Followers

Sunday, May 1, 2011

ONE DAY TRIP IN PENANG : PENANG HILL & DINNER @ PADANG BROWN

Sambungan dari entri sebelum ni.  
.
Dari Gurney Plaza kitorang bergerak ke Bukit Bendera.Teringin nak naik Tren Baru.Singgah Di masjid Negeri dulu untuk solat Zohor..dah on the way jalan yang sama tu yang singgah masjid Negeri.Teringat dulu kawan baik aku di nikahkan di masjid ni lah..2009 yang lalu.masa berlalu sangat cepat.
.

Orang sangat ramai yer masa ni.ada kursus kahwin rupanya..
.

Mari lah kita ke Bukit Bendera
.


Masa sampai ramai nya orang duk beratur..cuma kalau korang bawak kereta memang agak susah nak parking..kami pun parking jauh gilerr..but still boleh jer jalan kaki..penat tu perkara biasa lah.kalau tanak penat duk kat rumah jer.hehee..Beli tiket kat Kaunter then kena beratur tunggu giliran.Matahari plak memancar terik..aduss..
.

Tiket harga RM10 Charity Ride
.

Beratur dalam setengah jam jugak..
.

Akhirnya Tren sampai..Tren baru ni kaler Biru dan Fully aircond kat dalam..Tren dulu kaler merah dan Open air..dulu last aku datang ngan Sam dan Angah masa wedding Famoque di Penang..2 years ago..jom naik Penang Hill!!
.

Penang Hill is a hill resort comprising a group of peaks in Penang, Malaysia. It is 6 kilometres (3.7 mi) from the city centre of George Town, and stands out prominently from the lowlands as a hilly and forested area. Penang Hill is also known by the Malay name Bukit Bendera, which refers to Flagstaff Hill, the most developed peak.
.

Sampai di puncak Bukit Bendera suasana Nyaman mula terasa..an elevation of 833 m (2,723 ft) above sea level, so what do u expect..memang sejuk dan best.sesuai kalau nak menghirup udara segar..kalau Hiking pun best.
.

beli aiskrim..lime with vanilla.
.

Ni rumah apa aku tak sure..cantik lah kalau ambik gambar.nak kata rumah orang macam bukan rumah orang..siap ada sign dilarang masuk ( No Entry)
.

singgah solat asar di masjid bukit bendera
.

Indahnya Pulau Pinang dari atas..Subhanallah.
.

Di atas Penang Hill ni ada Hotel jugak..Taman Burung pun ada.tapi kami tak masuk pun.Just jalan jalan sekitar Hotel.sightseeing sahaja.
.

Masa nak balik pun beratur sangat panjang..dekat pukul 7 pm jugak baru dapat naik Tren turun..spot masa turun baik punya..aku duk depan sekali so boleh nampak dengan jelas masa thus tren turun..great experience jugak.:)Terima kasih dan Datang lagik..
.

Babai Penang Hill.Nanti kita jumpa lagik.
.

Singgah Solat Maghrib di Masjid Negeri lagik
.

Ada ceramah agama.Kuliyah Maghrib..
.

Kami decide untuk makan malam di PADANG BROWN..ni kali kedua aku datang.dulu datang makan kat sini with famoque ngan Bini dia serta Nikli Nodin..teringat ingat sup ayam di Al-Bismi Restaurant.Orang sangat ramaiii..nak park kereta pun payah.bayar parking 80 sen.
.

Satay ayam dan satay Perut
.

Lai Chee Kang dan Ais Batu Campur
.

Sup Ayam + perut dan Sup Urat + ayam
.

Pasembur yang lagi best dari Pasembur Padang Kota
.

Overall aku rasa makanan kat Padang Brown ni best.banyak Pilihan..lain kali kalau datang lagi nak try makan di Restoran Celur celup pulak.Steamboat macam sedap..Sup Al-Bismi tu memang sangat sedap..Yang penting tempat ni happening..Dari Padang Brown masing masing pulang ke sarang..terima kasih kepada Zai dan Syajaie!!nanti kita pi jalan-jalan ke Taiping pulak okeh!!liburan part 2..
.
sekian.  
 .
Bai.

*bestnya esok cuti lagik!!

6 comments:

Faisal Admar said...

Padang Brown memang best. Paling best sebab ada macam-macam tak macam Padang Kota over charge! Benci betul kalau pergi sana.

Aku kalau datang sini mesti makan mee goreng situ (dekat dengan sotong kangkong Rina), sotong kangkong Rina, sup ayam situ dan pasembur. Laksa jangan try, mengarut. Satay biasa saja. Air kelapa tepi ais kacang jangan. Tak rasa kelapa pun!

Itu aje komen :-)

Buzu Ediany said...

fuhhhh padang brown aka padang broom...pasemboq mmg terbaek...try mee goreng mamak dia pun enak...kalao pasemboq n mee goreng p kt kedai yg dekat2 rina char kue teow tu lg sedap...

Afir said...

sonoknyer berjalan2...wah!!!nak join..
slalu klu g penang makn buah pala dia..terbaek

fendifid said...

Kat Today newspaper ada pelancong komen kena beratur berjam jam untuk naik bukit bendera ni. Hopefully kat atas tu akan ada banyak improvement macam monument ke...cafe ke.

riss said...

kt belah mana padang brown ni? cer citer skit..

rasp said...

uishhhhh lama sungguh tak menyinggah ke padang brown...
dolu2 pi situ wajib pekena sotong kangkung...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails