Salam Jumaat salam penghulu hari..
Hari demi hari yang kita lalui,tanpa sedar kita makin di mamah usia..Cumanya berapa ramai di antara kita yang benar benar tahu apa yang diingini dalam kehidupan??apa matlamat sebenar dalam hidup kita?aku yakin ramai di antara kita yang ingin berjaya di dunia dan juga di akhirat.tiada salahnya,cuma benarkah perbuatan kita seiring dengan matlamat yang di cipta??(Orang putih kata 'action speaks louder than words')
Dalam hidup kita,seharusnya kita punya matlamat.aku tahu semua orang ada matlamat tersendiri..tapi kita kena ingat,matlamat tidak boleh kabur dan tidak spesifik..kelak kita akan teraba raba dan terumbang ambing dalam mengejar matlamat yang kita sendiri tidak pasti..alah,macam main bola jugak(demam FIFA WORLDCUP..hehehe)..kalau takder matlamat nak sumbat gol,konpem pemain pemain akan berlegar legar dalam padang 90 minit tanpa arah tujuan..menghabiskan masa dan tenaga sebegitu saja..That's why penting bagi kita untuk menetapkan matlamat yang spesifik dalam sela masa yang tertentu.
Baru ni aku terbuka album lama masa zaman belajar dulu..Gambar kat atas ni merupakan Target aku masa Final Exam di Uitm 4 tahun yang lalu..actually zaman belajar dulu setiap semester aku akan buat target yang spesifik sebelum exam,supaya aku dapat fokus dan capai apa result yang aku nak.(Alhamdulillah result setelah final slightly higher than the target itself..).Dulu masa zaman belajar aku ada terbaca satu karya Maxwell Maltz,dia kata dalam setiap badan manusia ada satu mekanisme dalaman yang berfungsi untuk memandu kita ke arah matlamat yang kita tetapkan.Mekanisme tersebut hanya akan berfungsi sekiranya kita ada sasaran yang jelas..That's why aku keep doing target every final exam yang datang,dan memang aku tetapkan target yang spesifik.
Tapi itu cerita lama.
Target yang aku buat tu merupakan target janga pendek,yang dapat di capai pada masa tu sahaja..Sekarang bila bicara pasal kehidupan,Matlamat kita seharusnya lebih meluas dan lebih berbentuk subjektif..terlalu banyak yang kita nak buat dan kita nak capai.aku pun macam tu juga..Cumanya,apa yang boleh kita lakukan ialah menetapkan matlamat dalam satu jangka masa dan cuba cari cara untuk capai matlamat tersebut.Aku yakin tanpa batasan waktu konpem kita just akan berlengah lengah dan akhirnya matlamat akan terkubur begitu sahaja..yang penting set kan Matlamat yang realistik,matlamat yang spesifik..dan jangan sesekali takut untuk mencuba.
Apa matlamat aku?
Kalu aku nak list kat sini macam tak sesuai,sebab ada matlamat tertentu yang aku nak simpan sendiri dan aku akan cuba untuk capai dalam waktu yang aku sendiri tetapkan..Hope aku akan dapat capai semua matlamat yang ada.ada matlamat jangka pendek dan juga matlamat jangka panjang..sama ada dalam 5 tahun lagi,atau 10 tahun lagi,atau 20 tahun lagi,as long as kita punya matlamat aku yakin kita akan terdorong ke arah itu.
Bagaimana pula dengan matlamat hidup anda??
22 comments:
pendek jek nak komen..idup tanpa tujuan...ada makna???
woo setuju aku ngan ko...
betul 2, kene ade target r kalu x, cam sie2 jerk...
good advice bro, matlamat aku???
ade r,
hurm...matlamat tu ada..cuma kdg2 malas tu lagi besar. hehehehe...any suggestion bro?
Betul.. hidup tanpa matlamat umpama mati sebelum ajal..
Apapun matlamat dan arah tuju dlm kehidupan kita di dunia..
jangan sesekali terlalai dan terleka serta terlupa..
MATLAMAT TERATAS dan HALA TUJU AKHIR ADALAH :- KERAHMATAN, KEBERKATAN DAN SYURGA ALLAH!!..
Inna solati wa nusyuki wa mah yaya wa ma maa tii.. LILLAHIRABIL 'ALAMIIIN...
kan kan kan...
yeah...aku setuju bro. if idup tanpa tujuan....mmg meaningless..hehe
hidup tanpa matlamat?????
masyaAllah tak leh dibayangkan...
tapi dlm mengejar matlamat kehidupan,
jangan pula terleka....
“Sesungguhnya solatku, ibadahku, kehidupanku dan kematianku adalah kerana Allah SWT, Tuhan sekalian alam.” [Al-An'am: 162]
iye idak....
bila tengok ur 'target chart' tu
tingat masa akak blajar dolu2,
ada gak buat 'target for tis sem' hehehehe...
syukur tercapai gak :D
Man is a goal seeking animal. His life only has meaning if he is reaching out and striving for his goals. - Aristotle
ye betul..hidup kena ada target..
dan nak mencapai target tu..kena byak-byklahhhhhhh bersabar..!
hah,
org gile 100% tak waras pun ada impian dan matlamat..
emmm..
IZAN,
idup tanpa tujuan tak bereti..
SYAF,
takper..ko simpan matlamat tu untuk diri sendiri,janji ko buat sesuatu untuk mencapainya..:)
good luck!
ASHABULZ,
malas tu biasalah..kena berazam lebeh..kita jer boleh bantu diri kita untuk atasi rasa malas..doa banyak banyak ngan Tuhan minta di permudah kan segala urusan..Insya Allah.
KAK TINY,
thanks kak tiny atas peringatan..betul tu..walau apa jua matlamat kita,satu matlamat yang hakiki kehidupan abadi di akhirat sana..kadang kita semua leka kejar dunia..akhirat pun sampai di lupa..
astaghfirullahalazim..
ZIE,
jadi sila lah tetapkan matlamat dalam hidup anda..:)
RASP,
betul tu kak..apa apa pun ingat matlamat kita last sekali di akhirat sana..Lillahitaala..
best kan buat target..lagi best bila dapat capai..:)
ANON,
thanks!!
PUTU BAMBU,
sabar itu sebahagian dari iman..
KABAKOGA,
so kita yang waras ni kena lah lagi bermatlamat besar dari mereka yang tak waras itu..
tunggu nanti kita buat master sama2.
idup mmg perlua ade matlamat..n mmg ade matlamat tu yg kite simpan sendiri...
ape pun matlamatnya,yg pasti kita ade target so kite akan berusaha ke arah tu..
tp yg penting..kalo kita gagal sekali jgn takut utk bgn blk..nasihat ne bg utk diri sendiri gk..hehehe
hidup tanpa matlamat mmg takde makne.
matlamat yang pentnig dalam hidup akak ni..nak bahagian kan mak bapak..matlamat lain tu..biar simpan sendiri je..
hidup mmg kne ada gol.. chewahh.. komen pon ala2 world cup je kan.. hikhikhik.. btw, bila kita study mmg kita tau camne nk buat target, dan kita akan berusaha utk capai target kita tuh.. mcm tuh jugak hidup kita neh.. kne ada arah tujuan tapi kne berpandukan asas dan iman di dada..
*sekian tazkirah*
hahaha..tiba2 semangat nk sambung blajar balik.. syiok wat notes kaler2 tampal2 kat dinding tepi katil.. hehehehe..konon2 mcm study sungguh.. tapi hampeh.. tido je lebey.. aiyakkk~
Post a Comment