Followers

Monday, December 27, 2010

PARAMESWARA @ MEDAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI,MELAKA

Currently aku ada di Melaka..last minit dapat tahu kena pi Melaka untuk Kursus ni..last week baru balik dari Bangi ni nak kena pi Melaka pulak..sementara ada kesempatan ni redah jer lah kan..

26 DISEMBER 2010

Hari ahad aku masuk opis kejap.

Setelkan banyak gila kerja pending sebelum bertolak ke Melaka..dalam pukul 3 petang aku balik dari Opis,sampai rumah siap siap then pukul 4 petang gerak ke Melaka with sorang lagi member yang sama sam acourse..tumpang keter dia jer tapi tolong drive lah..Jalan jem tak hengat atas lebuhraya Utara selatan..tensen jer..perjalan yang patut makan masa dalam 6 jam nak sampai melaka jadi dekat 9 jam..pukul 11.30pm kami sampai di Melaka,terus menuju ke MEDAN IKAN BAKAR PERNU-UMBAI..laparr!!

1
Sampai sini kedai macam dah nak tutup..signboard dah padam..tapi bila tanya akak cashier tu diorang kata boleh lagi ,diorang saja kemas kemas siap nak tutup..thats make us pelanggan yang terakhir..hahaaa..ada rezeki lagi.

2
so apa lagi.mari membuat pilihan lah maknana yang ada..harga tertera di Menu..kat Umbai ni banyak jugak deretan kedai lain,tapi PARAMESWARA IKAN BAKAR ni yang paling besar dan paling happening thats the reason why kami pilih makan kat sini..

3
pilih ikan,sotong,Udang dan Siput Buluh.Ketam malas nak kopek..

4
Meja makan kami-nombor 46..ada satu meja diorang tengah prepare untuk ada orang datang makan..orang kenamaan jugak yang baru balik dari sambutan Krismas kat Melaka.No wonder semua hotel penuh.huhu..tambah pulak cuti sekolah.mujur jalan masuk dari Tol Ayer keroh tadi tak jem..jom tengok apa yuang kami makan!

5
SOTONG GORENG TEPUNG-kelihatan menarik tapi aku rasa kurang kick sikit..boleh la makan..sedap jer.maybe sebab aku pernah makan yang lagi sedap..but ni aku kasi A-.buat ratah ratah sedap..

6
UDANG BUTTER - yang ni rasanya ok..cuma macam tak menepati tema udang masak mentega..macam kat Idrus Ikan Bakar Penang they know how to do this..takper lah.aku rate B+..tapi taste not bad lah.boleh la..

7
close up sikit.ambik lapan ekor sorang makan 4

8
Yang ni aku panggil SIPUT BULUH MASAK HALIA..nama kat tempat pilih ikan tadi depa buh sepahat.sam ajer kot..yang ni pun aku suka..isinya yang kental liat liat memang best..tapi kalau orang tak reti makan memang tak suka lah.or else diorang geli nak makan sebab appearance nya macam ulat.heeeeeeee

9
see..macam ulat kan??aku rate A..

10
Tang IKAN JENAHAK BAKAR SAMBAL ni aku kecewa sikit lah.rasa ikan dah fresh tapi sambalnya takder rasa..macam kurang sambal pun yer.tak tahu lah sambal dah habis sebab kedai dah nak tutup or memang macam ni cara masaknya..sedap isi ikan tapi sambalnya kurang..aku rate B

11
Komplen ker tak komplen nasik dan lauk pauk tetap akan habis ok..rugi tak makan plus kami sangat lapar'!!perjalanan dari Penang just stop nak solat jer.tu pun tensen sebab rnr sangat ramai orang..hua hua hua..

12
Tengok-meja aku jer diorang tak kemas lagi..yang lain semua dah kemas memang macam nak halau kan.haha..Overall aku rasa makanan kat sini biasa biasa jer..means to say ada lagi tempat lagi sedap dari sini..harga ok lah.standard.tak la mahal sangat.ikut pasaran semasa lah..Dari Restoran ni kami terus oi Check-in ke Hotel Emperor kat Town..

*nak kena pekena ASAM PEDAS SELERA KAMPUNG ni alang alang dah sampai Melaka..

4 comments:

kucingorengemok said...

dulu aku pegi sotong goreng tepung dia liat skit... kami suka ikan bakar kosong je, sebab sambal kicap dia sedap :)

Cik Faridah Huda said...

Hai axim..saya pun dah try Umbai-Parameswara neh..nak kata heaven sgt tu tak jugak..saya lebih prefer yang kat Bagan Lalang punya...may be ramai org sebab kita dok bt promosi percuma kot..hahaha

Anonymous said...

Silap tempat nie...lain kali pi area alai..ada lagi best dan dekat....dekat area pernu pun ada best jugak..duyung pun ada...actually byk dan kene survey yang ok....adios pesanan penaja dari anak melaka..hehe

catz said...

hi, jjcm melaka kah?
for me, kedai ni takde ;ah sedap amna, maybe fames nama je so org berduyun dtg. makanan dia biasa2 je actually tapi heran...org sentiasa pack. bini owner dia sure dah bawak beg LV..tiap malam penuhhh orang.
hahahhaa.
if u want to try better place got to muara sg duyung. thats far better or go to crystal bay.
:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails