Followers

Tuesday, June 1, 2010

TRIP HAADYAI PART 1 - KTMB,INDRA HOTEL,RESTORAN HAMID & LEE GARDEN PLAZA

Salam 1 Jun..
Sedar tak sedar dah setengah tahun 2010 kita tinggalkan..lagi setengah 2010 akan berakhir..pantas sangat masa kan..apa apa pun,just go with the flow,make a change and be a better person day by day..that's my goal for this year..yeah,i just want to be BETTER.
Ok enough dengan kata-kata motivasi.
Aku nak story pasal Trip ke Haadyai,Thailand minggu lepas ni sebenarnya..sempena cuti Wesak pada 28 Mei yang lalu..kebetulan aku tak pernah naik Train untuk perjalanan yang jauh,so moh kita ke Haadyai naik tren..sama-sama kita saksikan!
28 MEI 2010
Aku beli tiket keretapi di Stesen Butterworth,tapi kena naik di Stesen Bukit Mertajam..Tiket seawal jam 5 pagi ni berharga RM22 sahaja one way..Murah kan..kalau macam ni boleh la selalu pi Haadyai..haha..cuma yang tak berapa best sebab perjalanan nya akan mengambil masa 5 jam dan lebih..tak kisah lah.new experience kan..so i think i just want to enjoy this.
0
Suasana di KTMB Bukit Mertajam jam 5 pagi..tak ramai sangat orang masa ni..aku parking kereta pun dalam compound Ktm punya parking..lantak lah kena berapa caj nanti..sehari jer pun takkan lah mahal sangat..tapi kalau dah nama Keretapi Tanah Melayu kan..dekat pukul 6 baru tren nak sampai..Redha jer lah..
2
Seat yang aku dapat macam ni jer..takder la nak ambik first class yang ada kabin katil dabel dan siap ada meja makan semua tuh..takper..macam ni pun dah ok..tapi actually keadaan tak menyenangkan sangat atas tren ni..dengan bau yang macam macam dan berbagai ragam manusia..aku tak kesah pun sebab ni sebahagian dari Pengalaman hidup..bukan nak Komplen tapi sekadar apa yang aku rasa..
3
Dalam Tren sebelum perjalanan bermula rasa lapar lah pulak..so aku ngan Nikli pi lah ke Kabin Kafeteria..Ohhh lupa nak bagitau aku ke Haadyai ni ngan Nikli kebetulan dia balik penang cuti seminggu so ajak lah dia skali.kalu dia takder ni memang aku pi sensorang jer..redah la apa citer pun(macam berani sangat .cuihhhh)..Order lah air Milo dan Teh O ni..boleh la buat hilang dahaga..tapi macam lapar.so order lah:
4
Ini namanya Nasi Goreng yer tuan tuan dan puan puan sekelian..entah dari Planet mana ntah Nasi Goreng ni..tak rata garamnya dan nasik berketul ketul..suap dua tiga kali terus rasa tak mau..baru aku taw makanan atas tren ni sangat lah tak sedap..Harga pun mahal RM6.50 satu pinggan macam ni skali ngan Ayam Goreng kunyit kat gambar bawah..
5
Maka dengan ini saya berpesan kepada rakan rakan sekelian kalau nak naik tren tolong lah bawak bekalan sendiri..makan kat tempat duduk senyap senyap..takyah datang kafeteria ni..membazir dan memberikan impak yang buruk sebab kualiti makanannya teruk.ok now i'm complaining.complaint sebab they can do better..bukan tak boleh setakat nak sediakan makanan yang sedap sedap..They should do something about this i think..
6
Mujur lah Matahari terbit ni menceriakan balik mood aku yang hampir padam dalam tren ni sebab sarapan pagi yang tidak memuaskan..ok ok i'm back on track..Tujuan asal naik Tren nak enjoy the scenery dan cuba pengalaman baru..so baik dan buruk semua aku kena terima..aku malas dah nak pikir panjang panjang,just want to enjoy the train and the journey..smileeee...:)
7
Masa ni dah lepas dari kawasan GURUN..banyak jugak stesen yang train ni akan berenti singgah..tadi di sungai Petani,ni kat Gurun,lepas ni kat Alor setar,then kat Arau last skali baru Padang Besar,sebelum train berhenti seketika untuk menyambung perjalanan ke Haadyai..Ok tengok gambar Sunrise kat atas..menarik kan??Subhanallah!
8
Kami dapat seat kat depan TV tapi kenapa agaknya Tv tak dipasang..mungkin menghormati penumpang lain yang sedang lena..actually aku ingat nak ambik gambar kat Luar Tren masa tren tengah berjalan..tapi aku sempat shoot separuh jalan saja..ngantuk lah..terlena beberapa jam..Nikli lah yang duk pulun ambik gambar kat luar..tapi tren yang bising ni tidak mungkin akan menjadikan tidur anda lena.sekadar tidor lite lite boleh la..
9
tedia lagak seorang fotoghrapher professional..
10
Bapa mengajar anak bertani..

11
Para Petani membanting tulang di sawah padi yang terbentang luas..

12
ni dah sampai area mana aku tak sure..

12a
Nampak Menara ALOR sETAR ni maknanya kami sekarang berada di Hentian Alor Setar..tren berenti kejap nak ambik penumpang lain..Kemudian perjalanan di teruskan lagi..mari sambung tidor..yeahhooo...heheeeeee
13
ni pakcik mazlan,petani berjaya dari kampung attap..memandai jer kan aku ni

14
Hijau jer mata memandang sepanjang perjalanan..

15
Kali ni aku di fahamkan dah berada di Stesen Arau Perlis..dah tak jauh dah nak sampai ni..masa ni da pukul 10 pagi lebih..tengok orang yang duk turun tu main redah sajor kan..macam takder platform yang betul..hantam sajalah labu janji kau bahagia.

16
Dan selepas dari Stesen Arau Perlis akhirnya kami sampai di STESEN PADANG BESAR tempat nak cop passport ngan ada pemerikasaan Imigresen..kena isi Borang putih kat sini..biasalah kan,nak masuk mana mana pun kena isi borang tu selain dari menyediakan passport.sila bawak pen sendiri kalau nak cepat sebab takder pen di sediakan..
18
Papaprazzi mana ntah ambik gambar NN ni..

20
aku yang baru nampak batang hidung..baru bangun tidor.hahaha
21
Mari lah mari kita pergi Cop pasport dan penuhkan ruang yang ada dalam buku merah tu..

22
simbolik sangat kan Bendera Malaysia dan KTM.yang kuning tak taw.:p
23
Dekat sejam jugak Tren berenti kat Stesen Padang Besar ni..sempat lah nak makan dulu dan masuk tandas buang segala apa yang tak perlu dari badan..sempoi gak makanan kat kafe padang besar ni..menepati lidah orang kampung macam kami nak nak tang daging goreng kunyit ya yang berminyak banyak itu..kalori tinggi pun tinggi lah.aku sudah Lapar..last last kitorang orang last kat Kafe ni sampai tokey kafe tegur ''nak pi Hat Yai ker??Tren dah tunggu kat bawah tu..'' baru bergegas berlari lari masuk tren..hadoiyaaa...

24
Tren dari Padang Besar ni mengambil masa lebih kurang satu jam untuk tiba di Stesen Haadyai..sempat lagi kami duk lena satu round..nak ambik gambar macam dah malas sebab after all gambar tu akan look da same jer nanti..so layan mata lagi baik lah..sedar sedar dah sampai..yeahoo..we are in Haat Yai now..(sekejap Haadyai sekejap Hat Yai mana satu yang betul ni???konpius jap.)

25
Membetulkan seluar yang longgar dan membetulkan segala urat badan yang dah longgar..kebas bontot duk lelama dalam tren..tapi i think for experience wise it does worth it..dont you think so??bila lagi nak nai tren dan rasa pengalaman dalam kereta api yang bising ni..:p

27
Here we are @ Haadyai Station

28

Stesen Keretapi Haadyai ni biasa jer..macam buruk jer.haha.tak kisah pun..sampai kat sini first thing to do nak cari Hotel dulu apa cerita pun..so nak ke Central bandar tu kitorang naik Tuk tuk kat tepi stesen ni yang berlambak duk tunggu..

29

Kami mintak Tuk tuk ni bawa ke Pusat Bandar..sebenarnya untuk pengetahuan tuan tuan dan pua puan sekelian pusat bandarnya sangat lah dekat ngan stesen ni..kalau jalan kaki pun boleh.tapi sebab tak tahu tu yang naik tuk tuk ni..kena lah cekik 5o baht which is mahal sebenarnya..tapi mengenangkan malas nak pikir sebab badan tengah tak selesa nak kena mandi cepat cepat dan rehat kejap so layan kan jer lah.

30

Lupa nak habaq masa depan Stesen Haadyai tu kami pi tukar duit Baht dulu..RM100 kita dapat lah dalam 960 baht..more or less macam tu lah..senang sikit nak berurusan.oleh kerana ini percutia bajet untuk kesekian kalinya kami just tukar dalam RM250 sahaja.lebih dari cukup dah tu..dah kira skali ngan penginapan n transport.ok what?

31

Masa sampai kat Pusat Bandar ni kami tuju ke Regency Hotel dulu..actually da ada booking dalam Internet so kami terus ke Hotelnya jer lah..nice deko kat dalam tapi macam hampeh servis customer kat sini..kerek semacam..macam tanak layan kita.bila kata dah booking dalam internet diorang kata tak diterima sebab kena kol..pastu kata bilik penuh..what the hell.mampus korang lah.banyak lagi Hotel lain kat Pekan Haadyai ni.tak mati pun kalau tak duduk kat Regency ni.

32

lepas tu kami try pi Lee Garden dan Novotel.semuanya penuh jugak..ramai sangat ke pelancong..Pink Lady Hotel pun try jugak.pun penuh.Last last INDRA HOTEL ni jugak menjadi pilihan..tengok dalam Blog Kak Leez dulu diorang mai pun stay kat sini so should be ok lah..kalau nak ikut banyak lagi hotel lain tapi tengah kepenatan ni memang kami tangkap muat jer lah..nak stay sehari jer pun..what is the worst thing can happen kan..so kami check in di Indra Hotel ini.

33

Untuk pengetahuan semua,Waktu di sini adala satu Jam lebih awal dari waktu kita..macam kat Vietnam jugak.haha..maksudnya kalau kat tempat kita pukul 8 pagi diorang baru 7 pagi..untungnya lah sejam..Check in di Hotel ni dengan harga 700 Baht which is equal to 70 hengget duit kita..Mahal sebab masa kak leez and da gang datang diorang dapat 50 hengget saja..takper lah.maybe sebab public Holiday kot.(Cuti Wesak)

34

Mula mula risau gak takut biliknya tak best dan macam hotel Chokia tapi last last bila masuk bilik rasa macam Ok lah..macam ni untuk 70 hengget satu malam shud be ok.kemas dan teratur serta tak lah buruk interior dalamnya..

35

Siap ada peti sejuk,sofa dan TV..tv pulak nak ada Channel macam macam..tapi semua tak paham so stick pada Channel V saa..dengar dan tengok Video klip lagi baik dari dengar Orang Thai duk merepek ntah hapa hapa..so dah dapat bilik apa lagi berehat solat mandi dan sebagainya lah..dalam pukul 2 lebih macam tu baru kami keluar memulakan sessi jelajah bandar Haadyai..

36

Kat sini pun sistem wayar letriknya berselirat..teringat masa pi Vietnam Januari yang lalu.macam ni jugak..TNB tanak buat sesuatu ker..mai mai TNB tembusi pasaran Antarabangsa dan tolong Thailand dengan sistem yang lebih efisyen dan bersistematik..Chewwwaah..apa kes duk promote TNB kan..:p

37

Teringin nak makan tengahari di RESTORAN HAMID,restoran yang boleh dikatakan wajib singgah la kalau pelawat dari Malaysia..mana mana blog yang aku tengok pi Haadyai mesti singgah mai makan kat sini so aku pun tanak terlepas..nak naik tuk tuk tapi rasanya tak berbaloi sebab dekat saja..belakang lee garden Plaza so jalan kaki jer boleh sampai.. tu pun tanya jugak dengan peniaga tepi jalan sebab tak sure..akhirnya jumpa jugak.

38

Besar jugak RESTORAN HAMID ni..just wonder peniaga ni asal sini or dari Malaysia..

39

Masa kami sampai rata rata yang ada kat dalam ni kebanyakannya orang Malaysia..ramai sungguh Malaysian kat sini.kata negara Jiran kan so what do u expect..nice dekorasi Restoran ni..so mai mai tengok apa yang kami order untuk makan tengahari..pukul 3 petang kira tengahari lagi kan..

41

Untuk minumannya kami order AIR KELAPA MUDA..kecik jer buah.sekali sedut habes.huhu

42

SOTONG GORENG TEPUNG

43

KAILAN IKAN MASIN

44

AYAM GORENG PANDAN

45

DAGING MERAH GORENG

46

Overall makanan kat sini biasa sahaja..kat Penang ngan KL berlambak lagi tempat makan yang lagi best dari ni..terlupa plak nak order Hidangan wajib Thailand- Tomyam..haha..what to do kalau korang perasan kami makan macam takder kuah..sedih sangat..harga makanan macam ni dalam 450 baht..which is dalam 45 hengget.mahal kan??tak lah sesedap mana..ok ok saja.

47

Berdekatan dengan restoran hamid tu ada Shopping Kompleks di beri nama LEE GARDEN PLAZA..shopping kompleks kat sini konsep sama jer ngan tempat kita..saja jalan jalan dalam shopping komples ni tak taw nak buat apa kan..

49

Suasana dalam Lee Garden Plaza Mall

50

Tempat wayangnya cantik..futuristik gitu..nice!suka lah lampu macam ni..ingat nak tengok wayang tapi kensel rancangan sebab takut subtitle sah sah dalam bahasa Thai kan.

51

Jom layan SHREK 3D in Hat yai..mau kaa tak mau??

53

Mc Donald di Thailand tak halal sebab ada Pork..jadi na beli apa apa pun tak boleh lah..bergambar bersama onal yang telah di Thailand kan..Cuma kepala tak teleng sama.kalau teleng kepala sikit mesti dah sama..thehehehehheeh..

54

Peniaga Buah buahan di tepi jalan..

55

Bertentangan dengan Lee Garden Plaza ada satu lagi Shopping mall yang lain.nama tak sure nak sebut macam mana.kami masuk jugak shopping mall ni..terjumpa sandal jenama K-SWISS,nikli ada beli masa pi Phuket dulu..terus kami pun rembat sorang satu sebab ada promo sepasang 190 baht sahaja..harga asal 290 baht. yang lain lain dalam mall ni takder yang spesel kecuali ada sorang mamat jaga kaunter oerfume buat rambut style apa ntah.tak reti aku nak describe kat sini..

56

Then dari Shopping mall ni kami jalan jalan pusing Town..macam biasa lah.jalan kaki lebih afdal dari duk naik Tuk tuk..sebab jalan kaki baru lebih dekat dengan penduduk setempat..lagi pun Bandar Haadyai ni tak besar mana..sekangkang kera jer..masa ni lah kami find out yang sebenranya Stesen Tren Haadyai dekat jer ngan Hotel dan Central Bandar Haadyai..

57

Nice Vespa..ingat nak curi wat balik.hahahaaa

58

yer betul aku berada di Haadyai..tak percaya ker..??percayalah..

59

Orang kata Buah buahan di Thailand ni sedap,maksudnya manis dia lain macam..ntah.aku tak minat sangat buah buah so tak berminat nak beli..

60

Another Shopping mall,ODEAN tapi tak menyinggah pun..

Kami berjalan jalan sampai pukul 4.15 pm sahaja sebab nak kena balik Hotel..dalam pukul 4.30 kami dah booking satu Kereta sewa untuk ke FLOATING MARKET..floating market ni ada di hujung minggu sahaja so weekdays takder..floating market is a very Nice place!nanti aku share dalam entri akan datang..dah panjang sangat dah entri ni..

(To be Continued..)

33 comments:

Anonymous said...

selamat ke pegi sekarang depa tgh berantakkan?

Dr Singa said...

macam cheq kenai je Pakcik Mazlan tu... hehehe...
pssst...best!!gambar mantop!!
:)

NN said...

ada brp entry hat yai nih..??

@xiM said...

HANIS,

selamat jer kat sini..yang tengah berantakan tu Bangkok kot..

@xiM said...

DR.SINGA,

aik..kenal kaa sama itu pakcik mazlan..hehe

kalau best sila datang lagi dan lagi ya..:)

azimask said...

owwwwwhh bestnyer.... jalan jalan.... makanan adalah minyak laaa... cakap spageti mie pulak.. hahahahaha
aapaa pun cepat upload lagikk...

@xiM said...

NN,

dalam 4 atau 5 entri jer kot..:)

@xiM said...

MIMIE AZIMASK,

hehehehee..saja jer..minyak lah sedap kalau makan kan..nak upload lagi nanti ok..FLOATING MARKET mesti best!!:)

Mrs.Sheikh said...

wah seronoknye memenuhkan page passport ... menjeles la nengok org jejalan niiiii !

Faisal Admar said...

wah pjg betul entry kali ni :)

but i loike!

aku pun nak try gak naik train... hehe!

@xiM said...

MRS SHEIKH,

jom jom bila kita nak memenuhkan passport sesama??heheheheee

@xiM said...

FAISAL ADMAR,

len kali ko nak naik train ajak aku skali okeh..nak gak jenjalan ngan ko..:)

eLLy said...

ticket 22 hingget memang murahhhh

sepul said...

ajim.. nanti masukkan gambar-gambar pelacur ye

@xiM said...

ELLY,

murah kan..:)

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

pelacur cuti wesak lah masa ni..huhu..malam semua pub tutup.pelik aku.

Anonymous said...

nnti cuber la keretapi dr singapore yg berkonsep eng zmn dahulu kala.x silap dr singapore ke kl.prnh tgk train n mmg cntik sesgtt.

Abu Uwais said...

wow bestnye.. brape budget overall g sana ek....

said...

axim...

bila nak wat trip geng bloggers jalan2 nih....hehhehehe

@xiM said...

ANON,

tu lah..nanti nak try naik jugak..nantikan entri tersebut nanti yek..:)

@xiM said...

PUTERA YUSOFF,

ini ialah percutian bajet..kami bawak RM250 jer overal semua sekali-hotel,shopping,beli barang,transport..pergi sehari jer pun..

@xiM said...

YANIE,

yanie organised boleh?hehe

Mak Su said...

nasik goreng enam hengget seteng? mahai ek....

tak pegi jenjalan kat pasar tani yang berlonggok di rel keretapi tu ker?

lily lotus said...

ohh excited menunggu entry floating market :)

achik ezam said...

waaaaaaaaaaaaaaaaaa seronoknya!!!!!!!1

nice piccer juge!!!!

Ismail Fitry said...

Best!

@xiM said...

MAKSU,

mahal kan..dah la tak sedap.haha

tak sempat menyinggah la maksu,nak cepat..:)

@xiM said...

LILY,

sabar yer kak..tengah dalam pembikinan..sila baca cerita pen mutiara Curry house dulu..:p

@xiM said...

EZAM,

thanks for dropping by..:)

@xiM said...

ISMAIL FITRY,

indeed!

Unknown said...

uish bestnya jadi AA & NN nie,
blh g bercuti-cuti....
bestkan kalau ada rombongan bloggers buat cuti2 malaysia nie kan,
lagi best kalau yg dpt satu kepala,
lagi lah meriah u olssssssss....

next entry plsssssss

Eisya Mus said...

salam...read about your trip to saigon. Sy dan teman akan ke sana next month. Mana nak cari en zul ni..nak tanya dia tempat2 beli barang..terima kasih.

Eisya Mus said...

salam..baca about your trip to saigon. Saya dan teman akan ke sana awal bulan depan. Mana nak cari En. Zul ni..nak tanya dia tempat2 beli barang kat sana..terima kasih.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails