Followers

Thursday, August 12, 2010

KELAHIRAN ANAK SAUDARA BARU : IT'S A GIRL!!:-)

Salam 2 Ramadhan 1431 Hijrah.

Alhamdulillah semalam dah berlalu satu hari dalam bulan mulia ni..Macam mana puasa anda?aku berbuka semalam pun makan Kurma dan Murtabak..ada panggang ayam jugak tapi tak dapat nak makan sebab ayam tu da macam Buruk(beli di Giant..sabor jer lah)..takpe lah.dugaan di Bulan Ramadhan..Sahur pagi tadi ok lah.Bangun goreng keropok lekor.Itu yang terlintas dalam fikiran..Dan hari ni masuk hari kedua kita semua berpuasa..Semoga amal ibadah kita akan di terima oleh Allah.Mudah-mudahan.

Semalam dapat berita Gembira.

aaaa

Tahun lepas dalam Bulan November,adik perempuan aku selamat melansungkan perkahwinan dengan jejaka pilihan hatinya..Zul.It's been a Year..Rasa macam baru semalam jer diorang kawen.Tapi tu lah.kadang aku rasa it's funny how time really flies..Masa berlalu cepat sangat.Pejam celik pejam celik akhirnya,Seorang lagi hamba Allah lahir ke muka Bumi..

adik dah dauhrtt

LAHIR PADA 1 RAMADHAN 1431 HIJRAH = 11 OGOS 2010

Alhamdulillah,atas nama cinta lahirlah bayi perempuan ini ke dunia..teruja gila aku bila dapat berita gembira ni..teruja sebab dapat anak sedara lagi.Dan ini yang ke enam..setakat ni 6-6 semuanya perempuan..Adik Da mesti sangat gembira sebab dah bertukar status menjadi seorang ibu..Tahniah adik!!semoga kamu jadi ibu yang mithali..Gambar baby ni ayah sent mms semalam..dapat berita terus diorang bergegas ke Hospital Terengganu..Baby Girl ni Comel sesangat!!sebjik macam mak dia masa kecik..so Cute!

Apa-apa pun,aku ucapkan Tahniah pada Zul & Adek Da atas kelahiran Cahaya mata Sulung mereka..Semoga makin di murahkan rezeki dan semakin bahagia dalam melayari hidup berumahtangga dengan Kehadiran ahli baru.Insya Allah..

****************************************************

Tazkirah Ramadhan malam tadi di Balai Islam Kuarters:

-Ustaz bercerita bahawa Baginda Rasulullah S.A.W bersabda,ada tiga Golongan yang Puasanya hanya sekadar mendapat LAPAR dan DAHAGA semata-mata.Mereka itu lah:

*Orang yang meninggalkan Solatnya walaupun berpuasa.

*Orang yang tidak menutup AURAT nya..sama ada lelaki ataupun Perempuan.

*Orag yag bercakap perkara sia-sia/Merepek/Mencarut maki hamun dalam Bulan Ramadhan

-Ustaz juga bercerita bahawa sesungguhnya dalam Bulan Ramadhan Rasulluah S.A.W menganjurkan umatnya supaya melakukan 4 perkara:

a)Elakkan dari bercakap yang sia-sia.

b)memohon pengampunan kepada Allah.Ramadan ialah Bulan Pengampunan

c)memohon kepada Tuhan agar di masukkan ke dalam Syurga

d)memohon kepada Allah agar menjauhkan diri kita dari azab api Neraka..

Di bulan Ramadhan ini,Permulaan Bulan ada Rahmat Allah,di tengah tengah Bulan munculnya Pengampunan Allah,dan di akhir Bulan Allah menjanjikan pelepasan dari azab api Neraka..Insya Allah sama sama kita beramal dan beribadah di Bulan ini..moga-moga Tuhan akan mengampuni Dosa kita..

Jazakallahukhoirukasiro..

Wallahualam.

21 comments:

Cik Z@i Pen@nG said...

tahniah2...cute la anak sdara axim...
lahir bulan Ramadhan...nama Ramadhani la kot...hik3...

Cik_daya said...

Tahniah..comel betul baby tu...
masa sekarang memang cepat laa sangat berlalu

Wahidah said...

alhamdulillah bertambah sorang lagi anak sedara pok ajim..:)

cute nya die...:)

n tq sbb kongsi tazkirah...

kucingorengemok said...

tahniah! ye lah, macam baru je tengok gambar dia orang ni kawin² kan

hani said...

wahhh...comel la baby nie..:)
Tahniah!..:)

Beruang Madu said...

Errr Azim rasa tarikh lahir tu salah tahun lah.. 2011 tu bukan tahun depan ker??

Apa apa pun tahniah...

dan terima kasih... masih dalam belajar dan perlu pembaikkan di sana sini... (azim faham kan??)

Cik Wanie said...

tahniah buat u sbb dpt seorang lagi anak buah,
nampaknya tahun nie bertambah lah duit raya yg u kena bagi kan...

ha,
jgn lupa duit raya utk i sekali tau,
hihihi...

apapun selamat berpuasa,
dan selamat beramal....

btw,
tq:)

sepul said...

tahniah pokcik azim. semuga terus tabah dalam menghadapi kehidupan okeh

mummysyafie said...

taniah zim..baby girl nya comel sangat. semakin meriah raya tahun ni

@xiM said...

CIK ZAI,

kalau lelaki memang sesuai sangat dah kasi nama AHAMD RAMADHAN..:)

@xiM said...

CIK DAYA,

maybe becoz sebab dah akhir zaman..masa berlalu tak sedaq..

@xiM said...

WAI,

thanks wai..

ingat mengingati sesama kita..:)

@xiM said...

KOG,

taw takper..aku ingat aku jer yang rasa macam tu..

@xiM said...

HANI,

thanks Hani!

@xiM said...

ABANG BEAR,

hehehe..haah la salah..dah betulkan dah pun..thanks tegur..

faham..faham sesangat..:p

@xiM said...

CIK WANIE,

duit raya untuk u?takder dah sebab dah kena salur untuk anak sedara baru ni..

selamat berpuasa dan selamat beramal.

@xiM said...

SEPUL,

tq lah encik sepul..hope hang pun tabah jalani kehidupan..

@xiM said...

KAK NOR,

tu lah..semakin meriah lah raya kami tahun ni dengan kelahiran this Baby Girl..Alhamdulilah..

geraugebang said...

Alhamdulillah...dah banyak anak sedara ek...

@xiM said...

KAK GERAU,

tu lah..anak sedara dah ramai anak sendiri bila la pulak yek.heheheee

~Am said...

congratulations on the new addition to your family....hehehe...u pun kena langkah bendul jugak ek... ;P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails