Followers

Saturday, January 15, 2011

PERUT KENYANG HATI PUN GIRANG

Hujung minggu yang padat dengan aktiviti makan makan..lets check it out!!

SARAPAN PAGI : TAMAN TUN SARDON

Lokasi di Pulau Pinang, Taman tun sardon punya medan selera memang terkenal setiap pagi dengan pelbagai pilihan makanan yang ada..memang best dan seronok makan kat sini.aku selalu jugak singgah..Kueytiow sup,sandwich Daging/Ketam/Ayam/Tuna, Nasi Lemuni adalah antara Killer menu yang ada.Cuba lah sendiri anda pasti tertawan.

1
Pulut Kuning cicah KARI AYAM

1a
Yang paling aku suka kat sini ialah sandwich yang ada berbagai bagai perisa..more like roti telur bungkus sebenarnya..ada inti daging,inti ketam,inti tuna dan inti ayam.Pilih lah mana satu berkenan.harga satu set macam ni RM1.70.ok lah kot.

3
Minum air kopi.Macam orang tua kan.heheee

MAKAN TENGAHARI : AYAM PENYET JUSCO PERDA

Waktu makan tengahari aku singgah makan di Jusco Bandar Perda..dah beberapa kali juga aku singgah makan di sini tapi tetiba teringin so singgah lah lagi..kat sini masakan authentic Indonesian..Ayam penyet,Pecal lele,Dendeng Balado,bakso semua ada..rasanya mantap juga.

4
Dendeng Balado yang mantap

5
Ayam penyet dengan kerak apa ntah kat atas tu.harga nya reasonable.boleh lah makan.tak sampai sepuluh ringgit satu set.Tapi aku still wonder apa kebenda ntah kerak kerak ranguo atas ayam ni.yang pasti aku suka kombinasi tempe dan tauhu tu.cukup lengkap aku kira dengan sambal yang pedas.wallahh!!
6
Air Plum dan air anggur.aku tak suka jeli jeli yang ada dalam air.menggangu sangat nak minum unless memang datang untuk minum.Jeli macam tu bukan orang buat hiasan tanam pokok ker??entah.aku tak suka.patut minta air yang plain macam air suam ataupun air kosong.#ehsamalah

MAKAN MALAM : BLACK CANYON CAFE

Waktu malam singgah pula makan di Black Canyon Cafe..aku masih terngiang ngiang lagi kesedapan Tomyam tu untuk kesekian kalinya aku singgah kembali.lagipun plan nak tengok wayang tapi macam malas so better memenuhkan isi perut lah dulu.hahaha

7
Black Canyon Coffee nama diberi.dulu aku ingat kedai ni macam starbuck ada kopi dan pencuci mulut semata mata.sekali bila singgah macam macam ada..makanan Thai pun banyak.

8 9
Ini ialah TOMYAM UDANG yang diorder.memang meletup sangat rasanya..aku rasa memang aku suka lah rasa tom yam di Black Canyon ni.makan hari hari pun tak jemu.tipu sangat kan.tapi aku suggest dan recommend sangat sangat korang cuba try rasa.tak menyesal punyalah.Two Thumbs Up!!

10 11
Order juga KERABU SEAFOOD.ada segala isi Udang ikan ketam sotong.Yang ni pun sangat sedap.aikkkk over kan aku rate semua sedap.tapi tu ikut lidah aku.kalau lidah korang lagi terer maybe rasa makanan kat sini tak berapa sedap.

12
Berdua itu lebih baik.hahaa..Bila perut kenyang hati pun girang maslaah hilang(seketika).aku pun tak tahu apa sudah jadi kata nak diet tapi makan banyak jugak.takpaa lah.yang penting jaga kesihatan dan cuba lakukan senaman sekerap mungkin kalau ada masa.The problem is sekarang masa aku sangat limited.rasa macam banyak mender nak buat tapi masa never enough for me..Helppppppp...

*Malam ni aku naik bas ke Kuala Lumpur pukul 1.30 am.sampai lah kl nanti around pukul 6 pagi..Then aku akan terus ke Hospital Kuala Lumpur.Nak ketemu sama ayah di Hospital Kuala Lumpur.dia masuk wad lagi.Doakan kesihatan ayah saya ya.Terima Kasih.

8 comments:

Benedict Bernard said...

nak tomyam :P

Alam Setia said...

ah ha...lama tak makan di taman tun sardon. ingat zaman dulu2

sepul said...

hmmm tak sabar sangat nak tgk partner makan aximud. sesuatu sangat.

semuga pokcik ashaary cepat sembuh dak kuat semangat.

yarismi said...

post ni buat saya rindu sangat kat bukit mertajam yang penuh dengan makanan yang cedap2.....BM tunggu saya balik....

@xiM said...

BEN,

tomyam kat sini sangat sedap!!

@xiM said...

ALAM SETIA,

taman tun sardon banyak sangat pilihan yang ada..seronok!!

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

kang ko terkejut lak nanti tengok partner aku sapa..hehee

thanks for that thought to my dad..sama sama kita doakan ya..

@xiM said...

YARISMI,

i love PENANG!!banyak makanan yang sedap sedap!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails