Sekali lagi kini kita berjumpa.
Semua telah jelas. Tiada apa lagi perlu diperkatakan. Cuma kita. aku dan kamu. Sama-sama memesan makanan kegemaran dan berbual seperti masa lalu. Tiada apa apa yang canggung. Dua kawan yang telah lama tidak bersua lagaknya. Seperti waktu lalu, saat semuanya indah dan tiada cela. Saat semua yang tercipta adalah memori yang mengukirkan senyuman lebar di wajah masing-masing. Saat kita mula memasang angan, akan tetap bersama hingga hujung nyawa walau badai sekuat manapun melanda.
Senyuman itu buat aku jadi rindu.
Dalam kehidupan, biasa kita akan menjadi orang asing. Asing terhadap diri sendiri. apatah lagi menjadi asing untuk orang lain. Itu perkara biasa. kerana manusia ini susah diramal. Adakalanya perkara itu cuma kecil. Tapi penerimaan masing-masing berbeza maka permasalahan juga akan berbeza. Bukan mudah untuk menerima perbezaan, dan tidak mudah juga untuk menerima persamaan. Kompleks. ya. Kita manusia. Ciptaan kompleks!
(Masih di ingatan makanan kegemaran dan minuman kegemaran!)
Terima kasih atas sebuah sayang yang tertunai membawa juta warna dan seri. Itu kurniaan Allah yang tidak terperi. Terima kasih hadir menjadi peneman hati saat hati ini tak tahu kemana lagi hendak dibawa pergi. Terima kasih jadi pembakar semangat ketika sebuah harapan mulai luntur dan pergi. Dan daripada semua ini, terima kasih kerana muncul dalam diri ini membawa berjuta harapan sehingga akhirnya aku mati kelemasan dalam angan-angan sendiri. Semua telah tertulis dalam takdir Illahi. Dan akhirnya kita sebagai Hamba Tuhan, hanya selayaknya akur dan sujud pada kehendak yang telah diberi.
Bayar bil di kaunter.
Dan semoga kita akan bersua lagi suatu masa nanti!
No comments:
Post a Comment