Followers

Friday, September 3, 2010

WARUNG AYAM PENYET TOP TEN KAMPUNG PASIR PUTIH,PASIR GUDANG JB

Salam kejumaatan semua rakan-rakanku!

Ini ada satu cerita..cerita berkurun dulu masa bulan Julai waktu outstation ke Pasir Gudang..masa ni aku stay di Rose Cottage Hotel di Bandar Baru Masai..Quite nice hotelnya..yang penting murah sebab stay sampai 4 hari kat sini..

29 JULAI 2010

1

Entrance Hotel..

2

Rate satu malam rm60..siap ada breakfast lagi..bekpes pagi ada mee goreng bungkus,kuih donat dan telur separuh masak.entah bagaimana semua ni tak mampu membangkitkan selera aku..haha..so menapak lah keluar nak pi Restoran Osman di hujung jalan nak makan Roti Canai

3

Restoran Osman juga yang aku carik..

4

This is my last day ada urusan di sini..kalau nak balik Penang malam ni terus pun boleh..ntah tak sure lagi macam mana.yang pasti aku nak makan Roti telur ni dulu..member aku ntah ke mana,tak bangun tidor lagi kot..pagi dalam pukul 7 aku bekpes ni..

5

licin.setakat roti sekeping apa lah sangat

6

Then dari Bandar Baru Masai tu aku ngan member aku yang ada urusan di Pasir Gudang ke tempat kerja menghabiskan saki baki kerja yang ada..Bila time tengahari aku buat appointment dengan member aku zaman belajar Uitm dulu,helmi.dia kerja di Pasir Gudang so alang alang dah sampai sini kalau tak jumpa macam tak kena jer..so jumpa lah time lunch ni kejap..

7

berjumpa di Kampung Pasir Putih

8

Kalau hari yang sebelumnya aku dah try makan di kedai ayam penyet berhadapan warung ni(rujuk entri lalu),kali ni Helmi cadangkan makan ayam penyet di warung top ten ni pula.so mari kita try..

9

Aku ajak member aku,wan datang join sekali.meriah sikit

10

orang belakang tu mesti perasan aku ambik gambar dia

11

Sekali bila depa bertemu duk sembang macam macam sampai aku pulak tersenyap..takpaa lah.dulu zaman Universiti dah banyak sembang ngan si Helmi ni so kasi lah can..haha..bincang pasal isu semasa jer pun..aku menjadi pendengar setia.

12

Nasi Putih yang wangi

13

Ini lah set Ayam Penyetnya..aku suka ayam penyet sebab setnya mengandungi Tempe dan Tauhu serta sambal yang mengancam..tapi sambal ni tak berapa best..kat warisan teluk kemang punya kedai lagi best.

14

Ayam yang telah di penyetkan

15

siap ada kasi kuah sup kaler kuning

16

Sambil laju menyuap laju juga lah mulut membuka bicara..lama tak jumpa member so kesempatan yang ada di pergunakan sepenuhnya..Thanks Helmi sebab belanja makan!nanti kalau ko mai penang giliran aku pula..

Sekian,

Wabillahitaufikwalhidayah,wassalamualikumwarohmatullahiwabarokatuh.

*Ada tiga perkara yang kalau kita tengok akan dapat Pahala dari Allah..1)tengok Kaabah,2)tengok al-Quran,dan 3) tengok muka mak dan ayah kita..so nak dapat pahala lebih aku balik kampung lagi malam ni..dapat lah jumpa mak dan ayah..Esok boleh berbuka puasa di kampung lagi macam minggu lepas..yeaahhooo..

9 comments:

sepul said...

fuhh balik kampung lagi. ni betoi2 mengancam aku nih. aku mcm nak request sikit. nanti hang balik kampung ambik la sikit gambaq sekitar kampung hang. teringin aku nak tgk suasan kampung belah2 sana.

lagi satu yang menyedapkan ayam penyet ialah kicap manis dia.

Cik Wanie said...

bila tgk roti canai tue,
tetiba rasa kepingin nak mkn roti canai,
rindu kowt nak mkn,
huk huk huk.....

bilalah dpt merasai ayam penyet tue kan,
hurm...

Cik Wanie said...

wah blk kg lagik,
mesti best kan,
berbuka puasa sesama,
ish jelesnya....:)

KAKTINY said...

bagus bagus bagus.. balik kampung sekerap mungkin.. selagi daya...

thanks 4 d resepi 'mee goreng tomyan basah tu'.. kaktiny buat semalam.. best gilos.. hihihihi...

b.r.u.t.a.l.s.o.l.o said...

rindu kampung ... tapi otak aku penuh nasik

CIKGU ZAM said...

salam Tuan,
mantap la ayam penyekkk tu, fuh fuh dan fuhhhhhhhhh..........

Faisal Admar said...

mcm tu ka rupa ayam penyet... ooo...

member hg muka macam azhar sulaiman

mummysyafie said...

ni dah kat kampung ni. nak tengok muka makbapak hari2..dah berbulan tak dapat jumpa si bila ada rezeki ni mmg nak berkepit je

Papa-NtiQ said...

dlm banyak2 tu...osman jugak dia pegi. mlm2 karaoke kat diva ke hehehe...blogwalk sini jap...jumpa lagi azim

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails