Pagi tadi sempat berlari kat PISA.4 km sahaja..terima kasih pada yang jadi teman masa saya berlari tadi..then kami ke Taman Sardon dan sarapan pagi..first time aku makan mee wantan kat situ..kalau tak mesti pekena kueytiow sup sri buana jer..sekali sekala tukar angin apa salahnya kan.Then lepas balik rumah aku terlelap sekejap.penat berlari kononnya..terjaga pukul 12 pm lebih dah..terus bersiap siap sebab aku nak bergerak ke KL..Ayah still ada di wad Nefrologi HKL.so tak perlu lah balik kampung.
Perjalanan smooth..Alhamdulillah..nak menuju ke KL memang agak lengang jalan raya..yang agak jammed kereta menghala ke utara.memang sangat jammed sebab semua nak balik kampung sempena cuti hari raya cina 23 dan 24 Januari 2012..cuti panjang..memang sesuai abadikan masa untuk bersama sama keluarga..Aku just berhenti rehat untuk makan dan solat di RNR Tapah sahaja..Then terus menuju ke Wad ayah di HKL..Alhamdulillah sempat bertemu muka dengan Kak Ina yang kebetulan dah balik petang tadi ke Dungun..ada rezeki aku pass kan souvenir dari Medan Indonesia untuk dia..anak anak kak tie semua dah ada di KL dari kemasek..Ami dan Faiz pun ada.so memang meriah lah wad ayah kali ni.Nurse tak cakap nak geleng kepala dah.nak buat camana.jenis keluarga besar.
Keadaan ayah sekarang di tahap stabil..jadual hemodialisis seperti biasa lah 3 kali seminggu..cuma apa yang berlaku sekarang BP ayah akan jatuh lepas cuci darah..masalah jantung pun sama..semoga keadaan akan baik baik sahaja..hopefully cepat lah Hospital Kemaman purchase mesin Hemodialisis yang compatible dengan ayah.so boleh balik kemasek dan tak perlu tinggal di wad HKL ni lagi..sebagai anak aku doakan yang terbaik untuk ayah..semoga ayah boleh cepat cepat discharge dari sini..Insya Allah.
Entah macam mana tadi boleh pulak mencelah ke SOGO sekejap..saja nak menjengah.sekali ada sale pulak..dari 8 Januari - 8 Februari 2012.sempena Chinese New Year lah ni..tapi aku tak beli apa pun.tak ada mood nak shopping.kang kalau ada mood habis pulak duit..nasib baik.Phewww..
Sempat juga jogging di taman Tasik Titiwangsa..ok jugak trek di tasik titiwangsa ni.cuma orang sangat ramai bersiar siar di sini sampai nak berlari pun payah.just buat light run jer 5 KM..cukup lah tu.aku nak kena celah jugak berlari sebab bila stay ngan family aku tak pantang makan..aku bedal jer apa yang ada.takut terlebih kalori intake pulak..cubaan nak hidup dalam keadaan yang healthy.
besar besar alam Gong Xi Fa Cai di Bangunan UMNO KL..
Dan malam ini aku bermalam di wad ayah..orang lain balik tidur di rumah kak tie..sekali sekala aku datang apa salahnya teman mak di sini.at least ada apa apa yang ayah nak aku boleh tolong.Beri peluang mak untuk berehat lebih lama..Mak dan ayah dah tidor pun masa ni..sayu hati melihat dua tubuh itu sedang tidur..dua tubuh itu lah yang telah membesarkan kami 9 beradik tanpa kenal erti penat dan lelah.dua tubuh itu lah yang mencurahkan segala kasih sayang tanpa syarat pada keluarga sehingga kini dan dua tubuh itu lah lambang cinta sejati yang takkan pernah padam sampai hari ini..Ya Allah, Demi segala Zat dan Kemuliaan Mu, Kau jadikanlah kami anak-anak yang soleh dan solehah yang mampu untuk berbakti kepada kedua orang tua kami..Dan Kau kasihanilah mereka sebagaimana Mereka berdua mengasihani kami sejak kami kecil hingga sekarang..Ameen.
"Dan kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya, ibunya telah mengandungnya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan (dari awal mengandung hingga akhir menyusunya) dan tempoh menceraikan susunya ialah dalam masa dua tahun (dengan yang demikian) bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapa mu dan (ingatlah) kepada Akulah jua tempat kembali (untuk menerima balasan)." (Surah Luqman ayat: 14)
No comments:
Post a Comment