Followers

Wednesday, September 1, 2010

HARI KETIGA DI KAMPUNG : PART FINALE

Pejam celik pejam celik SEPTEMBER menjelma.

Selamat datang September.sebetulnya saya gembira menerima kedatangan september,kerna ia merupakan Bulan Kelahiran saya.

:)

Dan hari ini juga merupakan hari pertama saya bekerja secara solo di bahagian saya,sebab Boss lama sudah di tukarkan ke Johor Bharu..Moga saya mendapat pertolongan Allah dan pertolongan rakan rakan opis yang lain jika ada sebarang kemusykilan di tempat Kerja.

Ok nak sambung hari ketiga di Kampung sebelum balik ke Penang.

29 OGOS 2010

Pagi pagi bangun sahur awal..Kak Ina dah sibuk kat dapur siapkan pinggan apa yang patut..ahli keluarga lain pun bangun sorang demi seorang untuk menikmati juadah sahur..

1

Udang masak merah tu khas datang dari Sabah,shuk dan Kak Fiza yang beli masa diorag ke Kota Kinabalu 3 minggu yang lalu sebelum puasa..ni pun shuk yang masak..Ikan Siakap dan Ikan Talapia tu buat masak tiga rasa..Meriah jugak lauk untuk sahur..

2

Masa time sahur meriah bukan main.macam berbuka puasa..semua ahli keluarga bangun dan makan berjemaah..ada macam macam lauk pulak tu.ada Udang masak merah,Siakap tiga Rasa,Talapia Goreng,Babat masak lemak,sayur campur balance berbuka semalam dan ada lagi dua tiga lauk yang tak di sebut di sini.memang meriah.berkat makan ramai ramai ni.makan satu jenis lauk pun boleh terasa seronok..

3

Selesai sahur kami semua solat subuh berjemaah..Lepas solat subuh suami adek da,Ustaz Zul beri Tazkirah sikit pasal kelebihan bulan Ramadhan dan kelebihan Malam lailatul Qadar sempena nak memasuki 10 malam terakhir Ramadhan..Jiwa manusia ni lembut sebenarnya..dengan selalu mendengar Majlis Ilmu insy Allah hidayah dan petunjuk Allah akan terang menyinari.

4

Syifa' dengan Qiadah pun dah bangun nak dengar tazkirah jugak..

5

ni baru sebahagian dari kami..belum lengkap lagi..

6

Antara intipati Tazkirah-Umat Nabi Muhammad dikurniakan Umur yang pendek sebab itu Allah sentiasa melipatgandakan pahala dalam setiap amalan yang kita buat..Contohnya jika berjemaah pahala akan di gandakan 70 kali ganda,dan Malam Lailatul Qadar tu lebih baik dari 1000 bulan bersamaan dengan 83 tahun..biasa kalau 83 tahun tu kebanyakan umur manusia sekarang mungkin sudah meninggal atau sudah nyanyuk..maka pergunakan lah masa sihat ini untuk beramal Ibadah..

7

Qiadah dengan Ibu nya..

8

Selesai tazkirah Ramadhan selepas Subuh,kami semua bersiap nak keluar sebab nak hantar Ika balik ke sekolahnya sebelum pukul 7 pagi..kalau tak nanti dia kena denda sebab balik Asrama lewat..sepatutnya dia takder cuti tapi kak tie pi ambik semalam sebab nak jumpa jugak..

9

Asrama di Perumahan Panalex kerteh..Dah besar besar dah anak kak tie sekarang .yang duk menyusul pulak anak sedara baru..

10

Dari Kerteh kak tie saja bawak pi ronda masuk Pantai Kemasek..tengok matahari Terbit.Subhanallah..Indahnya ciptaan Tuhan..tengok Pantai Kemasek teringat zaman kecik kecik dulu.Ni lah tempat bermain dan tempat melepas perasaan.hahaaa..

11

Balik Rumah tengok adik Ipar duk sibuk kat Kolam Ikan keli mak depan Rumah..rupanya dia nak bersihkan Kolam sebab air dah keruh sangat.so aku pun sama naik laa nak tolong sebab kalau pi masuk rumah sat lagi lena jer kerjanya..so baik ambik angin pagi duk kat luar rumah buat apa yang patut.

12

Ikan keli ni banyak jugak..ada dalam 50 ekor lebih..ada anak anak kecik lagi..ni duk pulun tangkap semua sebab nak buang air dalam Kolam..mak sempat ambik 13 ekor nak masak sebab aku nak balik so dia nak bagi bekal.takder lah sampai 13 ekor aku wat balik,dalam 2 ekor jer.yang lebih makan di rumah berbuka nanti.

13

gosok jangan tak gosok..

14

Bekerja sama dengan Ami duk bersihkan Kolam dan tangkap Ikan keli sekor sekor lepas kan balik dalam Kolam..tapi Ikan keli ni bukan calang.duk menggelepar jer kerjanya..susah jugak lah nak buat kerja.tapi seronok..geli jugak pegang badan ikan keli lembek lembek dan hanyir tu tapi takper lah..baru namanya duduk di kampung kalau pegang mender macam ni..tak gitu kawan kawan..

15

Air kolam yang dah bersih..Baru sedap mata memandang..

16

Syifa' pun ada kat luar rumah..patutnya adek da tengah pantang mana boleh keluar rumah..sejuk tu angin pantai Kemasek tapi dia macam tak kisah..hantam sajalah labu..Kak tie ambik peluang nak memandikan Syifa' kat luar rumah..kesian Syifa' menangis sebab kesejukan.kat luar angin duk sepoi sepoi bahasa masa ni.

17

she's adorable..isn't she??

18

Selesai mandi duk bungkus atas meja tempat kami baca surat khabar..baiknya syifa' ni tak menangis sangat..walau lapar susu tapi mak dia pun buat tak endah..last last sampai tertidur budak ni..hehee..kesian kan..tapi tetap lah comel..

19

Ibu dan Anak..

20

Dalam masa yang sama Mak duk sibuk buat Kerisik kat luar rumah jugak..jangan tak tahu mak sekarang duk meniaga kerisik pulak..pasaran di sekitar Kemaman..semoa akan makin berkembang maju nanti..Kerisik asli dari kampung.seronok duk ramai ramai Ayah pun keluar rumah sama nak bersembang..best pulak aku rasa.lama tak lepak macam ni kat luar rumah.Berkat Ramadhan.

21

Alang alang dah ada luar rumah-Mak ambik Bong nak kupas kelapa..aku mengvolunteerkan diri lah nak kupas..Ingat sikit jer kelapa yang ada sekali bila kak Tie kutip belakang rumah tu dia..banyak nya masya Allah ada la dalam 100 bijik..masak lah nak kupas..

22

skill membukak kelapa..Terer tak?hahaha

23

sabut yang terhasil menimbun..

24

Ini lah hasil yang dapat.Cuma 51 bijik jer..tangan dah melecaet.haha.tu pun ni dah bekerjasama dengan Kak Tie dan Zul,aku kupas diorang tolong bukak sabut..Bekerja sama itu seronok..:)

25

Masa tengah kupas nyior Nurul dan Kak Ina turun sebab kak Ina dah nak balik Dungun..Terengganu kan hari ahad kerja..tapi si Nuyul ni lah duk bersantai tepi kolam lah,duk tengok aku kupas nyior jadi nak tak nak kak ina kena lah tunggu layan kerenah dia dulu..hehehehee..bagus jugak tak lah dapat dia balik awal..:p

26

Qiadah pun ada sekali..Comel lah anak sedara aku ni

27

Bila jam dah tunjuk pukul 12.30 pm,aku kena bergegas masuk bersiap siap nak balik dah..Ambil tiket bas di Stesen bas Geliga kemaman untuk ke KL..Tiket jam 1.30 petang.Bersiap siap gedabak gedebuk dapat keluar rumah dalam pukul 1 pm..sampai Tempat bas ngam ngam 1.30 tapi mujur lah bas Trannasional tak sampai lagi..Rupanya bas memang lambat tak taw pasai apa..sampai dua lebih kami duk tunggu..ish ish ish..sempat lah beli Lemang dan keropok lekor untuk di bawa balik.

28

Gigih semua duk pakat hantar.Terharu betul

29

Abang Shuk ngan Kak Fiza tak sabar nak ada baby..Oktober Insya Allah

30

Dalam pukul 2 lebih baru bas sampai..Aku rasa most of people kalau keluarga hantar ramai ramai ke stesen bas macam ni dan siap lambai bila kita naik bas maybe ada yang malu.tapi aku tak..malah aku berbangga punya Keluarga yang punyai ikatan Ukhuwah yang sebegini Hebat..Tak mungkin aku tukar ganti semua ahli keluarga aku ni dengan apa apa sekali pun..Sayang mereka semua dengan sangat banyak!Terima kasih semua!!jumpa lagi raya nanti..dah tak lama kan..

Sampai KL dalam pukul 6 then ambik bas ke Penang,siap berbuka dalam bas makan nasik dengan Ikan keli yang mak bawak bekal..Terima kasih mak! sampai Penang malam tu jugak dalam pukul 11.30 pm..Alhamdulillah..perjalanan di permudahkan Tuhan.

Dan berakhirlah satu Hujung minggu aku yang Hebat.

Sekian.

*Rasa macam nak balik kampung lagi lah hujung minggu ni.heheheee..

33 comments:

Marzalina said...

bestnya ada kampung...

@xiM said...

MARZALINA,

awak pun ada kampung kan..:)

sepul said...

setiap moment di kampung bersama-sama keluarga memang sangat tak ternilai.
eh aku notice bila hang balik kampung mesti duk dengan family 24jam kan? member2 kampung masih ada lagi ka?

en_me said...

salam ramadhan abg axim itteww..

kucingorengemok said...

zim, adakah kamu kelihatan lebih kurus sekarang (baru nak perasan sebab selalu fokus tengok gambar food je) waaaa, menjadik lah raya dah makin slim! :p

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

Betul..memang moment yang sangat tidak ternilai..Untuk pengetahuan hang masa aku kecik aku banyak berpindah randah sebab ayah aku pengetua sekolahs ebelum dia jadi pengarah pendidikan..so bila dah selalu berpindah randah tak sempat nak ada kawan yang betul betul rapat..then bila dah masuk sekolah asrama masa tu ada di dungun,balik ke kemasek bila aku dah masuk matrikulasi perak..so bila masuk Uitm baru aku jumpa ramai member yang of kos lah bukan orang kampung..bila balik kampung memang tak baik sangat dengan orang orang kat sini kecuali sedara mara dan jiran terdekat..

jadi begitu lah adanya..ehhh panjang lebar pulak aku terang kat hang kan..heheee

@xiM said...

EN ME,

salam ramadhan untuk encik me jugak..:)

@xiM said...

KOG,

mungkin mata incik kucing agak kerabunan kot..tapi saya ada lah kurang berat sikit since berpuasa ni..na kena kurus lagi lah nak dapat six pack..hahaa..tak mustahil dapat kalau berusaha..:)

semoga raya lebih meriah tahun ni..:)

siti_asiah said...

seronoknya tgk tgk family en axim..
best kan dpt balik kg...

rasp said...

best sungguh terasa balik kampung cenggini...
mcm2 activiti leh buat dgn famili...
then bila balik rumah sendiri...
mula lah rindu saat2 kat kampung....
tak sabarnya nak balik kampung....

PUTUBAMBU said...

bestnya berkumpul ramai2...
meriah..

* comel betul baby syifa ye...

@xiM said...

SITI ASIAH,

memang best..tu yang terasa nak balik lagi esok..boleh tak.hehehee

@xiM said...

RASP,

sabar kak..lagi beberapa hari jer kerja..then syawal menjelma mari lah kita bergembira di kampung puas puas..:)

@xiM said...

PUTUBAMBU,

memang comel syifa' tuh..geram sangat tengok..!

mazddaud said...

jeles bila tgk org balik kampung...saya tak pernah ada pengalaman balik kampung....nak kena berhijrah rasanya ni...baru boleh balik kampung...:-)

Faisal Admar said...

ikan keli kalau goreng garing dan letak sambal baru aku makan. kalau tak, aku tak makan sebab hidung aku ni sensitif :P

eh, keli bukan ada sengat ke? boleh pegang macam tu je ke?

aku realize family ko ramai yang ada chinese look. memang ada mix ke?

@xiM said...

MAZ DAUD,

sila lah berhijrah maz..jauh jauh sikit pun takper..hehe..baru terasa suasana time nak balik kampung nanti..hehehee

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

sama lah ngan aku..keli kalau goreng garing ngan sambal merah tu baru aku suka..kalau buat masak lemak aku tak makan sebab lembek..hahaha

Keli bela ni takder sengat..yang ada sengat tu yang duk kat paya sawah nun..

Belah ayah aku memang ada keturunan China..susurgalur dari atuk moyang dulu tu yang kena tempias tempias sikit kat kami..:)

Faisal Admar said...

oh. aku baru tahu keli bela tak ada sengat! :) tapi aku geli nak pegang. sama macam pegang belut! hehe. lembik... dan licin.

oh patut la! aku dah agak.

HEMY said...

aku pakai cop kalau kopek kelapa ni...cam lagi senang...hehehe..tp tak tau la alat tu kot lg senang..tak penah cuba

KAKTINY said...

bagus axim.. ukhwah kekeluargaan tu jangan hilang.. biar bercucu bercicit.. sentiasa kekalkan.. dh tak banyak dh KELUARGA yg bersatu begitu..

eh.. nape kaktiny tgk cam dh kurus skit??..

Leez said...

Suka tgk hubungan rapat azim dengan family. Bagus lah!!!

Nanti bila dah kahwin...kena plak beraya umah mertua....habislah mesti rindu banget dgn family.

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

aku pun geli nak pegang tapi bila dah pegang rasa biasa jer..memang lembik tapi sedikit hanyir lah..

ur assumption is right..:)

@xiM said...

HEMY,

alat ni lagi senang..nanti ko try pakai

@xiM said...

KAK TINY,

keluarga lah tempat asal usul kita kak..bila saya lalai sikit keluarga lah tempat jadi bahan rujukan espescially mak dan ayah..

namppak kurus sebab bulan puasa ni kurang makan kot..

@xiM said...

KAK LEEZ,

tu lah..kalau beraya di rumah mertua pun rumah sendiri nak kena balik jugak.jadinya kena kawen dengan orang dekat dekat jer lah..heheee

Wahidah said...

wah ade kolam keli..bestnyaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa............

:: p R i n c E s S _ N :: said...

wahh..sronoknyerr bro balek kg..besihkn kolam..wat kerisik..kupas klapa..siyesly mmg sronok..lg2 bkumpul adek bradek rmai2...bes2..

Cik Wanie said...

seronokkan bila dpt berkumpul bersama-sama keluarga tercinta,
itulah untungnya bila ada adk-beradik yg ramai,
bole dpt anak2 sedara yg ramai jugak kan,
hurm...

uish sedap ker ikan keli?
si Ecah suka sgt mkn ikan keli,
hurm....

@xiM said...

WAI,

mak buat kolam tu..berbaloi jugak.sekarang kalau nak makan keli takyah beli dah.sauk jer kat kolam tu then siang dan goreng sambal..sedap sedap sedap..!

@xiM said...

PRINCESS N,

itu semua nikmat kurniaan tuhan..Alhamdulillah..

@xiM said...

CIK WANIE,

bila dah makin tua ni cepat jer masa berlalu..anak sedara makin bertambah anak sendiri tak taw bila..

sedap sangat ikan keli kalau goreng garing..

ida said...

salam alaik..awk dok katne?xpnah tahu pon...ke dok kat dekat ngan balai polis tu ke?tp sy pon dh lame lupekan kemasek..huhu..nway,kite sekampung kot..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails