Followers

Saturday, January 8, 2011

SHAH ALAM,PASAR CHOW KIT & SATAY STATION

Hari Jumaat yang mulia.

Masih berada di Kuala Lumpur.Untuk menyelesaikan sedikit Urusan.Terima Kasih pada Zie atas bantuan yang diberikan.aku pinjam kereta dia untu berurusan di Uitm Shah Alam pada hari ni.Pagi pagi aku hantar dia ke pejabat,dan sempat singgah sarapan bersama di Pelita Nasi Kandar Desa Sri Hartamas.

1
Pagi pagi dah belasah Nasi Goreng Ayam.aku order Kopi O.entah apa kena dengan aku sekarang ni suka sangat minum Kopi.Bahay tu sebab Caffein tak bagus untuk kesihatan.lepas ni aku kena kurangkan.Lepas Sarapan aku hantar Zie pergi Opis dan aku ke Shah Alam,Tempat yang sarat dan padat dengan Kenangan..

2
Cuaca Hujan masa ni.Sekarang memang Cuaca tak menentu.Boleh kata semua tempat Hujan.Kat penang kaa Terengganu ker kat Miri ker semua sama.Alhamdulillah perjalanan di permudahkan Allah.aku sampai Di Uitm Shah Alam dan menyelesaikan apa yang patut.Funny thing is walaupun aku dah bekerja masuk tahun kelima bila masuk Uitm aku still rasa macam student.Weird.i dont want to Grow Old i guess.

3
Rumah Sewa aku dulu sangat dekat dengan masjid ni.di Seksyen 4..dekat dengan Taman Tasik Shah Alam.Shah Alam,sebuah tempat yang pasti aku kenang sampai bila bila.kat sini lah aku mula belajar kenal siapa diri aku sebenarnya.Blood sweat and tears semua tumpah kat sini..banyak sejarah tercipta tak kurang pahit atau manis..Rindu pulak rasanya zaman student.

4
Selesai urusan di Uitm shah Alam aku patah balik untuk fetch Zie.Sebelum tu sempat singgah di Masjid wilayah untuk solat Jumaat then lepak minum di Old Town White Cofee.Minum jer pun sebab tak selera nak makan.sambil online dan berchatting kejap.After that Fetch Zie dan kami menuju ke Pasar Chow Kit pula.

5
Nak buat apa kat pasar Chow Kit?sebenarnya aku nak cari telur Itik Serati..buat ubat ayah di Kampung sebab malam nanti aku balik kampung kejap.nak jenguk mak dan ayah apa khabar mereka di sana..Pusing punya pusing satu pasar Chow Kit last last jumpa satu apek jual telur itik.ada satu kaler putih dan satu lagi kaler biru biru..yang biru biru tu orang biasa buat jamu kata apek tersebut.so aku rasa betul lah kot.beli dalam 15 bijik.bukan tu jer.banyak buah hangkut sekali..murah lah buah kat Chow Kit!!

6
Dari pasar Chow Kit kami menyinggah makan di Satay Station Ampang.makan satay pun seronok juga di kala kelaparan..tapi satay station ni dah naik harga.satu cucuk RM0.90..saiz sama jugak macam dulu..kuah berminyak banyak.hantam sajalah labu janji hati bahagia.Malam tu jugak aku balik Kemasek abang shuk ambik aku.dia datang ambik dari Temerloh.tak faham juga apa intention dia tapi Alhamdulillah jugak.tak perlu aku nak usung banyak barang naik bas..

*Sepanjang perjalanan Balik Kampung aku kepenatan sebenarnya.nak tidur tapi bila start bersembang dengan Abang Shuk tak sedar masa Tiga Jam berlalu.banyak sangat hal kami sembang kan.dari sudut keluarga,adik beradik,mak ayah,sampai lah soal mencari jodoh.Thanks a lot my bro atas nasihat nasihat yang berguna.Insya Allah aku akan cuba perbaiki diri.Thanks..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails