aku tengpok..ada yang duk gentel tepung ada yang duk goreng karipap ada yang duk memilih kuih macam macam peel lah ada senang cakap..janji bisnes jalan duit masuk kencang.asas kehidupan zaman sekarang.segala galanya memer;ukan duit..ahhhhh tensen bila pikir..sara hidup makin tinggi.ok ok dah aku dah tersasar dari topik asal.mari patah balik.
i told you right..patah tumbuh hilang berganti..orang datang tak henti henti
Masa aku,zie ngan Nikli datang kami beli Cucur Udang..memang sangat lah layan malan cucur udang ni petang petang hari..actually on this day aku nak balik terengganu tapi ada beberapa masalah teknikal yang timbul last last aku tak jadi balik gani..terus pi potong rambut sat then mai gerai makcik ina karipap..beli cucur Udang ngan Lompat Tikam
Rojak Asma dari Johor pun ada..kebetulan kan masa ni aku baru balik dari course seminggu kat JB so sebelum balik malam tadi aku bungkuskan untuk diorang..Zie yang duk sebut sebut sangat pasal Rojak Asma ni tu yang aku beli bawak balik KL..Alhamdulillah rasanya still ok walau dah semalaman..Rezeki kalau dikongsi barulah seronok..
mari mari mari jemput makan..
Ini adalah rupa lompat Tikam..aku beli sebab nak rasa.lagipun tertarik dengan kaler Hijau Putih serta kombinasi kaler kuah yang cokelat itu..sangat menarik perhatian.masa nak beli tadi Nikli siap buat gaya melompat dan kemudian menikam perut makcik Ina..nak demonstrate macam mana kuih lompat tikam dapat nama punya pasal..
Secawan Teh'O di petang hari..syiokkkkk woo..tambah syok lagi lepas makan kami semua collapse bangun bangun dah nak hala ke malam..lepas terjaga kami decide nak pergi IKEA pulak,ada orang nak makan Meatball kat IKEA..nantikan entri seterusnya!!
*hari ni perasaan bergolak...too many things to handle yet i have a little time..so what do i do??chicken out is not an option..
3 comments:
best nya..ada aneka kuih. leh pilih mana yang sedap.
lompak tikam tu kalau sejuk sedap. kat sini satu bekas RM2.50.
nk karipap sardine kak ina :)
tq for this post.
Post a Comment