Semalam aku cuti satu hari.Hari ni kembali bekerja di hujung hujung tahun..lagi tiga hari 2011 bakal berakhir..So kerja je lah mana yang sempat.
In fact ni cuti aku yang semalam tu cuti yang terakhir untuk tahun ni..Bukan banyak sangat cuti tahunan yang ada..dah habis banyak sebab pergi Umrah di awal Ramadhan yang lalu..Dua hari lepas kami sekeluarga bertolak dari Kemaman ke Kuala Lumpur sebab ayah ada appointment di Institut Jantung negara semalam..so kami stay di The Zone sebelah KLCC,apartment situ sesuai untuk family besar macam kitorang.
ada dua bilik siap ada dapur boleh memasak.Ruang tamu pun luas.
Bangun pagi pagi dan aku hantar Kak Tie ke tempat exam.dia ada exam hari ni.Abang Shuk pula ada Course.so Alhamdulillah nasib baik aku ambik cuti sebab aku jer yang available untuk hantar ayah ke IJN kejap lagi..View kat atas ni view dari apartment yang kitorang stay,1108..quite confusing jugak actually stay di The Zone sebab Lifnya banyak ikut zon zon yang ada.kena ingat bebetul kat mana lif yang akan bawa naik ke partment yang di sewa.
Balik dari hantar Kak Tie terus ke tempat sarapan pagi..tak banyak sangat variety makanan yang ada di The Zone KLCC ni..boleh lah..layan si Adam Syahmi makan kejap then aku tinggal diorang bersarapan pagi dan terus bawak mak dan ayah ke IJN..sebelum ke IJN sempat lah kami ke Chow Kit mak nak cari halia bara nak buat ubat..Then terus ke IJN jumpa doktor dan ambik ubat..After appointment terus balik ke The Zone apartment untuk Check Out.memang kitorang stay satu malam sahaja.
Lepas Check out kitorang ke IJN semula sebab mak nak ambil ubat ayah.elok juga macam tu sebab boleh tunggu kak Tie habis exam pada pukul 4 pm..masing masing kelaparan sebab tak sempat lunch tadi,since time constraint dan tak dapat nak stay lebih dari waktu Check Out di The Zone..so what to do tapau jer lah makanan Tengahari yang ada.Dan kitorang ke Taman Tasik Titiwangsa untuk Lunch.Late lunch la kan kalau dah pukul 5 pm macam ni.
jom kita lunch..lapar ni wehhh
Ni je lah ahli keluarga yang ada di KL buat masa ni.abang jalee dan kak la balik Kota Bharu, Adik da pulak tengah tunggu due nak bersalin anak kedua,kak Ija di Mesir,dan Faiz pula ada di Nilai..Kak Ina as usual lah sibuk dengan business dia di Dungun mana boleh tinggal.takpaa mana yang sempat je lah.at least ada orang teman ayah dan mak sampai ke KL ni..
Sedikit perkembangan pasal ayah - tadi masa appointment di IJN doktor tu kata ayah macam takder pilihan lain dah melainkan kena buat Bypass surgery jugak memandangkan jantung memang ada block di saluran utama..kalau tak buat jantung makin lama akan lemah dan boleh kena heart attack bila bila masa..ayah hold dulu sebab nak kena bincang dengan doktor Razali pakar Nefrologi,nak bincang tentang komplikasi yang akan timbul kalau buat operation bypass..apa apa pun aku doakan yang terbaik untuk ayah..semoga ada penyelesaian yang terbaik nanti dari pakar pakar yang bertanggungjawab.Insya Allah.
Lauk lunch ada yang beli dan ada yang sempat masak sendiri kat apartment the zone tadi.masak sardin dan Goreng telur jer.tu pun dah cukup sedap.lama tak makan sardin so bila sekali makan rasa best pulak..
part yang berebut rebut ni yang paling best dan dirindui..
Adam syahmi sekarang bukan main lagi..dah pandai demand nak itu ini..dia nampak ada orang jual belon BEN10 kat satu sudut hujung gerai mula merengek rengek ngan ayah dia mintak suh beli.Ayah mana tak sayang anak so pergi lah layan beli jugak..janji puas hati..dah boleh berjalan dan dah boleh bercakap sikit sikit dah dia sekarang..nampak bola mesti sebut ball.hehehe..budak budak memang cepat membesar kan..
pengawal keselamatan naik kuda ronda ronda.Hebat!!
Lepas dah siap makan it's time to say goodbye..Aku akan balik ke Penang..Ami akan balik ke Terengganu..Mak,ayah dan abang Shuk akan ke Kemaman,balik rumah..so lepas dah berpisah ni aku hantar kak tie ke rumah,hantar adik ke rumah kak esah,Then hantar Ami ke Hentian Putra dia nak balik terengganu..so dalam pukul 10 malam jugak aku balik ke Penang..baru sampai Hentian Rawang dah tertidur sampai jam 12am!!memang aku drive malam tadi ngantuk ngantuk dan Alhamdulillah sampai Penang jam 6.30 pagi so terus siap siap pergi kerja jer.
*Dan hari ni aku sangat mengantuk menyiapkan kerja kerja Opis.What to do.Dah tanggungjawab.Tapi syok kerja hujung hujung tahun ni sebab orang tak ramai sebab semua sakan duk bercuti.so tak lah pressure sangat.Boleh lah curi curi tidor dalam opis.heheheee..Kantoi.
3 comments:
Tengok adam syahmi al-wafiy persis umar shadiq. Satu persamaan antara depa yg ketara sangat. Outih bulat pot pet pot pet. Aku rasa semua budak2 mcm tu kot. Semoga pak ashaary selamat hendaknya dan kuat.
Suka tengok happy family macam ni...
Wah..bestnya blog macam ni. Cerita pasal tempat-tempat menarik. memang saya tengah cari info pasal hotel the zone sekarang ni..
Budak tu cute betul..putih melepak! Semoga ayah encik cepat sembuh Insya-Allah :)
#Oh ye, katanya Kak Ina ada business kat Dungun? bisnes apa ye? Kebetulan saya duk kat Dungun :)
Post a Comment