Followers

Thursday, December 1, 2011

KEMBARA KE TANAH SUCI : UMRAH / ZIARAH KOTA MADINAH & KOTA MEKAH - PART 1

1 Disember 2011 - Bulan terakhir untuk tahun ini!!

Dari Anas bin Malik r.a. berkata: Rasulullah saw. bersabda; “Tidak akan terjadi qiamat sehingga masa menjadi singkat maka setahun dirasakan seperti sebulan dan sebulan dirasakan seperti seminggu dan seminggu dirasakan seperti sehari dan sehari dirasakan seperti satu jam dan satu jam dirasakan seperti satu petikan api”.
  
Hdis riwayat Termizi.Kalau korang perasan,memang betul..masa berlalu begitu cepat..belum sempat kita nak berbuat sesuatu tiba tiba masa dah larut sehingga banyak perkara kita tak sempat nak selesaikan..kita seakan akan sibuk tapi kita tidak faham apa yang di sibukkan sebenarnya..kita diburu masa dan ia berlalu dengan tiada apa perkara yang dapat kita selesaikan..Ok sebelum habis tahun ni,aku ada satu misi.nak habiskan kalau boleh sebahagian besar entri travel aku pada tahun ni..dan untuk permulaan disember aku nak cerita trip Umrah/ziarah ke Madinah/mekah pada awal Ramadhan yang lalu..Maka terimalah.

*********************************************************************

29 JULAI 2011

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang..

Sebenarnya aku seakan masih tidak percaya bilamana mak dan ayah ajak aku buat umrah ke tanah suci bersama abang shuk dan abang zali..masa mula mula mak bagitahu aku,aku just mengiyakan saja.aku masih ingat aku sedang berkursus di Port Dickson masa mak bagitahu nak daftar tempat untuk Umrah dan ziarah ke madinah/mekah.Dengan izinNya,aku just seronok dan bersetuju dengan rancangan merek,dan itulah rencana Allah..Allah mengizinkan aku ke Tanah suci melalui wasilah mak dan ayah aku..kalau mak dan ayah tak memulakan,maybe aku pun tak akan sampai lagi ke Tanah suci..Allahuakbar.Sesungguhnya rancangan Allah lah yang paling terbaik mengatasi rancangan kita sebagai hamba-Nya..


Dua hari sebelum nak bertolak pergi aku dah apply cuti siap siap.Jumlah cuti yang aku ambik ialah 14 hari(campur dengan cuit hujung minggu lagi).Urusan di Pejabat tinggalkan lah dulu..dan aku memang kosongkan fikiran sekosong kosongnya sebelum nak mejejakkan kaki ke sana.Malam sebelum bertolak semua ahli keluarga ramai yang datang tolong packing barang..terima kasih pada mereka semua yang bertungkus lumus..rasa macam nak bawak macam macam barang..tapi ada had nya dalam kargo so memang kena kira kilogram kalau tak kena caj lebih nanti.


Tiba hari untuk bertolak..29 Julai 2011 ialah hari jumaat..dari kemasek kami semua bertolak ke Kuala Terengganu dan transit di rumah adik dah dulu..untuk makan tengahari dan solat jumaat..selesai solat jumaat nanti baru kami akan ke lapangan terbang Kuala terengganu.Terima ksih la asik ku siapkan makan tengahari!oh ya lupa nak bagitahu kitorang pun ada singgah di Marang juga jumpa adik beradik belah mak masa on the way ke kuala terengganu,diorang dah siap buat kenduri lagi makan nasi dagang untuk meraikan kami berlima yang akan berlepas selepas solat jumaat nanti..Terima kasih ya semua!!


Selesai solat Jumaat baru kami bergerak ke Lapangan terbang Sultan Mahmud Kuala Terengganu..ramai dah para jemaah yang sampai..semua dengan tujuan yang sama iaitu untuk menunaikan Umrah dan Ziarah ke Madinah dan Mekah..jujur aku katakan aku rasa macam gementar sebab Tanah suci merupakan tempat impian untuk semua muslim pergi..tanah suci yang menjadi idaman semua umat islam,dan kami bakal tiba nanti..Mak dan ayah dah biasa pergi,ni kali ke empat diorang pergi..untuk aku,abang shuk dan abang zali ini ialah kali pertama.


Ahli keluarga yang hadir untuk menghantar..


Tiba lah saat untuk berlepas sebab kami kena masuk ke balai berlepas untuk sedikit taklimat bagi program Operasi Umrah Penerbangan terus ini..Suasana sedih menyelubungi..walaupun akan berpisah selama 10 hari sahaja..Doakan kami berlima selamat pergi dan pulang..Insya Allah..aku yang bujang ni tak lah rasa sangat bila nak meninggalkan tanah air.buat abang shuk dan abang zali yang terpaksa meninggalkan isteri dan anak,ini memang sesuatu yang berat juga..Insya Allah niat baik Allah akan permudahkan.


Sebagai maklumat,450 jemaah yang menyertai OPERASI UMRAH PENERBANGAN TERUS dari Kuala terengganu ke Madinah..operasi seperti ni julung julung kali di adakan di negeri Terengganu,khas untuk kerajaan negeri Terengganu kepada rakyatnya..sebelum ini penerbangan dari Kuala Terengganu terus ke Jeddah sahaja tapi kali ini terus ke Madinah dan ianya agak menjimatkan masa..(penerbangan menaiki MAS).Besyukur pada Allah sebab kami dapat tempat untuk menyertai program ini..oh ya lupa aku nak mention yang kitorang punya agensi ialah TABUNG HAJI TRAVEL.sementara menunggu di balai berlepas ada sedikit ucapan alu aluan dari YB Haji Ahmad Razif yang menggantikan menteri besar terengganu yang tak dapat hadir pada petang ini.


Masa nak masuk ke kapal terbang kitorang dapat masuk awal sebab ayah menggunakan kerusi roda,(warka kurang upaya diberikan keutamaan untuk masuk dulu)..jadi it such a privilege to us untuk masuk dulu dan setup tempat duduk siap siap.bukan ayah sahaja yang pakai kerusi roda,ada lagi beberapa jemaah warga emas yang lain..sebagai satu family kitorang minta untuk masuk sama sama.Alhamdulillah petugas MAS memberi kebenaran..


Ikut nombor pada tiket tempat duduk aku dan abang shuk jauh sikit daripada mak,ayah dan abang zali..mereka bertiga dapat duduk satu row,aku dan abang shuk terpisah jauh.actually yang menjadi concern aku ialah takut ayah nak ke tandas so he really need somebody to pimpin dia ke tandas since dia tak boleh nak berjalan..bila semua jemaah dah memenuhi tempat duduk masing masing aku minta petugas MAS supaya cari jalan untuk aku dekat dengan ayah,in case dia nak ke tandas senang aku boleh tengokkan..terima kasih lah pada seorang abang ni dia sanggup tukar tempat ngan aku.setel lah bab tempat duduk.


Penerbangan mengambil masa selama 8-9 jam..bagi aku seat dalam MAS ni pun tak lah besar mana..muat muat jer nak duduk.seat economy semua sama kan.kalau nak selesa kena duduk Business class lah kan.hehe..actually satu flight ni memang semua jemaah yang akan ke Madinah..kira macam chartered satu flight khas untuk kami semua.aku duduk sebelah warga emas.ada dua kali makan berat sepanjang penerbangan..Nasi beriani dan nasi putih.quite ok jugak rasa makanan atas MAS ni..air pulak ikut suka hati korang lah nak order banyak kali pun..sepanjang perjalanan aku tak leh nak tidur sangat..just bukak buku panduan umrah sebab nak baca doa doa apa yang perlu dibaca bila dah sampai kat sana nanti..


Akhirnya kitorang sampai ke Lapangan terbang Madinah..Perjalanan di permudahkan oleh Allah..syukur Alhamdulillah,tak ada gangguan apa apa dan perjalanan lancar..Masa sampai kena naik bas dari tempat mendarat ke tempat imigresen.then kena isi borang macam kat dalam gambar atas ni..Masa sampai Mak dah menangis dah..reason why sebab dia bersyukur sangat sangat dapat sampai lagi ke Tanah Suci..ada video abang shuk buat tapi tu untuk simpanan sendiri lah..beratur agak panjang jugak untuk pemeriksaan imigresen..tapi as usual sebab ayah pakai kerusi roda kitorang ambik kesempatan untuk potong que yang ada.tak berdosa kan.heheeee..Waktu menunjukkan jam 12 tengah malam,tapi suhu adalah 42 darjah selsius!jadi korang bayangkan lah panas yang macam mana ya.Bahang yang amat..


Dah selesai ambik barang semua ada mutawwif dah tunggu untuk bawa jemaah Tabung Haji Travel naik ke Bas yang di sediakan.satu peringatan untuk korang masa nak ambik beg di airport jangan layan mamat arab yang nak tolong bawak barang pakai troli sebab diorang akan caj gila gila punya harga.kitorang dah kena sebab mengenangkan mudah bila ada orang tolong..end up diorang mintak berapa riyal aku dah tak ingat tapi quite mahal then lepas bertekak kitorang bagi separuh jer dari jumlah yang diminta.sepatutnya just cari jer troli kosong dan abaikan pada yang nak memberi pertolongan tu.Mula-mula kitorang ingat nak naik teksi sebab ayah susah nak naik bas..tapi dengan pertolongan Allah,ayah dapat juga naik bas walaupun dengan susah payah..Ya Allah,semoga Kau mempermudahkan segala urusan kami di sini..Ameen.


Bas membawa kami semua jemaah dari Tabung Haji Travel ke Hotel Holiday Villa Madinah..dalam setengah jam dah sampai ke Hotel.dalam perjalanan ternampak lah dari Jauh MASJID NABAWI..terus terdetik rasa sedih dan terharu dalam hati..akhirnya dapat juga aku sampai ke sini..Pembangunan di Madinah ni macam biasa jer.banyak bangunan yang berbentuk empat segi,dari pengamatan aku lah.arab style.


bergambar di lobi sementara menunggu pengagihan bilik kepada para jemaah


Dan ini lah dia bilik hotel di Holiday Villa Madinah.quite luas dan selesa!kalau ikut jadual satu bilik 4 orang,nama mak masuk dalam kumpulan wanita..tapi kami kan sekeluarga so better mak stay sekali dengan kitorang.lagipun ayah memerlukan jururawat peribadinya untuk sentiasa berada di sisi..so kami berlima duduk dalam bilik yang sama..Syukur sangat sangat dah dapat bilik selesa macam ni.mengikut kata mutawwif dalam bas tadi,ramai yang datang dari negara yang kurang membangun memang tak akan mampu lah untuk duduk hotel macam ni..diorang banyak stay di hotel hotel murah pinggir bandar madinah.,mengenangkan hal itu rasa sangat bertuah dan syukur pada Allah atas rezeki yang dikurniakan..


here we are at Holiday Villa Hotel,Madinah al Munawwarah


Bila dah masuk bilik kami unpacked lah barang yang diperlukan sahaja di Madinah..mengikut plan pihak travel agensi,kami akan stay di Madinah 3 hari sahaja dan 7 hari selebihnya akan berada di Mekah.so better jangan unpacked semua barang nanti susah pulak nak kemas.Mak dan Ayah masa ni dah keletihan dan mereka memerlukan rehat..Kitorang bertiga pulak tak mengantuk dah,so we decide untuk terus ke Masjid Nabawi untuk bersolat sunat dan melakukan ziarah ke makam nabi..


Jarak dari Hotel ke Masjid Nabawi dah tak jauh..dalam 10 minit berjalan kaki sahaja..kami just tengok landmark betul betul untuk memastikan tak sesat nanti untuk kembali semula ke hotel..susun atur jalan kat sini semuanya berpetak petak so senang nak ingat..Insya Allah kami tak akan sesat..Bila dah sampai masjid Nabawi rasa sangat teruja tengok masjid yang dibina indah..sekali lagi hati aku tak putus putus bersyukur poada Allah..sebab dengan izin Nya lah kami sekeluarga dapat ke sini.


Masjid an-Nabawi (Arab: المسجد النبوي‎ al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam.Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba.


Mungkin sebab dah lewat malam so tak ramai orang membanjiri kawasan masjid..so kitorang just ambil ambil gambar depan masjid sebelum masuk..Suhu memang panas membahang.tapi kami kena biasakan diri..42 darjah selsius ialah suhu yang sangat panas dah bagi kita rakyat malaysia yang tak biasa ni..tapi panas kat sana panas kering.Bukan lembap macam tempat kita.Masjid yang dulunya dibina dengan batu bata  tanah bakar serta atap-atapnya yang terdiri daripada pelepah-pelepah tamar kini tersergam indah di depan mata..


waktu tertera jam 2.02 minit pagi 30 Julai 2011 bulan Julai.


aku dan abang zali depan masjid Nabawi di menara utama pintu King Fahd


Masjid ini sangat besar.dan ada banyak pintu juga.Kitorang cari Babussalam sebab dalam buku panduan kata kena cari pintu ni ada doa disediakan..Pintu babussalam ni sebenarnya akan membawa kita teus ke tempat makan Rasulullah..Para jemaah lelaki disarankan memasuki Masjid Nabawi melalui pintu BabusSalam sambil membaca "Allahhumma Antassalam wa minka salam ...".Pintu ini terletak di sebelah kanan masjid. Untuk sampai ke pintu ini jemaah terpaksa membuat satu pusingan - agak jauh berjalan baru sampai ke pintu ini. Kedudukan masjid dekat dengan hotel penginapan, tetapi untuk pergi ke pintu Babus Salam, agak jauh.Kitorang sempat melawat makam rasulullah dan membaca doa di depan makan rasulullah..ada air mata bergenang bila melihat makam rasulullah..seolah olah terimbau kembali segala perjuangan baginda semasa baginda masih hidup dalam memperjuangkan syiar islam sehinggalah Islam mencapai tempat dan darajatnya seperti pada hari ini..


Berdekatan dengan makam Rasulullah ada satu kawasan yang di namakan RAUDHAH(TAMAN SYURGA)..Raudhah adalah satu tempat yang sangat mulia di dalam Masjid Nabawi. Selain menjadi lokasi Rasulullah SAW dan para sahabatnya beribadah dan tempat turunnya wahyu kepada baginda, ia juga merupakan taman syurga. 

“Ruang antara rumahku dan mimbarku adalah satu taman daripada taman-taman syurga. Dan mimbarku terletak di atas kolamku”-Rasulullah s.a.w riwayat bukharu dan muslim
 
Kedudukan Raudhah adalah di antara rumah Rasulullah SAW dan Sayyidatina Aisyah RA dengan mimbarnya. Panjangnya ialah 26 meter jika diukur dari timur bermula dari rumah tersebut hingga ke mimbar di sebelah baratnya.Tetapi sekarang hanya tinggal 22 meter kerana telah disekat dengan pagar makam. Lebarnya pula 15 meter bermula dari Mihrab Rasulullah SAW di sebelah selatan hingga ke akhir rumah tersebut di sebelah utara mengikut pendapat yang masyhur di kalangan ulama’.Sebagai tanda, tempat ini dihampari dengan karpet berwarna putih hijau.lampu yang tergantung di kawasan raudhah ni pun lain..sempat lah aku,abang zali dan abang shuk solat sunat di kawasan ini..dan berdoa apa yang patut.Ini merupakan kawasan suci yang snagat mustajab untuk berdoa..sepatutmya ambik gambar pun tak boleh tapi aku bawak masuk jer DSLR dalam beg.pandai pandai korang lah ya.


Selesai solat dan berdoa di Raudhah kami berjalan di sekeliling kawasan masjid sementara menanti waktu subuh..di kawasan keliling masjid juga banyak disediakan air zam zam dari Mekah..masjid ni sangat luas hingga kitorang macam dah kehilangan arah macam mana nak balik ke Hotel..plan asal kami ialah nak pulang ke hotel dan bawa mak dan ayah sekali ke masjid Nabawi..agaknya Allah tak izinkan sebab kami macam sesat tak jumpa jalan nak pulang ke hotel..azan subuh sudah berkumandang..di madinah azan sebelum subuh akan dilaungkan sejam sebelum subuh dan satu lagi azan pada waktu subuh..subuh dalam pukul 4 pagi lebih macam tu..so kami decide untuk terus stay di masjid sahaja sehingga habis solat subuh.


Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda : 'satu sembahyang di masjid ku ini lebih afdhal daripada seribu sembahyang di masjid lain kecuali masjidil haram;..Alhamdulillah..kami dapat bersolat di Masjid Nabawi..yang punya banyak kelebihan dan fadhilat tersendiri..Cukup lah dulu entri pembukaan trip umrah ziarah madinah/mekah.next entri aku akan cerita banyak lagi perkara yang berlaku di Madinah ni termasuklah ziarah ke beberapa tempat penting seperti ke Masjid Quba, Pasar Kurma, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain dan lain-lain

*akan bersambung..

Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang bermaksud: “Janganlah memberatkan untuk mengadakan perjalanan kecuali ke tiga masjid: Masjidil Haram, masjidku (Masjid Nabawi di Madinah), dan Masjidil Aqsa. Solat di Masjidil Haram lebih utama daripada seratus ribu kali solat di masjid lain kecuali di Masjidil Aqsa.” (Riwayat ad-Darimi, an-Nasai’ dan Ahmad)

4 comments:

Mie said...

Salam Azim,

Saya bersama anak2 dan isteri mengerjakan umrah pada tahun 2008. Tak terhingga bahagianya bila sampai di sini...

Warna Warni said...

sebak lak rasa..

Leez M. Saaid said...

menitis airmata baca entry ni...coz sy amat merindui tempat ini. Semoga Allah makbulkan doa2ku. Insya Allah.

mama salina said...

Alhamdulillah harap saya dan keluarga dpt sampai ke sini juga.insyaAllah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails