Followers

Thursday, June 17, 2010

TRIP HAADYAI PART 2 - SEPETANG DI FLOATING MARKET

Khamis menjelma..

Sekarang aku macam kurang Motivasi masa bekerja..tak tahu pasal apa..Nak kata pasal kerja yang duk ada banyak bertimbun,sebelum ni pun memang ada jer kerja yang datang..tapi sejak dua tiga menjak ni jadi lain macam..ke sebab penangan World Cup 2010??hahaa..Result game malam tadi ngan pagi tadi:Honduras 0 -Chile 1,Spain 0 - Switzerland 1,and pagi tadi game antara Uruguay Vs South Africa,Uruguay Belasah South Africa 3-0!!wohoooooo..

Ok cukup pasal tu.Jom terbang ke Haadyai tengok Floating market kat sana..Chalooo bebeh!

28 MEI 2010

Ni actually sambungan dari Part 1 hari tu.Lepas da penat pusing Town Haddyai yang tak berapa nak besar ni,dalam pukul 4 petang kami balik ke Hotel sebab dah deal ngan pihak Hotel yang sediakan kereta sewa untuk ke Floating Market.

1

ni hotel yang kami menginap,INDRA HOTEL nama diberi

2

Actually untuk ke Floating market tak perlu naik kereta sewa macam ni pun..sebab a bit mahal..kami bayar 300 baht sorang which mean satu kereta sewa ni rm60 lebih kurang macam tu..dah boleh ke Songkhla dah..ada banyak tuk-tuk yang murah yang boleh bawa ke Floating market.takpaa lah.kami tak tahu..sebab ingat kan bila deal ngan hotel dapatlah special price sikit.sekali lagi mahal.Hampas.

3

yang bangunan kat belakang tu bangunan Kerajaan Haadyai

4

Dalam 20 minit perjalanan sahaja kami pun sampai lah di area Floating market ni..banyak Tuk tuk yang ada duk tunggu kastemer..ish sh ish kami telah kerugian di situ but what to do..signboard kat atas ni maksudnya Floating Market ker??mana lah kami nak taw tulisan cacing ni kan..tak habis mengaji.hahaa

6

dari jauh telah ku nampak sampan yang terapung itu..

8

Kawasan ni a bit besar jugak..sementara nak turun ke kawasan Floating Market ni ada banyak peniaga tepi jalan jual makanan dan cenderamata..penduduk setempat lah tu..Cuma status ke-Halal-an tu aku musykil.so kitorang decide kalau nak beli makanan just beli dekat peniaga wanita yang bertudung..walaupun tu pun maybe tak berapa sure jugak,at least kurang sikit risiko.

9

FLOATING MARKET-what can i say??Very Nice!!apa yang di jual kat sini ialah makanan macam kat pasar malam kita lah,makanan tempatan..Cuma yang istimewa nya peniaga makanan ni jual makanan atas sampan mereka-which is memang tradisi di Thailand jual makanan atas sungai macam ni.Tapi itulah keunikan yang boleh buatkan pelancong tertarik.

11

Servis Bot untuk bawa pusing pusing sungai ni ada juga di sediakan tapi aku tak berminat nak naik sebab macam tak best jer..lagi pun peniaga makanan atas sampan ni tak bergerak pun,just stay kat tepi bench then tunggu orang datang beli..Orang takyah cakap lah,memang ramai sesangat..Cramp jugak lah.tapi seronok tengok orang ramai ramai.Meriah!

12

ini ialah gelagat pakcik pakcik dan makcik makcik yang meniaga di sini

12a

i think kat sini ramai peniaga muslim..so tak ada masalah sangat untuk kami beli makanan.Aku kalau pergi tempat macam ni suka cari makanan yang pelik pelik which mean takder kat tempat kita.at least boleh rasa makanan luar di samping tengok budaya orang luar.terbuka sikit minda..

12b

wow..panjangnya kaki minah kat belakang tu..

12c

Yang ni part aku suka..bila kita beli makanan diorang duk hulur bakul macam ni.diorang hulur makanan then kita buh duit.range harga makanan kat sini pula tak lah mahal..sekitar 20-25 baht(dalam rm2-rm2.50)..just tunjuk jer lah nak apa since tak leh nak cakap Thai kan..kalau dia hulur makanan kita ambik makanan then blah camana??haha..mau kena baling ngan Tong gas nanti..:p

13

Di belakang tebing tu ada tempat untuk orang duduk dan makan..so lagi lah mudah kan..lepas dah beli makanan pi singgah duduk makan.tak cukup beli lagi.Ramai jer aku tengok orang Malaysia.Dah negara Jiran so what do u expect..

14

so encik Nikli Nodin,ada apa apa kaa mau beli??

14b

Last last dia beli ni,Aiskrim dalam bekas tembikar..20 baht.Rasa aiskem ni manis gila gila..rasanya macam eskem yang masa kecik kita selalu beli dalam kon 20 sen ngan Motor tepi jalan jual eskem.macam tu lah rasanya..ada kepingan roti ngan kacang sket dalam nya.Boleh lahhh..yang penting bekas tembikar tu boleh ambik bawak balik..boleh la letak sambal belacan nanti.heheheheeeee

14c

Dah berjalan haus la pulak..so beli lah air Kelapa Muda,best nya lah depa taruk dalam Buluh..puas sedut air..dalam 15 baht harganya .masa duk kat sini ada sorang makcik duk tegur kami,dari Malaysia lah duk suggestkan kami pi beli Bubur nasik..sedap katanya.tapi kami tak beli pun..just seronok sembang jaa..

15

siap ada bunga lagik..macam kat Hawaii dah rasanya..haha

16

Variety of food kat sini memang lah sangat banyak.dari yang kita biasa tengok sampai lah yang tak biasa di lihat pun ada..kebanyakkan nya mesti lah makanan tempatan Thailand.kalau dah pelik sangat kuihnya aku pun tak berani beli..ada lah kami beli bungkus bawak balik Cucur Udang ngan Rojak sotong & Udang..boleh buat dinner nanti.

17

Rojak Sotong/Udang,Bihun Goreng,Kuih Bakar dan ais campur(Ikut putaran jam)

18

Actually tujuan aku beli air kelapa tadi sebab nak dapat bekas tembikar ni.sekali dia buh dalam buluh..pastu bila aku nak pergi beli lagi baru perasan boleh pilih sebenarnya kita nak bekas apa..ooooo..itu macam kaa..terus la aku beli satu lagi air kelapa,kali ni pilih buh dalam tembikar betuk ikan..cantik jer aku tengok..boleh la bawak balik bekas ikan tu.

19

Ni lah bekas Tembikar Ikan yang aku berjaya beli..harga dalam 25 baht(rm2.50)..janji boleh dapat bekas tu..haha..mana tahan tengok orang lain duk usung sana sini bekas cantik cantik..:)..setel beli air ni kitorang beransur dari kawasan pasar terapung ni.naik ke kawasan atas pulak.kat kawasan atas ada lagi rupanya gerai makanan dan gerai cenderamata..

24

Dari jauh aku dah nampak Keropok lekor melambai lambai.aku jarang sangat kalau nampak keropok lekor aku tak beli.dah jadi tabiat kot.asal nampak keropo lekor mesti nak beli.paling kurang pun seringgit..sampai ke Haadyai pun carik keropok lekor lagi??hahaha..Dasyhat..

25

Keropok lekor ni boleh tahan jugak rasanya..Malaysia mari kaa..

27

Di sepanjang gerai makanan tu terselit jua satu dua Gerai jual barangan cenderamata dan mender kecik kecik macam ni.tak beli apa pun seronok tengok ngan seronok ambik gambar sahaja..

28

ni sekadar ilustrasi.tak beli pun Bihun Udang kat belakang tu.seronok ngan bekas Ikan tak habis lagi..:)

29

Terjumpa jugak satu jagung ni.lain macam kalernya..Jagung Organik ker??tak pernah nampak..so try lah beli satu batang..rasanya liat.macam Pulut..tak sedap.tawar.tapi takper lah,at least dah tahu rasanya..Jagung Mutan ker??

30

Lebih kurang sejam melepak kat sini,baru kitorang nak gerak balik..tapi orang masih ramai lagi.Tutup pukul 8 malam..waktu operasinya weekend sahaja ya..hari biasa mereka tutup market sebab nak bercuti ke Malaysia.hehehee..kalau korang datang weekdays alamatnya tak dapat lah nak merasa pengalaman di sini.

31

Sami ni boleh beri pengampunan pada penganut Budha ekk?

32

Ada jugak ramai macam budak sekolah buat kem kat kawasan ni..maybe program sekolah kat sana.ntah.tak tahu.Just anggapan sahaja sebab tengok ramai bebudak dalam kostum sekolah duk berlari sana sini..kat atas ni siap memasak ngan cikgu cikgu nya..just guessing jer lah.betul ker tidak wallahualam.

33

Ok Rasanya kami dah puas berjalan kat sini..nasib lah 'Pak Supir' kami kena tunggu sejam lebih..so dalam pukul 7 lebih terus bergerak balik dari sini menuju Hotel..Overall pengalaman ni sangat best!sebab first time aku tengok Floating market ni depan mata.sebelum ni duk dengar dalam Tv dan tengok dari Internet sahaja..Jauh berjalan Luas Pandangan.

Sekian.

Bertemu lagi dalam episod akan datang.

31 comments:

m.q said...

best nya korg ni jln2

♥cikmOt♥ said...

hehehe...glamer ar hang ngah (nikli) mesti tokdin bangga ngan hang...nanti balik kampung aku mau amik hang punya signature la...:P

erkk...back to topik...behnya p jejalan...bila nak jejalan ni...lagi2 ada kamera cannggih dok amik gambar...lalala...

@xiM said...

MQ,

jauh berjalan luas pandangan..best tengk budaya kat tempat orang..terbukak minda...:)

@xiM said...

MQ,

jauh berjalan luas pandangan..best tengk budaya kat tempat orang..terbukak minda...:)

@xiM said...

IZAN,

mau tak glemer dia sendirik buh muka dia kat sini.hahaha..habaq jaa kat Tokdin nanti..:p

♥cikmOt♥ said...

azim

ishh hampa ni p haadyai tak bitau...baru ingat nak kirim fridge magnet wat koleksi...haihh...

@xiM said...

Izan,

Hang nak Fridge magnet??pi mintak ngan angah tu..dia banyak beli wat balik..bagi kat sapa tak taw..:p

Zai Zamree said...

tu mesti dok minum ayaq guna bekas ikan tu x abih2 lg kt umah tu...hehehe...

@xiM said...

CIK ZAI,

dakk aih..ayaq tu dah habess minumm
kat umah tembikar ikan buat hiasan buh ataih peti es..:)

kucingorengemok said...

tergelak tengok budak syok dapat gelas ikan, hehe

minah baju merah tu tutup hidung awat? hang kentut kaa?

Kaktiny said...

adik kaktiny ckp..
"syokla tgk blog si azim tuh.. gambar cantik2.. best la dia tu... rajin dia berjalan.. merata tempat dia pegi... syoknya..."..

wah.. tetiba azim jadi perhatian... hahaha...

eh.. jagung apa tuh?.. buleh plak warna camtuh eh.. eee...

(aik.. dok mengusung bekas ikan tu jer.. minat sungguh eh.. hahaha).

DrSam said...

saya ingat floating market kat sekitar Bangkok aje yang ada, rupanya kat Haadyai pun ada juga. Peminatt keropok lekor memang tak lepas bila dimana jua berada :)

Tembikar-tembikar tu memang cantik. Boleh jadi supplier ni axim :)

@xiM said...

KOG,

hehehe..aku pun tergelak bila teringat es aku duk usung sana sini bekas ikan tu takut orang curik.hahaha..

ehh baru perasan.member dia kentut lah tu.hahahaa

@xiM said...

KAK TINY,

kem salam kat adik Kak Tiny tu ya..kata kat dia saya ajak join jalan jalan sekali nanti..(ni adik lelaki ker pompuan??hehehehee)

saya pun tak taw tu jagung apa kak..tapi dah beli sebatang,try rasa memang tak berapa sedap..macam beras la ko..ni kategori beras pulut yang satu lagi beras biasa..hehehe

@xiM said...

DR.SAM,

haah.kat sini pun ada Floating Market tapi tak semeriah kat Bangkok..:)

keropok lekor sentiasa di hati..:)

baguih jugak tu cadangan..jadi supplier tembikar kat sini kan..

Unknown said...

amboi syok tgk depa pi jln2,
rasa bahagia je kan bila jln tempat org nie,
hihihi...

i paling x blh blah tgk gambar makcik2 yg sdg meniaga tue,
teringat u tagged i kat FB,
wakakakakakka:)

rasp said...

i pun suka kalo leh try new food...
tapi tu laaa kalo pelik sesgt,
takut gak kan hehehehe

RAWNA said...

muka mmg nampak excited pegang bekas tembikar ikan tu.hheheh

♥cikmOt♥ said...

aler angah bagi kat marka dia kat guar perahu tu...ekekeke...mapuh aku kalu dia tau...:P

@xiM said...

CIK WANIE,

makcik tu ok what?berbudi bahasa dan bersopan santun lagi menjual di Floating market..:)

@xiM said...

RASP,

try new food best!at least leh tahu apa makanan tempatan orang luar yang takder di tempat kita..:)

@xiM said...

K.A,

memang aku snagat excited masa tu..kahkahkah..lawak la pulak kalau ingat..

@xiM said...

IZAN,

oh..dah bermarka laaa ni..baguih la..

psstt..apa nama marka dia??bagitaw lah..dia kedekut smpan rahsia,duk tanya dia kata takdakk lagi..rpanya dah pasang kat Guar Perahu nun..

Dr Singa said...

cantiknya gambar2 @xim dan gambar ikan @xim dan gambar @xim!!!! :)
.
pssst...kaki minah tu sangat panjang... sebab short pantsnya sangat pendek...
:)

Faisal Admar said...

best sgt! :)
nanti aku nak pegi lah!

btw, dorang tgh bakar otak-otak kempas ke?

mummysyafie said...

ala..naper tak belikan cawan ikan tu satu untuk akak..hihih...cantik, leh sumbat air bungkus tak dalam. :P

mummysyafie said...

ala..naper tak belikan cawan ikan tu satu untuk akak..hihih...cantik, leh sumbat air bungkus tak dalam. :P

@xiM said...

DR.SINGA,

amboii panjangnya akak puji..:p

haah..betul betul..kakinya oanjang sebab short pant nya sangat pendek!!
:p

@xiM said...

FAISAL,

nanti pergi lah.naik tren..murah jer.:)

errr tak pasti lah.tapi tu otak otak rasanya..

@xiM said...

KAK NOR,

lor..kalau taw akak minat saya dah beli kan lima untuk akak.:p

Anonymous said...

hi axim..;)

best yer g hatyai?..hehe..sy pon dh pegi..nanti bole la u g bangkok lak..sana lagik happening..dia punya floating market pon best jugak..dlm sungai sampai boleh jammed..hehe

jagung tu plak diorang campur benih jagung n beras pulut hitam..kalau tak silap la. thailand kan kreatif..mcm2 diorang bole wat..tp mmg kat thailand jagung mcm tu popular..;)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails