Followers

Saturday, August 21, 2010

AKU,SABTU & PETI SEJUK

Hari sabtu ku.

Pagi bangun sahur pukul 4am..Tak larat nak masak sendiri aku keluar ke Bandar Perda makan soq kat situ,Gerai no.40 Wan Zai Bawal goreng..satu set ada Bawal Goreng ngan Kuah kari ,Ulaman dan Sambal kicap+ sambal belacan..RM6.ok lah tu.Gambar?takder.malas nak usung kamera time mamai baru bangun tidur..

Balik rumah sambung layan citer Nur Kasih kat TV3 then terus pi Balai islam solat subuh berjemaah.Balik solat subuh siap siap pakai baju untuk beriadah di Seberang Jaya..Joging ringan-ringan..saja nak keluarkan peluh..Balik dari joging aku ke Tesco Extra untuk beli sedikit Barang dapur.Last last tak sikit dah banyak jugak aku beli..Then kena kemas Peti sejuk lah jawabnya sebab takut tak muat nak simpan barang.

1

Bukak Peti kat rumah aku humban semua barang keluar..masya Allah banyaknya barang duk ada..ada yang ok lagi,yang tak ok pun banyak..yang dah expired terus la aku buang..buat pembersihan macam ni dua kali sebulan..Kalau tak buat aku sendiri pun tak ingat khazanah apa yang aku duk pelihara dalam peti ni.

2

Banyak bahan makanan yang terpaksa doi buang sebab dah luput tarikh dan tak sesuai lagi untuk di makan..kena berhati hati membeli barang lepas ni..kalau tak membazir lagi..ni bukan setakat kemas,ambik setiap bahagian rak tu cuci sekali..alang alang dah kemas peti kan biar lah menyeluruh.

3

Cop ni iklan sat : Peti rumah aku banyak Fridge Magnet..haha..seronok gak kumpul menatang ni..kalerful jer tengok..(nampak tak bekas ikan atas peti yang aku beli kat Hat Yai mei lalu??masih tersimpan rapi ok..buat perhiasan semata)

4

Setelah di bersihkan,Alhamdulillah nampak lah kemas sikit..Tapi aku pelik barangnya still banyak jugak..macam tak berkurang pun..ni aku dah buang separuh..Harap tak berlaku pembaziran lah.

5

Peti Sejuk melambangkan status makanan anda di Dapur..Boleh lah tahan dua tiga minggu tanpa beli makanan kat luar..setakat ni baru sekali jer aku menjejakkan kaki ke Bazaar Ramadhan tu pun sebab nak beli air tebu..dah teringin.Beli air tebu semata jer,makana lain masak sendiri kat rumah..menjimatkan jugak makan di rumah ni..kalau masak masa berbuka lebih boleh extend sampai ke Sahur..tak ke Jimat namanya?

*Petang karang aku akan ke Dewan Milenium Kepala Batas,ada majlis berbuka Puasa bersama 'Saudara Baru'..Kompeni beli satu meja untuk 10 orang.


24 comments:

Anonymous said...

hehe...nape botol kicap kipas udang ada sampai 3 dalam peti???...ada yang sikit dan ada yang separuh lagi balance...campur kan la semua sekali kan boleh jimat ruang...hehehe....

aShaBuLz said...

meriah sungguh peti ais...haha

♥cutebabygirl♥ said...

peti sejuk org kuat mamam..haha

Leez said...

isi peti sejuk org bujang mengalahkan org yang dah kahwin.

Anyway.... cantik2 FM tu...jeles i !!!!!

Ziana said...

u remind me to kemas my fridge too laa..

erks..
bile ek nk kemas..

bekas ikan tuh bak sini..!!
nakk :)

SizZLing SuZai said...

salam..
warghhh MERIAH nyer peti sejuk ituh..
klu die blh jerit dh jerit PENOH PENOH dh..haha XD

Syeeda Sobbihi said...

ajim, aku rsa ang kene bli yg lagi besaq laa peti nih..hahaha byknyaa brg..

.:iz-AnN a.k.a cOmOt:. said...

huwaaa..siyes ni weii...berdarah biji mata aku nengok hang punya fridge magnet...len kali kalu hang beli, belilah dua...jual ke aku...aku beli ke hang...nak tunnggu aku p jejalan all over the world cam hang, sampai kapan pun lum tentu weii...

uhukss...

@xiM said...

ANON,

tak perasan dalam peti dah ada kicap manis tu,terbeli pula lagi satu botol..lepas ni nak beli kicap kena beringat dalam peti duk ada banyak lagik..:p

@xiM said...

ASHABULZ,

meriah tak meriah sangat lahh..heheheee

@xiM said...

CUTE,

taw takper..hahahaa

@xiM said...

KAK LEEZ,

so maknanya saya kena kawen lah yek?haha..sign tuh..:p

kak leez kena tengok kat peti bawah tu pun duk ada berderet FM ..:p

@xiM said...

ZIANA,

pagi ni sementara tak kerja tu pi la dapur kemas fridge..:)

bekas ikan kalau nak jom kita ke Hat Yai lagik!
:)

@xiM said...

SUZAI,

kalau peti sejuk tu boleh bercakap konpem dia muntahkan balik isi peti tu sebab dah overloaded..:p

@xiM said...

SYHAD,

tunggu nanti kalau aku dah kawen aku pi beli peti sejuk hat ada dua pintu tuh..baru mantopp..:p

@xiM said...

IZAN,

ok ok aku take notes..nanti kalau Nikli pi jenjalan all over da world ko pesan kat dia suh beli serba satu..:)

sepul said...

alamak.... tetiba aku teringat lama gila tak kemas peti sejuk aku

Wahidah said...

wah penuhnya peti ais pok axim..masak sendiri eik..best2...

manyaknya fridge magnet die..sgt jeles okeh..

@xiM said...

ENCIK SEPUL,

jadi sila lah kemas tanpa segan silu..mesti banyak mender expired tuh..hahahaa

@xiM said...

WAHIDAH,

peti orang masak sendiri kat rumah tu yang penuh dengan macam macam bahan mentah..:p

mummysyafie said...

mak aii..mengalahkan peti sejuk orang dah kawen. rajin zim masak yer..

kucingorengemok said...

wah biar betul zim... macam peti sejuk orang ada anak 5 ni, hihihi

Beruang Madu said...

Hahahaha... kena bersih kan tetiap minggu tu... kalau katalah semua barang yang nak dibuang tu cuma hampir hampir expired kata lah sehari lagi dan still boleh di masak, agak agak berapa jenis lauk lah boleh dapat tu yek?

nurul said...

gelas kosong pun ada kt dalam tu..hehe

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails