Kisah minggu Lepas.
Waktu balik kampung pada 4-6 Jun yang lalu.Kebetulan 5 Jun my family ada buat makan makan sikit,majlis doa selamat sempena meraikan sedara yang akan pergi menunaikan Umrah..(Alhamdulillah sekarang dah selamat sampai pun..).Majlis ni kecil kecilan sahaja,just jemput saudara mara terdekat..
Seleksi makanan pun simple - just buat Sotong kangkung,Yong Tau Foo,Tauhu Sumbat dan Laksa Kuah Putih / Laksa Penang..Aik..balik Terengganu pun makan Laksa Penang jugak..haha..Yang penting sedap..
Bahan bahan untuk makan dengan Laksa
Sotong Kangkung dan Yong Tau foo
Tauhu sumbat
Majlis bermula lepas asar so tak boleh nak buat solat Hajat..Just buat Doa Selamat dan selawat lite lite jer..Ini lah keramaian yang hadir..just sedara mara terdekat..Cuti sekolah sekarang so ada jugak sedara dari Kota Bharu balik.
Mai mai mai jemput makan apa yang ada..
Kuih kuih pun ada..Penganang,Kuih kacang..Kuih Bakar
Makan bersila amalan tradisional..
Nurul ni dah makin nakal..geram jer..:p
Lebih kurang dalam pukul 6 petang lebih majlis habis..semua beransur pulang dan kitorang pulak sambung makan makan dan sembang sembang sampai maghrib..semua ada kecuali kak Ija..(dia ada kat Mesir sekarang)..Cumanya time sembang aku jer yang asyik kena bila ayah dan mak duk asyik tanya pasal calon nak kawen..alahai omak kawenkan aku..sabar sabar lah yer..kalau ada jodoh ada lah tu nanti..Shuk pun boleh tahan duk kenakan aku mentang mentang dia dah lepas..Sabar semua..kalau ada nanti aku buat pengumuman.heheeeee
Oh ya,satu lagi lupa nak bagitau 5 Jun tu merupakan Hari Ulangtahun Kelahiran Abang Zali..Selamat Ulangtahun kelahiran my bro!!semoga panjang Umur murah rezeki dan semoga jadi ayah yang baik..Take Care!!
*Malaysia ni kecik jer kan..Ke utara timur barat selatan semua boleh kita jejak dalam masa yang singkat..Di mana ada kemahuan di situ ada Jalan..Lepas ni aku berazam nak balik kampung sekurangnya sebulan sekali..Itu target aku.Insya Allah.
6 comments:
laksa kuah putih? letak gambaq sket ajim. macam best je. hahahahah bila nak kawen? bila nak kawen? bila nak kawen?
abgus tu..rajin2lah balik jenguk mak & ayah..
sotong kangkung tu mengancamlah!
yong tau foo! aku suka kuah hitam tu. tak suka sangat yg sup
encik sepul,
Ko tak pernah makan ekk??alamak lupa lak aku nak snap untuk tataoan semua pembaca sekelian..
amboi mementang ko dah lepas kan..selamat menjadik bapa!!
KNIEDaz,
TU LAH..memang nak kena jenguk mak bapak selalu lah..insya Allah..azam..
FAISAL,
aku suka soup..lebih healthy!heheheee
Post a Comment