Followers

Saturday, June 12, 2010

MAKAN-MAKAN LAGI @ SATAY STATION KAMPUNG PANDAN

Selamat berhujung minggu semua!!

Kali ni nak story pasal makan makan laghik..asyik makan jer kerjanya kan..haha..janji hati bahagia sudahlah..ni sambungan dari entri balik kampung minggu lepas..Hari Ahad (6 Jun 2010) kami sekeluarga attend kenduri sedara di Marang then aku ngan Kak tie naik Bas di stesen bas Kuala Terengganu ke KL..Sampai di KL ziana datang ambik kat Hentian Putra(thanks Zie!!)..Perut lapar,so kami shoot ke SATAY STATION KAMPUNG PANDAN..

1

sila hubungi nombor tertera untuk Tempahan

2

Kami tidak bertiga ya,tapi ber empat sebab Bozzo Battousai ada Join skali..Rumah dia dah dekat sangat ngan kawasan ni so jemput lah dia datang skali..lama gak dah tak jumpa dia..alang alang dah kat KL sekali sekala bertemu apa salahnya kan..paling best bila bersembang.ada jer idea si Bozzo ni.lawak la hang!haha

3

Apa yang di order??mesti lah Satay kan.kami order Satay ayam 20 cocok,satay Daging 10 cocok..agak agak tak cukup nanti tambah lain.sebenarnya memang tak cukup pun sebab lepas tu tambah lagi satay ayam 10 cocok..purata kami makan ialah 50 cucuk bahagi 4 = 12.5 cucuk sorang..(ada ker macam ni??)

4

ini ialah satay daging yang sangat lembut..

5

Rasa satay kat sini memang lain dari yang lain..besar besar dan perapan rempahnya terasa ke sumsum tulang..ntah berapa hari diorang perap kan.kira berbaloi kah dengan harganya secucuk RM0.80..tempat ni pun penuh jer orang..kat KL ni bukak lah tempat makan ceruk mana pun,janji sedap konpem orang hari hari datang.

6

kuah kacang yang best.kacang nya kasar kasar

7

Aku order MEE REBUS jugak.teringin nak makan Mee Rebus kat sini sebab dari feedback yang ada semua orang kata mee rebus kat sini sedap dan terbaek..ok.aku dah makan satu mangkuk dan aku akui memang sedap dan kena ngan anak tekak aku.,Cuma kuantitinya yang sedikit (bukan satu mangkuk tapi setengah mangkuk)membuat aku tak puas hati dengan harganya RM6.macam tak berbaloi.terpulanglah pada penilaian individu.

8

makan makan minum minum sembang sembang

9

bergambar kenangan di hadapan papan tanda SATAY STATION

10

Lebih kurang dalam pukul 10 lebeh macam tu kami bersurai sebab aku ngan Ziana nak ke Johor Bharu pulak..keesokannya kami nak masuk Singapore.Teruja jugak sebab akan ke Sentosa Island untuk ke Universal Studio Singapore..dan paling penting first time nak bawak my Car masuk Singapore..nanti aku story detail ya..

*malam tadi ada Photoshoot Akad Nikah di Changlun..jauh jugak Changlun..dah nak sampai Bukit Kayu Hitam dah.Tapi kerja sempoi..:)

11 comments:

Cikgu Zam said...

salam Tuan,
wahhhhh nampak sangattttttttt sedapppppppppppppppp..... Delicious!!!! ("<)

eZa said...

memang mee rebus dia sedap tp tu lah, skit jek isi dia. tak padan ngan mangkuk dia yg beso tuh ;)

eZa said...

oh, lagi satu... besides sate dia yg sodap, fresh orange dia pun terbaek! i like! ;)

Leez said...

what? harga stay dah naik 80 sen ke?? biar betul...mahalnya dah.
Mula2 dulu harganya 60sen ajer.
Pastu naik ke 70sen..
Now dah 80sen..huissssssshhhhh.

Ziana said...

Inchik TAP sudah jauh berjalan..
don pley pley :P

**lari topic lak komen.. sbb sume dok komen sate :)

Unknown said...

wah,
satay station lagik!!!!,
teringat kisah CintaWanie meraikan hari lahir di situ,
hihihihi....

Yup,
mmg Changlun tue jauh,
kami nie lagilah,
4 hari berturut-turut ulang-alik
Alor Setar--->Changlun--->Alor Setar....
tapi x rasa sgt jauh sbb kan bawak 140km/sjm...
hahahahaha:)

yes,
majlis akad nikah yg paling2 sempoiii:)

@xiM said...

CIKGU ZAM,

memang sangat delicious..Cikgu patu mai makan kat sini..

@xiM said...

EZA,

oh ye ker..patut la zie order air fresh oren..kalau taw order ayaq tu jugak..mee rebus dia memang kedekut kan.patut harga pun separuh..RM3 will do.

@xiM said...

KAK LEEZ,

uiks..ye ker..harga naik tapi orang tak surut pun..ish ish ish..mahai lah maknanya 80 sen..

@xiM said...

ZIANA,

don play play okeh..
memang jauh berjalan luas pandangan..:p

@xiM said...

CIK WANIE,

yer..kenangan meraikan ulangtahun kelahiranmu d sini..:)

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails