Sekarang ayah masih berada di Hospital Kuala Lumpur.
Dan mak lah yang menjadi peneman setia ayah..ayah kena admit di HKL since awal January yang lalu, sebab instrument untuk hemodialisis khas untuk ayah masih belum tersedia di Hospital Kemaman.Thats da reason why ayah kena refer ke HKL..jadi rutin mingguan sekarang adalah turun ke KL untuk lawat ayah disamping join mana mana event larian yang ada.
So far so good lah keadaan dia.cuma yang paling kami sekeluarga risau sebab ada blockage kat Jnatungnya..masa buat Checkup di IJN hari tu Doktor dah sarankan supaya ayah buat Bypass surgery..tapi ayah still tak beri keputusan untuk buat atau tak..most probably belum lagi buat masa ni.cuma risau kalau jantungnya makin lemah dari sehari ke sehari..tak pernah aku putus berdoa agar Allah mempermudahkan urusan kami sekeluarga dalam menghadapi ujian ini.
Surah al-Baqarah ayat 214 yang membawa maksud “Apakah kamu mengira akan masuk syurga sedangkan belum datang kepada kamu ujian sebagaimana halnya orang terdahulu sebelum kamu. Mereka ditimpa malapetaka dan kesengsaraan serta digoncangkan berbagai dugaan, sehingga berkatalah Rasul dan orang beriman bersamanya, bilakah datangnya pertolongan Allah. Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat.”
Hospital Kuala Lumpur memang dah dekat dengan Pasar Chow Kit..Masa awal bulan januari (1 January 2012) kitorang sempat bawa mak beli buah kat Chow Kit..Buah kat sini memang murah murah dan banyak pilihan..mak memang rambang mata lah bila tengok buah buah yang murah..cari halia bara sekali untuk buat ubat ayah..abang shuk,kak feeza,Faiz dan aku yang ada sekali kali ni.
kami cari Nasi Lemak atan sebelah Citi villa Hotel.Dulu masa kecik kecik ayah selalu ada kursus stay di City Villa Hotel..masa tu namanya bukan City Villa lagi,namanya Asia Hotel..so sebelah this hotel ada sebuah kedai nasi lemak yang bungkus kecik kecik..kedai nasi lemak atan ni masa tu just sebuah gerai kecik sampai lah sekarang dah cantik..siap ada skrin lampu LED kalerful lagik..time really flies..
harga sebungkus RM0.80..dulu RM0.50.naik sikit lah sekarang..
azim bersama ibu tercinta
abang shuk dan isterinya, Kak Feeza..sakan makan tu
faiz adik bungsu ku daripada USIM,Nilai
Durian yang maantap beli kat pasar Chow kit..suh dia belah siap siap dan per isikan durian ni letak dalam polistyrene siap siap..baru senang nak makan..sedap jugak!aku rasa lah seulas dua sebab bukan peminat tegar durian.
Sup ayam pekat..sup berempah.sedap jugak!!
Man Sup - apa sup yang takdak kat sini..semua ada siap dengan harga..Order je
nampak macam mengerikan jer..tapi bila dah msuk dalam kuah sup berempah tu sodappp sangattt
seronok makcik ni taw orang duk ambik gambaq dia..
depan gerai sup ni ada satu lagi gerai sup..tapi abang shuk kata gerai sup Man tu jer sedap.yang opposite tu tak sedap.walahualam.tak pernah try pulak yang gerai lagi satu..
Balik dari pasar Chow Kit bawak balik Nasi Lemak untuk ayah..sekarang ni bab makan memang tak berapa boleh nak control ayah makan..memang ayah tak makan banyak..just rasa rasa sahaja.tapi kondisi ayah sekarang tak berapa bagus untuk dia makan semua benda..kalau tak bagi dia merajuk..mula merajuk dengan mak kata mak tak bagi dia makan..so what to do kitorang kena bagi lah jugak..tapi berpada pada lah.apa apa jadi Nurse ramai kat luar bilik wad tu.
boleh lawat ayah time weekend sahajalah..time weekday kena balik Penang sebab kerja..this coming weekend is a long weekend since Cuti sempena Chinese New Year..boleh lah datang bertandang lagi ke HKL untuk lawat ayah..dan most probably ramai ahli keluarga akan ada sama weekend ni..Happy weekend yan semua!esok aku kan ke KL lagi..wish me a safe journey.:)
Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta. [al-Ankabut: 2-3]
2 comments:
salam,wah kami yg duk kl pon tak tau ada nasi lemak n sup sedap kat chow kit tuh...kena cari nih..hehe
sup tu nampak sedap
Post a Comment