Tengahari semalam. Masa berada di Opis..Mak whatsapps aku. Bagitahu Mak Teh tak berapa sihat. dan minta hantar dia ke Hospital Besar Kuantan. Sekarang ni Mak Teh stay di Rumah Mak Har.. sebab at least ada lah orang yang boleh tengokkan dia.. Cuma semalam kesihatan Mak Teh tak berapa ok. Bila berjalan sikit terus rasa mengah.. tak boleh nak bernafas elok. mesti ada kaitan dengan jantung nya. Actually Mak Teh memang dah Buat Bypass Jantung 2 tahun lepas.. mungkin ini adalah efek daripada itu.
Habis kerja petang semalam bergegas lah aku ke Rumah Mak Har.. takut juga apa apa yang jadi lagi pada Mak Teh. Masa aku sampai Mak wook pun ada sama.. makan nasik dengan Kari ayam. Aku jamah la kari ayam sikit. Ratah lauk. Ada juga kek anak Mak Har buat. Rasa sepotong. Sedap.. Mak Teh nampak ok sikit. Boleh lagi habiskan Kuey Tiow Goreng sepinggan..so kami decide untuk siap solat maghrib dulu kemudian baru bertolak ke Kuantan.
Selesai Solat Maghrib, aku ambik kerusi Roda untuk bawa Mok Teh ke kereta. Dan waktu itu lah tiba-tiba air mata aku menitis. Sebab aku sangat teringat pada arwah ayah. dulu arwah ayah naik kerusi roda lah ke sana dan kemari di hujung hujung hayatnya. Aku ingat aku kuat. Tapi malam ini kerusi roda itu tumpaskan aku.. Al-Fatihah untuk arwah ayah. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas roh arwah ayah. Ameen.
Bertolak terus ke Kuantan. Mula-mula abang Jalee sahaja nak ikut. Bila Mak Teh tanya mak taknak pergi ker, Mak jadi serba salah. Mak terus masuk rumah siap siapkan bekalan apa yang patut dan ikut sekali. so kami berlima lah pergi. Aku, abang Jalee, Mak Har, Mak Teh dan Mak. Alhamdulillah perjalanan dipermudahkan..Cuma masa nak sampai Hospital Tunku Ampuan Afzan tu banyak jalan tutup sebab ada renovate jalan barangkali. tapi tak mengapa lah. selamat sampai semuanya.
Kami terus menuju ke Bahagian Kecemasan. Ada pembantu perubatan bertugas ambik Mak Teh naik kerusi Roda. Bila nak masuk sini tiba-tiba mak teh susah nak bernafas.. masuk dalam zon separa kritikal dulu. Keadaan makin jadi teruk. Mak Teh dah gelisah sebab susah nak bernafas. siap doktor yang ada kat situ kena marah lagi.. Teringat pada arwah ayah.. dulu arwah ayah pun sama juga. Marah pada doktor. Sebab bila dah sakit rasa tak tahan tu yang doktor jadi mangsa.. kesian doktor. Tapi kena faham lah. Orang sakit. tak nampak cara lain Doktor pindahkan Mak teh ke bahagian Zon Kritikal. Takut kami tengok. Berdoa saja lah mudah-mudahan tiada apa yang serius berlaku.
Lama juga Mok Teh dipindahkan masuk ke Bahagian Zon Kritikal ni.. tak tahu lah apa yang doktor buat kat dalam tu. apparently bahagian Kecemasan Hospital ni tengah renovate. jadi keadaan agak tak berapa selesa lah. what to do. kena faham lah kan.. waktu ni dah jam 12 am lebih..Mak teh masih belum keluar dari zon kritikal.
Mak dan Abang Jalee sampai dah tertidur tidur.. aku pun nak tertidur tapi rasa lapar pulak..tak berapa makan betul lagi.. tadi dalam kereta bergurau gurau kata nak ke Tanjung Lumpur. Mana ada dah tanjung Lumpur punya ikan bakar jam 12am macam ni.. so aku pergi ke Hospimart beli air, buah dan kuih pau.. belikan sekali untuk diorang.. Hospimart sini 24 jam. jadi mudah lah nak beli makanan ataupun bekalan apa yang patut.
Makan Pau inti kelapa. biasanya tak suka pun inti kelapa. tapi sebab dah lapar belasah saja lah apa yang ada.. sembang-sembang dengan Mok Har juga masa ni.. cakap pasal kesihatan.. pasal nak turunkan berat badan.. pasal keluarga. dan macam-macam lagi lah.. Mak duk sibuk mengaji Quran pula bila dah terjaga dari lelap.
Dekat jam 2am juga Baru Mok Teh keluar dari Zon Kritrikal.. Alhamdulillah lega tengok Mak Teh dah kembali stabil.. Syukur banyak-banyak kerana tiada apa yang serius. Rupanya air masuk dalam paru-paru menyebabkan kesukaran untuk bernafas. a day before memang mak teh ada makan buah yang banyak air.. so lepas ni dia kena control sikit lah makan.. tak boleh nak makan sembarangan.
Mak Teh dimasukkan ke wad tingkat 7. Tengok macam ni memang aku teringat lah pada arwah ayah. dulu kami memang berkampung di HKL sana 5 bulan sampai lah waktu ayah menghembuskan nafas terakhirnya di situ masa tengah buat hemodialisis. Mak Teh ni adik ayah.. perangai pun sama macam arwah ayah. Tegas. dan banyak hal yang perlu kita cuba faham. Tambah-tambah pula bila sakit macam ni. HTAA ni juga simpan kenangan antara kami dan arwah ayah waktu masuk ICU sebelum dipindahkan ke HKL. OH Kenangan lalu. sentiasa menghambat kita walau di mana kita berada..
Dalam jam 2.45 am baru kami bergerak pulang ke kemaman semula.. Berat mata memandang berat lagi bahu yang memikul. semoga Mak Teh cepat discharge dan dikurniakan kesembuhan yang cepat..
sakit itu nikmat
sakit itu penghapus dosa (kafarah)
sakit itu ujian
sakit itu bukti cinta Allah
sakit itu ada hikmah yang kita tidak tahu
*Ujian sakit adalah guru yang tidak bercakap, tetapi ia sangat mengajar dan mendidik!
“Dan sesungguhnya kami akan berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang yang sabar iaitu orang yang apabila ditimpa musibah mereka mengucapkan, Innalillahi Wainna Ilaihi Rajiun, maka itulah mendapat berkat dan rahmat daripada Tuhannya dan mereka itulah orang yang mendapat petunjuk.”
(Surah al-Baqarah, ayat
155-157)
No comments:
Post a Comment