Followers

Friday, January 28, 2011

KARI KEPALA IKAN @ RESTORAN PEN MUTIARA

Ini kisah minggu lepas masa Auditor dari SIRIM datang.

Biasa lah,kalau time auditor datang ni lah peluang untuk rasa makan tengahari di Restoran yang fancy..sebab memang kitorang ada peruntukan untuk entertain auditor.Untuk kali ni aku arrange makan tengahari di Restoran Pen Mutiara,yang terkenal dengan kesedapan kari kepala Ikan nya..Nasib baik dah tempah sehari awal.kalau tak memang tak dapat lah sebab this restaurant sentiasa penuh dengan orang..memang laku sangat bisnes diorang.Tanpa membuang masa,

Lets Check It out yoo!!

************************************************

18 JANUARI 2011

Lokasi restoran ni terletak di Batu Maung..Agak jauh jugak lah sebenarnya dengan my Station.tapi auditor punya pasal pukul 12.30pm dah keluar..takut tak sempat nak masuk pukul 2 pm nanti.

2
Dah lama aku tak singgah.just wonder adakah rasa makanan nya adalah sama jugak macam dulu..bukan apa,kualiti kena jaga kan.kalau tak sedap takkan lah asyik penuh jer restoran ni.

3
Yang belah kiri sekali tu lah Auditor dari SIRIM..Puan Sharizah tul Eliza Othman..our GM yang tengah tengah dalam gambar kat atas.Orang kampung aku tuh..orang ganu kiter jugok..berehhh bohhh..Yang belah kanan sekali tu Haji Shukree,my new boss yang akan ganti Haji Ibrahim yang akan bersara tak lama lagi.

4
Ok lansung aja ya kita pada agenda utama.

KARI KEPALA IKAN ialah killer menu kat sini.kalau datang sini tapi tak order kari kepala ikan ibarat makan megi kari tanpa telur.maksudnya macam tak lengkap jer lah.actually aku dah order siap siap lauk sebelum kami sampai,so masa sampai dah ada meja reservekan tingal tunggu kejap jer..

5
SOTONG GORENG TEPUNG ni masih sama rasanya macam dulu..sotong goreng tepung ni dah sedap,cuma still tak boleh celen sotong Goreng tepung Wong solo ayam penyet..but overall the taste is good.menu wajib jugak ni kalau aku datang makan sini.

6
KANGKUNG GORENG BELACAN- sedap juga kangkung belacan..tekak orang kampung macam aku ni memang lah damba kan belacan tak kira di mana jua aku berada.tetap lah telan budu dan belacan.hatta kalau di Korea sekali pun aku lebih rela makan nasi kosong ikan kering sama sambal belacan..hehe..opss dah terlari topik ni.ok ok rasa kangkung ni sedap.and now we back.

7
Ulam-ulaman penambah rasa..sama itu sambal belacan

8
Last but not least,TELUR DADAR..

9
Air order dua jag..air asamboi..memang sedap lah..dan lazat berkhasiat.tak rugi korang try..

10
Sessi makan makan bermula..macam banyak jer lauk sebab aku buat dua set kecuali Kari kepala Ikan satu set..yang datang makan 10 orang..tapi bila dah hujung hujung aku tengok macam dah habis..Alhamdulillah.takder lah membazir.risau jugak kalau terlebih order tapi tak habis.

11
Masing-masing dah kekenyangan..our Auditor makan sikit jer.. yang duk bantai makan banyak kitorang ni.hahaa..Lain kali datang laha udot lagi,boleh merasa makan kari kepala ikan..masa ngam ngam sudah makan pukul 1.30 pm.so we all manage to be in the station again pukul 2 pm.Tapi kalau sampai lambat pun takper..GM ada sekali ni.heheeeee

12
Yang pasti,servis di Restoran ni sangat cepat dan mesra..Tambahan pula environmentnya sungguh cozy dan enak mata memandang,di tambah pula dengan alunan Piano brader dalam gambar kat atas.dia siap menyanyi lagu Broery marantika Biarlah Bulan Bicara ..memang sedap suara dia!nak jer aku suruh dia pi audition Akademi Fantasia.mesti boleh menang.

13
Alamat Restoran ni tertera dalam gambar kertas tisu di atas.Untuk makluman Restoran Pen Mutiara ada satu lagi cawangan di Butterworth..so orang butterworth tak perlu lah susah payah nak redah jem di Penang Bridge atau naik feri untuk merasai keenakan Kari Kepala Ikan..just pergi ke alamat yang tertera di atas.

Kalau sedap bagitau kawan.Tak sedap bagitau kami.

Chewwwwaah.

Ok bai.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails