Sambungan dari entri sebelum ni..
30 JULAI 2010
Pagi tu aku sampai dalam pukul 4 pagi di hentian duta..kak tie datang fetch aku..kebetulan aku memang bawak kereta dari penang ke KL then tinggal kereta di KL naik bas sahaja ke JB..so bila dah pulang ke KL semula ni tak lah patah kaki nak bergerak ke sana ke mari..dari hentian duta terus balik ke rumah kak tie untuk berehat seketika..
Bangun pagi tu ada nsi lemak kerang tersedia..sangat sedap okeh..lama yak pekena nasi lemak kerang..then after breakfast just lepak lepak sembang ngan kak tie sampai lah waktu dah agak tengahari aku ke rumah ziana sebab plan nak lunch sama sama..Kebetulan Eza pun ada sekali so kami menuju ke TAHARA SEAFOOD restaurant untuk makan tengahari..
this is not the first time
One thing yang akan aku order kalau datang sini ialah jus mangga..sebab memang diorang blend guna mangga sebenar yang fresh..dan ternyata sedap!!tak ramai kedai yang boleh buat air jus mangga macam ni..(HR Steak House kampung Bharu boleh celen lah..)
ok mari beralih kepada seleksi makanan..kami order UDANG GORENG TEPUNG..kalau korang datang makan sini sila lah order this menu..wajib!!sebab udang tepungnya memang marveles!
OTAK OTAK SEAFOOD
Otak otak seafood ni pun aku berani rate A sebab terserlah kesedapannya..yang penting isi makanan laut kat dalam tu tak kedekut..
Sup ayam..biasa jer yang ni..
terliur tak tengok udang??wajib order setiap kali datang
This is kinda new for me..Eza ngan Ziana duk pakat order this pizza berlauk..entah macam mana lah rasanya..dah la nampak sangat banyak untuk 3 orang makan..tapi sebab nak rasa so boleh jer..cuba something new ni bagus..boleh bercerita pada orang lain yang tak pernah try.
PIZZA BERLAUK ni sedap rupanya!!lain kali boleh order lagi..aku pun tak taw camana nak explain rasa sedap this pizza berlauk tapi sedap lah..
last but not least-timun dan sambal belacan..sidekick ni kena ada sebagai penyeri semua lauk lauk yang aku paparkan kat atas..pendek kata semuanya sedap lah..lagi pun memang this restoran terkenal dengan kesedapan masakannya..pandai pandai lah korang gugel kalau nak cari this restoran yang terletak di kampung pandan..
wow!!licin kesemuanya..thanks Zie dan Eza for company
Dari D'Tahara seafood aku ngan Ziana hantar Eza balik rumah dia,kami menuju ke Ampang Park..sebab apa ke ampang park??aku nak cari baju batik sebab malam karang ada dinner kompeni..baju batik lupa pulak nak bawak dari penang..aku tahu kena attend this dinner pun masa kat JB so that's the reason why tak prepare apa pun..untuk pengetahuan ni kali pertama aku ke ampang park..haha..cari punya cari tak jumpa jugak baju batik yang sesuai..
last-last pi cari di Jusco Maluri..Alhamdulillah jumpa yang berkenan(warna biru kat belakang tu pekerja jusco tengah iron)..susah jugak nak cari tapi jumpa lah..actually aku ada dinner kompeni di Dewan Perdana Felda,Semarak KL..sebab tu aku mintak ziana teman sebab nak suh dia bawak aku pi dewan perdana felda since aku takut sesat..Jem masa ni memang tak hengat lah..kes yang paling lawak aku bersiap dalam kereta jer tukar seluar slack ngan baju batik..sejibik macam citer mr.Bean.hahaa..tapi tak kisah lah janji sampai on time..Thanks Zie!!
*Next entri aku citer pasal Dinner di Dewan Perdana Felda tu.Tunggguuuuu...
3 comments:
pepagi tengok lauk pauk tu terkecur...
terus perut nie berkeroncong :)
aximmmmmm,
laparrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr!!! mencik tau! semua sedap2.. telan air liur jek ni
eeee... lama gilerss tak pegi ampang park. lalu je.. mm.. nnt nak p lah. hehehe. dulu time sekolah itu la tmpt kami lepas gian. uppss.. bukan ponteng sekolah tau.. tapi makan mc'd kat situ. hahaha
Il semble que vous soyez un expert dans ce domaine, vos remarques sont tres interessantes, merci.
- Daniel
Post a Comment