30 JULAI 2010
This date aku kena attend dinner di Dewan Perdana Felda Semarak..nak attend this function baju batik takder tu yamg aku duk pulun cari di Jusco Maluri(rujuk entri sebelum ni..).thanks to Ziana hantar aku ke sini kalau nak harap aku cari memang sesat barat tak hingat lah..dah la hari jumaat,jem nya lain macam..hujan pulak tuh..memang complete set.tapi Alhamdulillah aku sampai on time..Perkara paling tak boleh lupa sambil ziana drive aku ke bahagian belakang kereta bersiap siap tukar seluar slack ngan baju batik..macam lah kereta aku tu caravan.hahah.hantam sajalah selagi boleh.
Aku sampai ni majlis belum start lagi..around pukul 8..biasa lah nak tunggu orang kenamaan lah nak daftar lah apa lah.most of my friend dari my stesen semuanya datang dari Penang aku jer yang datang dari KL sebab kebetulan memang dah ada di Kl..diorang datang dengan kenderaan stesen.
Dewan perdana Felda ni biasa aku tengok orang buat majlis kahwin tapi sewanya mahal ya rabbi.orang kaya jer mampu buat majlis kat sini.tapi sekarang memang trend kan orang dah tak buat majlis kahwin kat rumah rumah kampung semua pakat pakat duk buat kat dewan dan upah katering saja.tak penat..ada duit semua jadi zaman sekarang..
decoration atas meja..air sirap dan ada payung free..:)
Ni lah muka kawan kawan aku yang hadir untuk majlis makan malam ni..semua kacak dan tampan bergaya dengan baju batik.tapi aku yang paling terlebih hensem sebab pakai baju batik baru.haha.semata mata untuk majlis ni.sanggup.
Macam biasa lah sebelum majlis makan ada lah ucapan dan persembahan apa ntah..aku tak berminat sangat tapi bila nak tiba time makan ada persembahan makcik tua ni menyanyi.boleh tahan sedap gak lah suara dia tapi aku tak peduli pun sebab nak tumpu kan perhatian pada makanan yang ada..tema makanan malam tu ialah CHINESE CUISINE..lets take a look:
ini ialah starter..just nak warmning up dulu..
After the light starter di hidangkan dengan Shark Fin soup..yang ni memang sangat sedap!!aku teringat makan kat Restoran Oasis Alor Setar dulu,lebih kurang macam ni lah rasanya tapi lagi sedap!!
Next:Ayam Lemon
Tapi aku sangat kecewa dengan mutu dan gaya diorang persembahkan makanan pada malam ni..takder continuity dan layanan pun teruk..aku tengok semua pelayan macam budak budak training jer dan tak berpengalaman maka keadaan jadi kelam kabut..sudu dan piring tak cukup lah,makanan lambat sampai dan banyak problem lagi..masalahnya macam tak berbaloi satu kepala RM400 since meja ni RM4000 untuk sepuluh orang..
Udang Butter yang just so-so..tak sedap sangat..lagi pun mood dah kacau..
sayur campur Chinese style
Untuk malam ni actually tujuan ada dinner sebab our station dapat anugerah MSOSH untuk tahap keselamatan di tempat kerja yang bagus..so this is our senior manager merangkap Boss aku mewakili stesen mengambil anugerah di pentas masa tengah makan(yang pakai songkok belah kiri sekali tu,Tuan haji Ibrahim)..Semoga station kami akan terus mengekalkan kecemerlangan..:)
tahniah yaa!!
Then Sessi makan makan bersambung lagi..ni Ikan Merah masak apa ntah..lambat betul diorang nak keluarkan makanan..takder continuity dan buat orang jadi bosan..haishhhh..
PENCUNGKIL GIGI KER??
Hidangan last sekali nasi Goreng ni.Rasanya sangat lah tak sedap cuma presentation nya dalam Daun macam ni cantik lah.Overall makanan yang di sediakan malam ni totally out.nampak sedap tapi dengan servis yang lembap i wont recommend it to anyone pun.diorang kata yang sediakan makanan ni Katering dari Dewan Felda ni.so aku pun tak faham lah macam mana dewan prestij macam ni boleh hidang makanan pada tahap macam ni.wallhualam.
and even worse,ais krim ni kami semua tak sempat rasa pun sebab lama sangat nak tunggu dan majlis dah habis baru aiskrim ni sampai.better pi 7-Eleven beli aiskrim lagi puasa hati.ntah apa apa.
Apa apa pun,Tahniah to my stesen for this award!semoga kita dapat mengekalkan lagi kecemerlangan ni pada tahun depan..insya Allah.majlis berakhir pada jam 11 malam..dan lepas majlis habis Ziana fetch aku kembali dan kami straight ke LCCT untuk ambik Nikli yang akan tiba pada jam 12am lebih lebih..Tunggu entri seterusnya aku akan story dengan lebih detail..
4 comments:
mahalnya satu kepala 400 tp makan n layanan so so..tk berbaloi kan...
isk3
betul la azim...
nowadays bila akak attend majlis kat dewan felda tu...
mmg out la servis & food dia....
cuma bila majlis buka posa je ok...
agaknya sbb buka posa, buffet style...
so food mmg terhidang...
and sib baik food dia rasa pun ok....
tak pernah lagi sampai cini..
indah nama dari service ... hehhehe
dinner kalo diorng serve course by course tak best!! mula2 buah...pastu nasi goreng...pastu udang goreng.. pastu sayur... pelik. takkan nk ratah kosong je. ape daa!!!
Post a Comment