Followers

Tuesday, December 6, 2011

KETEMU PENGANTIN BARU @ SATAY STATION KG.PANDAN DALAM,AMPANG

Jom kita sambung lagi entri makan makan.

4 DISEMBER 2011

Sambungan entri sebelum ni.Daripada Restoran Wong Solo aku,azuan dan Kak Leez bergerak ke Satay Station Kampung Pandan Dalam untuk bertemu dengan Pengantin baru,kenalan rakan blogger jugak.diorang cuma free pada pukul 6 petang.Busy sangat kan.So here we are at Satay Station Kampung pandan Dalam.


This is not the first time aku datang sini.sebelum ni dah berkali kali jugak datang.lepas harga satay makin naik dan naik terus rasa malas nak makan kat sini.tapi kali ni entah tetap singgah jugak walaupun harga satay satu cucuk dah naik RM1!!!!!!.believe it or not,memang dah naik RM1!Memang mahal gilo.


tengok saiz pun tak padan RM1.huh.Mahal!!Mahal!!Mahal!!Killl Kill Kill Die!


Takpaa lah.dah sampai pun at This Restaurant.aku,azuan dan Kak Leez sampai awal 10 minit.Time ni Restoran baru jer bukak untuk bisnes.Terus la dapat cop tempat kat atas Rumah.duduk bersila lagi lah di meja bulat.selesa pun selesa untuk kami semua yang berbadan comel ni.Order air dulu dan dari Gambar di atas anda semua dapat melihat betapa seibuknya seorang blogger pemes ya.Muka beliau sekarang ni asyik terpampang jer di mana mana..apa?tak kenal dia?pi masuk blog dia syarliz.blogspot.com untuk memulakan perkenalan dengan beliau.


Akhirnya Pengantin baru yang ditunggu tunggu pun Tiba.Inilah dia,Zul dan Buzu baru sahaja melansungkan perkahwinan mereka seminggu yang lalu.sebab kami tak dapat attend dia punya majlis tu yang kami nak jumpa sendiri ngan pengantin nak bagi hadiah by hand.lagi eksklusif kan kan kan..Lagipun boleh la lepak makan sama sama skali.yang bestnya empat empat orang semua macam sedondon.agak kelihatan berpakat di situ walaupun pada hakikatnya semuanya adalah kebetulan semata-mata.


Buzu boleh pulak bawak cupcakes butterscotch dan Red Velvet.nama Red velvet adalah way too luxurious..dia kata beli ngan groupon so ni baru jer ambik dari pembuatnya..Alhamdulillah ada rezeki kami semua.Aku teruja nak rasa kek Red Velvetnya.


Red Velvet Cupcake!!yang atas tu cream Cheese.erggghhhh tak minat.


Satay yang ditunggu tunggu telah tiba.dan memang dari segi pengamatan aku rasanya dah kurang sedap berbanding dulu,dan saiznya makin kecik,yet dijual pada harga RM1 secucuk!serious aku rasa macam mahal dan tak berbaloi..rasa perapannya pun dah kurang.dah tak juicy.sedihnya..tapi orang sentiasa ramai jugak.


Satay Station ni rasa sataynya ok ok lah..cuma bab kuah totally they cant compete with kuah satay haji samuri.Kuah satay haji samuri ialah kuah satay tersedap aku pernah jumpa setakat ni.depend pada favourite korang lah.tepuk dada tanyalah selera.duit kita pilihan kita okehhh.

 Harga:

Satay Ayam-RM 1.00 secucuk
Satay Lembu-RM 1.00 secucuk
Satay Hati- RM1.50 secucuk
Nasi Impit, bawang, timun- RM2.00 perset
Mee Rebus-RM6.00 semangkuk

Alamat:

Satay Station Kg. Pandan
No. 55 Jalan A, Kg Pandan,
55100 Selangor Darul Ehsan.
Operation Hours : 4pm to 12am
03 92846607/019 3836607

Ok jom kita berbalik pada topik asal.


Sambil makan satay sambil lah berborak dengan pengantin baru..Alhamdulillah akhirnya mereka berdua selamat di ijab kabul kan.aku kenal Buzu dan Zul zaman diorang bercinta tak kawen lagi.First time met them on Trip Port Dickson May 2011 yang lalu.Tahniah wei buat korang berdua!moga berbahagia ke anak cucu..aku doakan kalian baik baik saja hendaknya.This married couple adalah sangat sesuai dan cocok bagi aku.ada jer mender lawak depa berdua ni bergurau.match made in heaven kata mereka.hehe


see i told you!baju macam sedondon.memang tak plan lansung!Coincidentally sangat!


Sessi berbagi hadiah kepada pengantin baru.maaf lah hadiah kecik jer.


aku tak mampu nak beri hadiah pembalut burberry..blogger pemes jer mampu..


Kepada Buzu dan Zul,selamat Pengantin baru sekali lagi aku ucapkan!!Semoga rumahtangga ampa aman damai dan sentosa.Doakan aku agar cepat cepat da[pat jodoh yang sesuai dengan jiwa dan ragaku..jumpa ni kira nak ambil berkat sekali lah mana tahu turn aku tahun depan pulak ker.Only God Knows..Then dari Satay Station kami berpisah di kala Hujan lebat sedang turun membasahi bumi..Waktu dah maghrib so singgah di Majid Nurul Hidayah Ampang dulu untuk solat,Then sempat buat urut kaki refleksologi di Galaxy Ampang sebelum aku terus menuju ke Puduraya menaiki Bas pukul 10pm ke Penang..Thank you so much Guys!

*Special Thanks to Azuan dan Kak leez yang facilitate me well throughout the weekend!Insya Allah nanti kita akan jumpa lagik..thats what friends are for right??:)

"Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari" - ( Saidina Ali)

5 comments:

::FAIZ:: said...

i love satay

Leez M. Saaid said...

blogger tu hanya mampu beli pembalut burberry...tapi nak beli barang burberry yg ori pun tak mampu untuk diri sendiri...camno tu?

Wa said...

Mahalnya..satay RM 1- paling mahal pernah makan pong 60 seng je..:)

+ mika + said...

attention
kepada semua kawan2 yg mengenali mika...sila update link di blog yg baru ye...mika akan delete blog ni tak lama lagi...harap korang dapat update a.s.a.p...hope sgt2 dpt keep in touch ngn u all dlm blog yg baru...link blog tu :

bumbumbee-tira.blogspot.com

p/s - please, please, please update...xnak kehilangan u all semua...

sudipVSsenduk said...

kuah satay dia kacangnya kasar2 & oily..tak bes. Cuba try Satay Zaini dkt Jalan Kerja Ayer Lama, Ampang, depan Menate Steak House dkt dgn SPCA selangor & KL International School.. Satay terbaik lepas Hj Samuri (pd saya la)...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails