Followers

Saturday, May 28, 2011

AKTIVITI SEMALAM : BOWLING & DINNER WITH REGULATOR

Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu..

Saya doakan semua rakan-rakan pembaca budiman akan melalui satu hujung minggu yang hebat.Cuti sekolah dah bermula,Gaji pun baru masuk..apa lagi,boleh la berjalan merata-rata ataupun pi shopping apa yang patut.Entri kali ni nak story pasal aktiviti petang dan malam semalam..Minggu ni banyak aktiviti duk ada..tak menang tangan dengan Meeting lagi kerja di Opis lagi..yang penting kena pandai balance kan.Jom layan gambar gambar di bawah!Zasssss..

 
Kejohanan Bowling bersama dengan regulator bertempat di Megalane Prai dalam Megamall..Pagi semalam ada monthly gathering..pukul 4 pelepasan di beri pula kepada peserta dan AJK yang terlibat dengan event ni..Kebetulan Jambatan trafik quite jammed pukul 4 semalam sebab ada satu eksiden..sudahnya game start lambat.



sessi pendaftaran para peserta dari pelbagai agensi kerajaan.


Balingan pembukaan rasmi bagi Kejohanan Bowling ini oleh Haji Jamal(Wakil GM)


Dan permainan pun bermula..untuk game first aku skor 182.tapi aku rasa tu nasib jer sebab second game macam hampas dapat 96 point.hahaha..sangat tak konsisten..sambil main sambil lah sembang dengan pelbagai pihak dari agensi kerajaan ni.after all,tu lah tujuan this tournament di adakan.Untuk build rappo with them..sebab memang duk berurusan dengan diorang selalu pun.Semua pemain bertungkus lumus bermain dengan baik..syabas!


Antara AJK yang terlibat dengan event ini


Selesai game lebih kurang jam 7.30pm..sessi bergambar dengan semua pemain diadakan kemudian semua bergegas solat maghrib sebelum bersama sama sekali lagi untuk memeriahkan majlis makan malam di Restoran Pen Mutiara Kari Kepala Ikan di Taman selat Butterworth.


Dinner @ Restoran Pen Mutiara Taman Selat Butterworth




Bacaan doa sebelum majlis makan malam bermula







Kari Kepala Ikan ni killer menu kat Restoran ni.lauk lauk lain tu takyah eksplen lah kan..Sotong Goreng Tepung nya pun mengancam..biasa makan di Restoran Pen Mutiara Batu Maung kali ni makan di Butterworth pulak,another branch of this Restaurant.Rasa lebih kurang jer,cuma kali ni kuah karinya macam cair sikit.But overall the food was superb!!Alhamdulillah.


Sessi makan makan pun bermula..Bismillah..


Antara Kaum wanita.satu satunya meja kaum wanita



Buaha buahan pencuci mulut



Sessi berbagi hadiah kepada pemenang Bowling dan cabutan bertuah


Wajah wajah pemain Bowling(Group) tempat pertama,Kedua dan Ketiga.Tahniah!!


Alhamdulillah syukur majlis berjalan lancar..terima kasih kepada semua AJK yang terlibat.aku pun salah seorang AJK yang terlibat,as usual tukang ambik Gambar lah..Seronok dengan acara macam ni sebab boleh mengeratkan lagi silaturrahim antara satu sama lain.Majlis habis lebih kurang jam 10 pm.Semoga kita berjumpa lagi di tahun depan.(tu pun kalau kami ada Bajet lebih la yek.hehee)

*Selamat Berhujung minggu semua!gonna spend my weekend at my Hometown..Wish me a safe Journey!

3 comments:

kemang~ said...

syok nye main bowling..

sepul said...

aku sangat teringin nak try makan kat tempat2 lain di penang tapiiiii tarikan NKB begitu kuat untukku. mana bos hang? tak nampak pun

rasp said...

event camni mmg best....
hope u had a wonderful weekend!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails