Assalamualaikum.
Hujung minggu ni aku habiskan di Kuala Lumpur.tak balik Kemaman sebab mak dan ayah masih berada di HKL..Pagi tadi sempat Jogging di PISA dan sarapan pagi di Taman tun Sardon..terima kasih pada yang teman..Then pukul 1pm baru aku bertolak ke KL..drive.malas nak naik bas.lagipun cuti panjang sebab suti Chinese New Year pada 23 dan 24 Januari..Ayah so far Alhamdulillah.keadaannya stabil..
Di kesempatan yang ada aku nak sambung lagi kisah percutian ke Medan Indonesia pada awal Januari yang lalu..percutian masuk hari yang ke dua.Jom kita layan.Zasssss..
7 JANUARI 2012
Pagi di Hotel Niagara, Danau Toba..Rata rata Hotel di kawasan Lake Toba ni tak ada pendingin udara.sebab cuacanya sudah semulajadi sejuk..bangun pagi tadi pun rasa sangat nyaman..selesai solat subuh terus mandi dan bersiap siap untuk bersiar siar di kawasan hotel.nak ambik angin pagi..
Matahari mula nak memunculkan diri..
Overall aku suka environment di Niagara Hotel ni..siap ada private taman khas untuk pengunjung hotel sahaja..dari kawasan tepi swimming pool dapat lihat keindahan lake toba yang luas terbentang..saujana mata memandang..ingat nak swimming pagi ni tapi masa tak mengizinkan sebab banyak agenda lagi yang perlu di utamakan..masa jalan jalan tepi ni terjumpa satu group chinese dari Malaysia..minta sorang amoi ni ambik gambar kami berempat..kenangan di Niagara Hotel.
Dah puas ronda ronda ambik gambar it's a breakfast time!!lapar!!
Tiada buffet di hotel ni..ala carte..boleh pilih nak makan apa ikut menu..yang bestnya sebab sarapan pagi tepi swimming pool..kalau ikut tempat makan nya berdekatan dengan lobi.tapi kami dimaklumkan untuk bersarapan pagi di sini..ok lah.janji pemandangan cantik..baru feeling bercuti tu lebih..:)
and now breakfast is served..let's eat!!
dah berada di Indonesia so kami ambik set Sarapan Pagi Indonesia yang boleh pilih sama ada nasi goreng, mee goreng ataupun Bihun Goreng..aku ambik nasi goreng,azuan dan nani ambik bihun, Kak Leez ambik mee goreng..set dihidangkan sekali dengan teh atau kopi.Rasa makanannya biasa sahaja.boleh la makan.takde lah sampai aku rasa macam sedapp giler.apa apa pun syukur rezeki dari Allah.
semua khusyuk mengadap makanan..
Usai sarapan pagi kitorang terus balik ke bilik untuk siap siap kemas barang sebab pagi ni terus Check out dari Niagara Hotel..kami akan ke Pulau Samosir sebentar lagi..sempat lagi kami melihat pemandangan di sekitar kawasan Hotel..oleh kerana this Hotel lokasinya paling tinggi berbanding hotel hotel lain, maka pemandangannya sangat lah indah..serius rasa macam kat negara omputeh.:)
Pak rizal sudah tunggu kami semua di lobi hotel..terus Check out dan minta tolong sorang pakcik di lobi ni ambik gambar..pakcik tu pekerja hotel jugak.bukan main lagi bagitau kami nak pose ambik gambar camana.hehe.mesra sangat..aku tak ada apa komen about this niagara Hotel,memang nice dan ok untuk stay..cumanya tak berapa best sebab wifi server down masa ni.kalau tak dah menghampiri perfect lah aku nak rate.heheehe..depends on someone priority sebenarnya.
Dari hotel pak rizal terus bawa kami ke Jeti untuk ke Pulau Samosir..pak rizal tak turut serta dan akan tunggu di jeti tigaraja ni sahaja..ada signboard yang akan bagitau masa untuk bertolak.tapi as usual lah.takder maknanya diorang akan patuh pada masa yang tertera..kitorang naik this kapal takder orang lagi..so mesti kena tunggu..
Samosir, or Samosir Island, is a large volcanic island in Lake Toba, located in the north of the island of Sumatra in Indonesia. Administratively, Samosir Island is governed as six of the nine districts within Samosir Regency. The lake and island were formed after the eruption of a super volcano some 75,000 years ago.The island was originally connected to the surrounding caldera wall by a small isthmus, which was cut through to aid navigation.
Boring duk tunggu ambik gambar lah dulu..
Bila lama sangat tunggu terus rasa bosan..dekat satu jam jugak kami menunggu..sebab nak tunggu passenger penuh..tiket 5 ribu rupiah setiap kepala..aku tengok dalam kapal ada diorang bawak motorsikal jugak.actually kalau nak bawak kereta ke Samosir Island pun boleh tapi kapal yang lain..sebab nak singgah sekejap sahaja so tak perlu lah pak rizal bawa keretanya masuk ke samosir..cukup kami berempat sahaja lah.
Iklan sat.ni travel charger yang aku selalu bawak kalau pi travel.sangat lah berguna.battery bank yang boleh caj sampai 3 kali..battery bank ni asalnya di design untuk iphone tapi sekarang dah macam macam device boleh pakai..untuk blackberry pun boleh.since aku pakai sim kad Indonesia dan subscribe blackberry punya service so senang lah nak update aktiviti terkini dari negara seberang bila this charger ada..:)
Turun di Kampung Tomok, Pulau Samosir..First thing yang aku nampak ialah this parabola besar besar atas bumbung..puas lah depa ni tengok TV kan antena sebesar besar alam atas rumah.
Pulau Samosir ni memang menjadi tarikan pelancong sebab kat sini boleh dapat souvenir murah murah.even dari apa yang aku dapat tahu dari orang yang dah datang souvenir sini lagi murah dari yang terdapat di kota medan.satu lagi tarikannya ialah perkampungan batak..kat situ boleh tahu sejarah orang batak dan tengok budaya mereka macam mana.Kami kesuntukan masa so tak sempat nak mencelah tengok kampung orang batak.Just fokus untuk cari souvenir di sini sahaja.
jom kita cari apa yang patut kak leez!!
Barangan souvenir yang ada di sini standard lah kat mana mana tempat pun : T-shirt, barangan kraftangan, Fridge Magnet, Keychain, Ukiran kayu dan yang sama waktu dengannya..aku plan nak beli t shirt tapi kualitinya macam aku tak berkenan so tak jadi beli.Harga yang ditawarkan oleh peniaga sini melampau lampau.so sila lah tawar separuh harga.kalau diorang tanak bagi blah je.pi kedai lain.banyak lagi jual benda yang sama.banyak kedai kat sini..
cari punya cari akhirnya kami ter hook up di kedai amoi comey ni..baik budi bahasanya..nak tawar lebih lebih pun aku tak sampai ati..borong keychain dan fridge magnet kat sini..aku jugak beli baju untuk anak seddara yang masih kecil (Nurul,Adam dan Syifa serta qiadah).
Cuaca sangat panas.Layan teh botol dulu!!
Dah selesai urusan cari souvenir kami berempat straight away patah balik ke Pelabuhan Tigaraja..kak nani masa ni duk tahan nak terkucil pulak..ngam ngam kitorang sampai jeti Kapal menuju ke Pekan Parapat dah nak bergerak dah..Nasib baik atas kapal ni ada tandas di sediakan..fuhhh legaa...aku pun duk cari tandas jugak sebenarnya.sakan sangat minum teh botol sampai nak terkencing..Tambang balik 5 ribu rupiah jugak seorang.atas bot dipasang lagu ala ala lagu dangdut, maybe dangdut versi batak.layan jugak lah.sedap sedap lagunya..just enjoy the ride sedar sedar dah sampai seberang.
Suasana di depan pelabuhan tigaraja ni agak havoc,jammed dan bising sebab betul betul depan jeti ada pasar pagi..jual macam macam.tapi agak tak bersih lah dari pemerhatian aku..Pak Rizal just akan ambik kitorang depan pasar pagi ni jer.
Dalam masa menunggu pak rizal,tetiba kak leez beli pisang.suka benor dia makan pisang kan.
Lepas pak rizal dah datang ambik, ada permintaan dari kami untuk ke tandas..lansung aja pak rizal bawa kitorang ke Restoran Istana 2 tempat makan malam tadi..just nak tumpang tandas di situ.ok sangat tandasnya.Bersih dan mencapai piawaian. keluar dari tandas nampak peti aiskrim nampak macam sedap la pulak..so beli lah sorang satu aiskrim termasuk untuk pak rizal sekali..Nyaman sungguh rasanya!!
Dan perjalanan diteruskan..kami akan menuju ke BERASTAGI pulak..dalam 3 jam perjalanan, satu kawasan tanah tinggi di Medan.ala ala Cameron Higland kita lah.Cumanya di Berastagi ada dua gunung berapi yang masih aktif iaitu Gunung sinabung dan gunung sibayak.Selamat tinggal Danau Toba!aku rasa suatu hari nanti aku akan kembali lagi untuk menikmati keindahan Lukisan Alam Ciptaan Illahi..Insya Allah..
*to be continued.
5 comments:
tiber² nak tanya soklan terlari topic..
travel charger tu mcm menariks! beli di mana? bp harganya?
btw, bagus banget scenery di sana ya..
pernah ke sini masa belajar dulu, mmg best permandangan semulajadinya..
ARASH,
Beli kat kedai aksesori phone..
Sudip,
yup.agreed!!cantik bangat pemandangannya!
isk akak gi sana rasanya dah 15 years ago kot....
view tu memang awesome kan :)
* thx share tips travel charger tu...nak cari gak :)
Tour In Medan
- Makan Sedap .....
- Tidur Nyenyak .....
- Shopping Banyak .....
- Harga Murah .....
Nak tengok harga budget dan standard
Semua ada disini .....
Dapatkan penawaran khusus untuk paket grup / corporate
Call/WhatsApp : +62821 6201 7001
Email : tourinmedan@gmail.com
Atau Harga And Itinerary Boleh Tengok Di
http://agentpelancong.blogspot.co.id/2015/05/pakej-muslim-medan-4-hari-3-malam.html
Post a Comment