Followers

Friday, February 22, 2008

ComplicaTeD

Orang kata pompuan ni kompleks.maksudnya,mereka ni suka berpikiran dengan penuh kesulitan..bukan senang nak jumpa lelaki yang betul-betul dapat memahami kaum pompuan ni dengan sebetul-betulnya..kadang-kadang boleh dan kadang-kadang tidak...tak percaya?cuba tengok situasi ni:

  • pompuan tak kan suka jika lelaki membuatkan mereka tertunggu-tunggu..jika teman lelaki sampai lambat mesti mereka akan marah-marah dan membebel,tanpa menerima sebarang alasan..tapi kalau diorang yang wat lelaki tertunggu-tunggu,dan lelaki menegur kenapa lambat-pompuan juga akan membebel-bebel dan mengatakan lelaki tak reti bersabar dan tak cuba untuk paham mereka...adil kah?
  • bila lelaki tak memberi kahabar berita seharian di tempat kerja kerana sibuk pompuan mesti akan marah-marah dan mengatakan yang lelaki itu sudah melupakannya,ada pompuan lain kat opis dan sebagainya tapi bila lelaki memberikan khabar yang minimum(kerana sibuk dengan urusan kerja) pun pompuan mesti akan marah-marah juga kerana menganggap lelaki seperti layan mereka nak tak nak jer....adil kah?
  • pompuan amat pantang kalau lelaki seperti ragu-ragu ngan diri mereka,mereka akan segera mengatakan yang lelaki itu dah berubah,dah tak seperti dulu dan akan merungut-rungut.mereka juga akan mengamuk habis-habisan sebab tak puas hati ngan tuduhan lelaki.tapi kalau pompuan mensyaki yang bukan-bukan pada lelaki mereka juga akan mengamuk untuk memuaskan hati sendiri...ok ker?
  • pompuan mudah membuat pelbagai tanggapan terhadap lelaki,dan biasanya tanggapan itu adalah tanggapan yang kurang enak untuk di dengari,sedangkan bagi pihak lelaki sedikitpun tidak terpikir apa anggapan pompuan terhadap mereka..lelaki akan rasa hairan bila kadang-kadang tu tuduhan yang dibuat adalah tidak berasas sama sekali..hmm kompleks kan?
  • kebiasaannya bila selesai pergaduhan perempuan biasanya akan berkata 'ok,fine...',dan bila lelaki mendengar pompuan berkata begitu lelaki akan sangka segalanya dah kembali ok,walhal seminit kemudian pompuan akan kembali merungut-rungut atas dasar ketidak puasan hati mengatakan yang lelaki ni tak paham mereka dan sebagainya...macam mana tu?
  • pompuan juga akan berkata-kata ikut sedap mulut ketika marah tetapi sebenarnya mereka tak maksudkan pun apa yang mereka cakap..tapi kebanyakan lelaki akan bercakap setelah mereka betul-betul maksudkan apa yang diorang perkatakan..lelaki akan berfikir mengikut akal tetapi pompuan cenderung untuk berpikir mengikut perasaan...betul tak?
  • dalam soal berbelanja pompuan selalu cenderung untuk berhabis-habisan membeli barang-barang walaupun kadang-kadang tu kadar kegunaan barang tu adalah minimum sekali..bila lelaki tegur mereka akan jawab yang shopping tu terapi ataupun mereka akan kata shopping itu nikmat,tapi bila lelaki membeli barang-barang yang tak masuk akal bagi pandangan mata mereka pasti diorang akan kata lelaki tak reti nak menyimpan,suka membazir dan sebagainya..tak puas hati la senang cakap bila tengok lelaki membazir...bila lelaki tanya kenapa tak puas hati meraka pula akan kata 'biarlah saya tak puas hati,awak apa kisah??'....hussshhhh tak paham betul..

Tu contoh-contoh yang biasa berlaku dalam kehidupan seharian...banyak lagi contoh sebenarnya kalau kita nak kenali dan singkap tabir pengertian bagi makhluk yang di gelar pompuan ni..hmmm tak paham aku..tak paham..

*masih cuba nak paham pompuan..

2 comments:

Ted said...

besela tu, mana ada pompuan tak macam tu..well, lupakan tu semua kalau ngan pompuan..bertolak ansur je senang..hehehe

Anonymous said...

macam ku kenal je situasi dan ayat2 dlm tajuk complicated ni..hehe..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails