Followers

Thursday, May 5, 2011

ROAD TRIP TO PHUKET & KRABI DAY 3 PART 4 - CHECKED IN @ CITY HOTEL & KRABI WALKING STREET

Mari kita menjengah Pekan KRABI di malam hari!

12 MAC 2011

Dari Restoran tempat makan malam kami straight away ke Pekan Krabi untuk Check In di salah sebuah hotel di sini,CITY HOTEL nama diberi.yang penting Wi-Fi free okeh..harga satu malam kat sini 1200 Baht sahaja.quite ok lah kan.
.

Hotel ni betul betul tengah Town Krabi
.

Bilik yang ditawarkan pun quite ok jugak..Bersih dan selesa.Satu malam jer lagi kami akan berada di Thailand.esok akan Check Out dan terus balik ke Malaysia..Lepas Check in siap siap mandi rehat solat..kejap lagi nak jalan jalan tengok apa yang ada di sini.
.

Di belakang Hotel ada KRABI WALKING STREET.ini yang aku suka..this walking street ni macam flea market or Night market..Boleh tengok barangan tempatan yang ada..at this place siap ada pentas dan ada performance lagi..dibuka dari jam 5 pm to 1o pm sahaja.
.

suasana di night market
.
Ada makanan yang dijual..makanan Halal pun ada..tapi still kenyang lagik sebab tadi petang dah makan banyak gila kat Buffet Restaurant tu..tapi makanan kat sini nampak mengancam jugak..ada makanan pelik pelik tapi tak terasa nak beli.Kenyang lagikkk..
.

Meriah jugak!
.


Dekat stall ni aku beli Fridge magnet,Poskad,Keychain dan Juga mancis untuk dibuat Souvenir kepada kawan kawan yang disayangi..Quite murah jugak.puas aku tawar menawar kat sini..tapi bargain lah selagi mampu.
.

Painting.tapi tak beli..takder yang menarik.
.

Di satu sudut ada tempat orang lukis karikatur..80 baht untuk 5 minit karikatur.aku duk mundar mandir tengok mamat tu lukis..teringin nak buat tapi malas nak beratur.last last i've made up my mind then aku beratur dan get a seat..orang ramai duk tengok tapi aku peduli apa..aku beli saiz besar bayar 100 baht.baru 10 hengget so takpaa lah.
.

Karikatur siap!ada iras aku tak?
.

Yang ni pun menarik jugak..T-shirt yang boleh kita pilih nak design macam mana..murah pulak tu..10 hengget ke atas ikut saiz..but still murah la kan..kita pilih design then pilih nak tshirt kaler apa pastu suh dia cat kat situ..siap dalam masa 5 minit.kalau buat kat tempat kita pun mesti laku kan.
.

Beli lah t-Shirt ni sehelai..nice tak kaler pink hitam?hehe
.

This walking street tutup pukul 10pm..bila pukul 10pm tepat semua trus berkemas..kat tempat T-shirt yang aku beli tadi ramai lagi tourist duk que nak beli tapi diorang terus tutup jer..padahal kalau dia sambung sket lagi sampai orang habis mesti dah untung lagi banyak..tapi tu cara diorang kat sini meniaga kot..But overall this walking street is very nice!!aku suka..penat berjalan,balik ke Hotel terus tidor menanti hari esok,hari teakhir di Bumi Thailand...Stay Tune wuth AXIMUD ya!
.
*to be continued.

4 comments:

Nieda said...

Kenapa akak tak tengok N3ni semalam. Hari ni dah 2,3 N3 baru dah naik.

Nieda said...

Kenapalah x namapak N3 ni semlm? Hari ni dah naik 2,3 N3 baru pulak dah.

Nieda said...

Kenapalah x namapak N3 ni semlm? Hari ni dah naik 2,3 N3 baru pulak dah.

rasp said...

wahhhh mmg tertarik dgn tshirt tu...
unik!
baguih dorang nie...
peniaga yg disiplin :)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails